9 Tips Untuk Mengatasi Masalah Anak Bangun Tidur Awal Pagi Sangat

lead image

Anda tahu waktu paling ideal untuk anak bangun tidur adalah pukul 6 pagi hingga 7.30? Tapi jika anda ada masalah anak bangun terlalu awal, ini tips atasi anak bangun terlalu awal buat anda!

Apabila anak bangun terlalu awal pagi

Tahukah anda waktu bangun tidur yang baik untuk anak anda adalah di antara jam 6 pagi dan 7.30 pagi, walaupun bagi sesetengah ibu bapa, ini adalah awal!

Walaubagaimanapun, jika mereka bangun seawal jam 5 pagi, bayi anda itu telah bangun terlalu awal bagi anda dan dirinya. Terdapat banyak sebab mengapa seorang kanak-kanak boleh bangun terlalu awal.

Berikut adalah sebahagian daripadanya beserta beberapa tips untuk mengatasi masalah ini:

9 tips atasi anak bangun terlalu awal

1- Tidak cukup ‘nap time’

Nap time‘ ialah tidur sekejap di siang hari. Ramai yang menganggap kanak-kanak tidak ‘nap’ di waktu siang akan lebih mudah tidur dan lebih lena tidur malam. Sebenarnya, anda salah.

Kanak-kanak atau bayi yang tidak lena atau tidak cukup ‘nap time‘ akan mudah mengalami gangguan tidur lena di waktu malam dan menyebabkan mereka bangun terlalu awal.

Jadi, berikan lebih perhatian pada tanda-tanda anak anda mengantuk seperti menguap dan menggosok mata.

Dorong mereka untuk tidur sekejap bagi mengelakkan badan mereka terlalu penat. Jika mereka terlalu penat, mereka tidak akan dapat berehat dengan baik di waktu malam.

2 -Berjaga terlalu lama pada waktu siang

Jika anak anda berjaga terlalu lama di antara waktu nap dan tidur malam, ini juga akan menyebabkan mereka bangun terlalu awal.

Kebanyakkan kanak-kanak mempunyai waktu berjaga lebih kurang empat jam di antara waktu nap dan tidur malam.

Jika mereka melebihi durasi ini, mereka akan menjadi terlalu penat dan tidak dapat tidur lena, dan bangun terlalu awal.

 3 -Tidur terlalu lewat

Ramai yang menganggap jika seorang kanak-kanak itu tidur lewat, dia akan bangun lebih lambat.

Malangnya, bagi anak kecil, ia tidak berkesan. Ini kerana sekiranya seorang kanak-kanak terlalu penat, badannya akan mengeluarkan hormon yang membuatkan mereka lebih sukar untuk tidur atau kekal tidur.

Kanak-kanak yang terlalu penat akan mendapat tidur yang tidak lena di waktu malam dan memberi kesan kepada kesihatannya.

Kajian menunjukkan bayi berusia 18 bulan yang tidur lambat mempunyai risiko gangguan motor, bahasa dan sosial.

Bagi kanak-kanak berusia 0-10 tahun, waktu tidur yang bagus ialah pada pukul 7 malam dan 8 malam.

4- Keadaan medikal

tips atasi anak bangun terlalu awal

Kredit: Beautyzoomin

Memang terdapat kes di mana kanak-kanak mempunyai keadaan medikal yang mengganggu tidurnya seperti asma, alergi dan obstructive sleep apnea.

Keadan ini menyebabkan kanak-kanak sukar bernafas semasa tidur. Jika anak anda berdengkur, bernafas menggunakan mulut, berpeluh semasa tidur atau tidur yang sangat tidak tenang, pergi jumpa doktor.

Berikut adalah beberapa tip tambahan untuk menangani masalah anak bangun tidur terlalu awal:

  • guna cat warna gelap untuk dinding bilik. Ini supaya bilik tidak terlalu terang semasa matahari naik
  • bayi berusia bawah 8 bulan mungkin memerlukan susu semasa tidur untuk kekal kenyang. Jadi kekal senyap dan susukan dia tanpa mengejut atau mengalihkan dia
  • bagi kanak-kanak yang lebih besar, gunakan jam loceng supaya mereka tahu pukul berapa mereka harus bangun.
  • jika anak anda kerap terjaga malam, susah tidur malam sendiri, anda mungkin mahu melatih tidurnya
  • jika anak anda baru mula bangun awal, pastikan dia mendapat tidur yang cukup di waktu siang supaya jarak waktu tidur siang dan malam tidak lebih empat jam.

Apa sahaja yang anda buat untuk membantu anak anda bangun sedikit lewat, ingatlah yang kesabaran dan ketegasan yang penuh kasih sayang sangat penting untuk membantu anak anda nanti.

Sumber: U.S.News

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

7 Tips Agar Bayi Anda Tidur Sepanjang Malam, Rahsia Dari Ibu Sebenar

Hack Ibu Ini Berjaya Tidurkan Bayi Dengan Mudah Sungguh Menakjubkan!

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!

Written by

Aqma