13 Tips Beli Rumah Pertama Di Malaysia Anda Wajib Tahu

Jika anda pertama kali ingin membeli rumah, kami kongsikan tips beli rumah pertama untuk anda jadikan rujukan.

Jika anda pertama kali ingin membeli rumah, kami kongsikan tips beli rumah pertama untuk anda jadikan rujukan. Ia bagi memastikan anda tidak tersilap pilih dan tersalah langkah kerana pinjaman yang akan diambil bukan sekejap dan makan masa berpuluh tahun. 

Tips Beli Rumah Pertama

1.Semak kelayakan pinjaman rumah

Kira debt service ratio  anda. Ia cara utama yang digunapakai pihak bank untuk tentukan sama ada anda mampu membayar pinjaman atau sebaliknya. 

Formula Debt Service Ratio (DSR):

(Jumlah komitmen bulanan + Installment Rumah Yang Ingin Dibeli) / Pendapatan Bersih.

Jumlah komitmen bulanan tu ialah jumlah kesemua bayaran bulanan untuk semua pinjaman yang anda ada dengan institusi kewangan. Ini termasuk pinjaman peribadi, kereta, rumah dan lain-lain.

2.Semak kemampuan bayar pinjaman

tips beli rumah pertama

Tidak semestinya anda layak mendapat pinjaman tinggi bermakna anda mampu bayar. Semak komitmen anda. 

3.Pekerjaan berstatus tetap

Pastikan pekerjaan anda berstatus tetap kerana dengan status kontrak peluang pinjaman diluluskan agak rendah. 

4.Semak penyata KWSP dan pastikan majikan mencarum pada masa tetap

Pastikan majikan buat caruman secara konsisten dan tepat pada masa. Jika ada kelewatan, tanya majikan dan minta mereka keluarkan surat justifikasi. Serahkan surat tu kepada bank semasa mohon pinjaman nanti.

5.Kaji lokasi rumah

Jangan terpengaruh dengan harga murah, tetapi lokasinya mungkin terlalu jauh dengan tempat anda bekerja. Kesihatan mental juga harus dijaga.

6.Tahu beza MRTT atau MLTT

MRTT dikatakan pilihan lebih murah berbanding polisi terma mendatar seperti MLTT. MLTT biasanya lebih mahal kerana risiko yang dilindungi oleh institusi kewangan adalah lebih besar memandangkan jumlah pampasan yang sama akan dibayar pada sebarang masa polisi.

7.Status tanah - Freehold atau leasehold

Jika harga hartanah freehold terlalu mahal dan anda beli untuk duduk tiada masalah beli leasehold.  Yang penting rumah itu sesuai dengan keperluan anda dan keluarga.

8.Beli di kawasan padat

Biasanya kawasan padat sudah tersedia pelbagai kemudahan dan fasiliti penting termasuklah sekolah, masjid, dewan, stesen minyak dan bandar.

9.Rumah kecil tiada masalah

Tiada masalah dengan membeli rumah kecil dahulu kerana harga rumah akan semakin naik.

10.Jangan terpedaya dengan cash rebate

Jangan mudah percaya kerana kesemua kos berkenaan sudah termasuk di dalam harga rumah.

11.Fahami dokumen jual beli rumah

Fahami dokumen yang anda tanda tangan. Jika tidak faham jangan malu bertanya.

12.Lawat lokasi rumah secara berkala

Pastikan anda lawat lokasi rumah yang anda beli secara berkala. Pastikan ada perkembangan projek setiap kali anda melawat.

13.Periksa kerosakan rumah

Pastikan anda periksa kerosakan atau defect apabila dapat kunci rumah. Jika tidak pasti apa yang perlu disemak, anda boleh upah mereka yang menyediakan perkhidmatan itu. 

arifhusin.com, lbscybersouth

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Idea Deco Raya Rumah Kampung, Simple & Sedap Mata Memandang

Baca juga: Cara Dekorasi BILIK TIDUR Moden Untuk Bayi, Anak Berusia 5 Tahun Ke Bawah!

Baca juga: Idea Indoor Playground Untuk Anak Di Ruang Tamu, Tetap Kelihatan Cantik & Kemas

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!