8 Tip Untuk Mengemas Mainan Anak-Anak Dengan Lebih Efisien

undefined

Adakah permainan anak anda bertimbun dan bersepah di rumah? Mari baca tip ini! Mungkin anda boleh praktikkannya di rumah.

Ibu, ayah, datuk dan nenek pasti tidak sampai hati untuk menolak apabila anak kecil atau cucu kesayangan mereka meminta dibelikan permainan kesukaan mereka. Mainan anak-anak pasti lebih banyak apabila mempunyai anak yang ramai.

Tetapi lama-kelamaan semua barang mainan ini akan semakin bertambah dan bertimbun sehingga bersepah rumah!

Sebagai ibu bapa, kita sepatutnya menahan diri dan menghadkan pembelian mainan baru kerana ini akan membantu anak membina tabiat yang lebih baik, belajar cara hidup bersederhana dan untuk menghargai nilai harta benda.

Selain daripada itu, ia secara tidak langsung boleh membantu anda mengelakkan dari keadaan rumah yang bersepah dengan terlalu banyak permainan!

mainan kanak kanak

Sumber gambar: Dad’s Round Table

Hadkan pembelian hadiah permainan untuk hari istimewa dan semasa cuti sahaja

Memang benar anak anda mungkin kecewa jika anda tidak membeli permainan terbaru seperti semua rakan sekolahnya. Tetapi, menetapkan masa tertentu untuk membeli mainan anak-anak ada manfaatnya.

Dengan menghadkan pembelian hadiah hanya pada hari-hari istimewa sahaja ataupun semasa bercuti, anak anda boleh belajar erti kesabaran.

Mereka akan menanti-nanti barang mainan itu dengan penuh harapan, dan akhirnya akan lebih menghargainya.

Lagipun, ibu bapa tidak perlu membazirkan banyak wang untuk mainan terbaru yang popular kerana kanak-kanak selalunya cepat hilang minat. 

Laburkan wang itu untuk “membeli” pengalaman baru untuk anak

Daripada membelanjakan RM100 untuk membeli set LEGO baru, apa kata kalau anda belikan tiket satu hari untuk masuk Kidzania atau aktiviti lain yang berunsur keluarga seperti melawat Zoo Negara?

Ibu bapa zaman sekarang selalu terlalu sibuk berkerja sehingga lupa untuk meluangkan masa bersama anak.

Saya rasa anak anda pasti tidak akan menolak kerana dapat berkongsi pengalaman dan menghabiskan masa berkualiti bersama ibu bapa mereka.

Ini boleh menjalinkan hubungan antara ibu bapa dan anak, disamping mengajar mereka bahawa hadiah tidak semestinya datang dalam bentuk permainan sahaja.

mainan anak-anak

Sumber gambar: Life’s Tiny Miracles

Menggilirkan permainan mereka

Sebenarnya, kanak-kanak cepat bosan apabila bermain.

Akan tetapi, jika anda hanya mengeluarkan beberapa mainan pada satu masa, anak anda tidak akan mempunyai terlampau banyak pilihan.

Maka, si kecil itu boleh memberikan tumpuan kepada beberapa item sahaja.

Kumpulkan semua mainan anak-anak ke dalam kotak yang berasingan dan gilirkan kotak mainan tersebut.

Dengan cara ini, ibu bapa hanya perlu tukar kotak dengan permainan lain apabila anak sudah bosan.

Anak anda juga tidak akan mengambil masa yang lama untuk mengemas selepas bermain dan rumah akan nampak kurang bersepah.

mainan anak-anak

Sumber gambar: Imperfect Homemaking

Toy Swap” dengan kawan lain

Anak anda mungkin juga akan terhibur dengan “mainan baru” apabila bertukar mainan dengan rakan lain semasa playdate.

Ia juga satu cara dimana keluarga anda boleh berinteraksi dengan keluarga lain dan saling bertukar mainan yang tidak lagi digunakan oleh anak anda.

Kalau tak ada yang sudi bertukar mainan, satu lagi alternatif adalah untuk menyewa mainan dari Rent A Toys Malaysia.

Dermakan Mainan Anak-Anak Yang Tidak Digunakan Lagi

Untuk mengelakkan mainan anak-anak bertimbun, pastikan anda semak barang mereka sekali dalam setiap 3 bulan untuk mengumpul dan mendermakan mainan yang tidak lagi digunakan.

Cara terbaik untuk melakukannya adalah dengan mengasingkan barang mainan kepada dua longgok: satu untuk diderma dan satu lagi untuk disimpan.

Anda juga boleh membina tabiat yang baik, dengan melibatkan anak dalam proses ini.

Ajar anak melalui teladan

Kanak-kanak sering meniru tingkah laku ibu bapa mereka.

Jika anda rajin mengemas dan mendermakan barang mainan yang sudah tidak diperlukan, anak juga akan mencontohi tindakan anda itu.

Rumah yang tidak bersih dan bersepah hanya akan memberi tekanan kepada keluarga anda sahaja.

Baca juga:

7 Idea Permainan DIY Yang Mudah dan Menarik Untuk Anak Anda

Sumber: Offspring

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!