6 langkah untuk bantu bayi pegang botol susu sendiri

6 langkah untuk bantu bayi pegang botol susu sendiri

Rasa gembira bila tengok bayi kita sudah pandai pegang botol susu. Kiranya macam dah capai tahap perkembangan yang baik. Macam mana pula dengan bayi anda? Kalau belum, ibu boleh praktiskan tips bawah ini.

Marlisa Harun, seorang ibu muda yang cuba membiasakan bayinya dengan botol susu. Oleh sebab ramai rakannya cakap bayi boleh pegang botol susu sejak 6 bulan lagi, jadi dia nak tahu sangat tips bantu bayi pegang botol susu. 

Seperti yang kita tahu, bayi mula makan umur 6 bulan. Jadi, ibu boleh cuba beri bayi guna botol susu. Dari situ, bayi mula belajar cara memegang botol susu sendiri.

Terdapat 3 kategori bayi. Pertama bayi yang senang nak pegang botol susu tanpa perlu diajar. Kedua bayi yang perlu dilatih untuk pegang botol susu. Dan ketiga, bayi mungkin tak mahu pegang pada permulaanya tapi akhirnya dia akan belajar sendiri untuk pegang. 

6 tips bantu bayi pegang botol susu 

Sebenarnya, ibu tak perlu bimbang jika persoalan pegang botol susu timbul kerana bayi akan tunjuk yang dia berminat untuk pegang botol bila tiba masanya.

Jadi anda tak perlu terlalu memaksa. Namun, ibu boleh ikut tips bantu bayi pegang botol susu ini.

1. Lakukan pemerhatian terhadap motor skills anak 
tips bantu bayi pegang botol susu, tips bayi pegang botol susu, cara bayi pegang botol susu, botol susu, botol susu bayi, kaedah betul bantu bayi pegang botol susu sendiri, bayi pandai pegang botol sendiri

kredit: guigoz.fr

Tips bantu bayi pegang botol susu yang pertama ialah anda jangan paksa anak pegang. Biarkan ia seiring dengan perkembangan motor skills.

Biasanya, bayi tunjuk minat dikala berumur seawal 3 bulan. Macam mana nak tengok? Ia boleh dilihat ketika dia sedang bermain dengan permainannya.

Jika dia pegang mainan dengan baik seperti tangkas menukar-nukar mainan dengan tangan, pasti dia juga boleh pegang botol susu tak lama lagi. 

 2. Ajar dia pegang ketika lapar 

Bayi biasanya, bila dah lapar sangat mesti tergesa-gesa nak disuapkan botol susu pada mulutnya. Ha… di sinilah masanya untuk anda ajar dia pegang sendiri.

Tips bantu bayi pegang botol susu ini boleh dimulakan dengan menyua puting botol susu ke mulutnya. Lepas itu, ambil kedua-dua tangannya. Pasti dia akan pegang.

Tapi dia mungkin akan menarik tangannya kembali. 

3. Memeluk lembut tubuh bayi 

Tips bantu bayi pegang botol susu seterusnya adalah dengan cara memeluk lembut tubuh bayi ketika menyusunya secara breastfeed.

Biarkan dia rasai pengalaman yang sama apabila menyusu dengan botol. Secara terus, dia akan pegang botol susunya sendiri dan ia akan jadi lebih mudah. 

4. Biarkan persekitaran ketika menyusu sunyi dan damai 

Budak kecil kalau tengah menyusu, dia tak suka suasana yang bising atau kelam-kabut. Dia suka suasana tenang dan sunyi. Baru dia rasa nak minum susu dengan habis.

Sebab itu kadang-kadang, bila ada saja benda bising berlaku bila dia tengah menyusu mesti dia elak untuk pegang botol.

Jadi anda perlu pastikan suasana yang sunyi dan damai. Baru dia senang nak belajar pegang botol sendiri. 

5. Berikan sokongan 
tips bantu bayi pegang botol susu, tips bayi pegang botol susu, cara bayi pegang botol susu, botol susu, botol susu bayi, kaedah betul bantu bayi pegang botol susu sendiri, bayi pandai pegang botol sendiri

kredit: myplotofsunshine.com

Untuk tips bantu bayi pegang botol susu, ibu perlu berikan sokongan seperti meletakkan mainan yang selamat berdekatan dengannya ketika minum susu. Biar dia belajar pegang.

Kemudian, anda juga boleh biarkan dia bermain-main dengan botol susunya sendiri (botol susu kosong). Dari situ, sedikit sebanyak dapat latih diri dia untuk pegang. 

6. Okay saja bila ada hari yang dia tak nak pegang 

Oklah, anda tengok hari-hari bayi sudah mula pandai pegang botol susunya. Tapi dalam seminggu mungkin ada dua atau tiga kali yang dia tak mahu pegang. 

Macam orang dewasa, bayi juga ada ketikanya mood tak berapa baik. Jadi anda tak perlu paksa dia untuk pegang. Nanti dia merajuk dan tak mahu minum susu pulak!

Jadi, ibu tenang, layankan saja keranah si kecil itu. 

Walaubagaimanapun, proses bayi pegang botol susu mungkin ambil masa yang lama atau pendek. Tapi ibu perlu cool-cool saja ok.

Kalau ada makcik bawang tanya anak tak pandai pegang botol susu lagi ke? Sumbat saja puting susu kat mulut dia, hehe! Gurau gurau. 

Langkah keselamatan ketika bayi menyusu sendiri 

Bila anak dah pandai pegang botol susu sendiri, ibu jangan pula buat-buat tak endah ketika dia menyusu.

Risau juga kalau tiba-tiba dia tersedak atau sebagainya. Jadi ibu boleh ikut langkah keselamatan ini:

  • Letakkan bayi di posisi yang betul ketika menyusu 
  • Jangan sua botol susu pada bayi secara menegak kerana ia boleh jadi sebab bayi tercekik. 
  • Bila bayi belum pandai pegang sendiri, jangan tampung botol itu dengan bantal atau kain. Kemudian anda pula tak tengok, ia mengundang bayi tersedak susu.
  • Jika anda tengok susu macam tak berapa balance, betulkan posisi anak. 
  • Dengar dan teliti bunyi botol. Jika bayi seperti menghisap tapi susu tak keluar mungkin ada yang tak kena dengan puting itu. Mungkin bayi sedang menghisap angin, bukannya susu.  
  • Bila bayi tertidur ketika menyusu botol, ketepikan botol tersebut kerana ia boleh menyebabkan gigi bayi rosak. 

 

 

 

 

 
 
 
 
 
Sumber: Momjunction
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Bayi 4 bulan mati tercekik selepas ditinggalkan minum botol susu bersendirian

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner