Budak Jatuh Eskalator 4 Tingkat Ketika Ibu Leka Di Kerusi Urut Mall, Sadisnya!

Kes kemalangan eskalator banyak berlaku, ibu bapa perlu lebih peka tentang langkah keselamatan anak-anak ya!

Walaupun sudah banyak amaran yang terpampang tentang bahaya eskalator pada kanak-kanak, tetapi ibu bapa masih perlu lebih berwaspada mengawasi anak. Ini kerana sudah banyak kes budak jatuh eskalator yang menyebabkan maut, hanya kerana kelalaian ibu bapa sendiri.

Budak Jatuh Eskalator: Kanak-Kanak 3 Tahun Maut

keselamatan anak

Pada 9 Ogos yang lalu, satu tragedi malang menimpa sebuah keluarga di China. Seorang kanak-kanak yang baru berusia 3 tahun telah menjadi korban eskalator kerana berada terlalu jauh dari pengawasan ibu bapanya!

Video rakaman budak jatuh eskalator tersebut menunjukkan mangsa sedang bermain-main di pemegang eskalator tersebut. Setelah itu, dia menaiki tangga automatik seorang diri, tanpa bantuan orang dewasa.

Menurut laporan, semasa kanak-kanak itu bermain berseorangan, ibu bapa dan kakaknya yang berusia 9 tahun sedang duduk di kerusi urut hanya beberapa meter dari eskalator tersebut.

Namun mereka tidak menyedari langsung yang si kecil bakal maut, kerana posisi mereka membelakangkan tangga tersebut.

keselamatan kanak-kanak

Mengikut laporan media, kejadian berlaku pada jam 1.40 petang waktu tempatan. 

Sebelum kejadian. budak jatuh eskalor ini berlaku, mangsa berjaya menaiki tangga tersebut sehingga ke aras 3 namun akhirnya jatuh ke aras bawah. Tambah menyedihkan, kakak mangsa terlihat kejadian itu kerana menyedari si adik di atas beberapa saat sebelum dia jatuh.

Si ibu dan kakak telah cuba menyelamatkan anak kecil itu namun semuanya telah terlambat kerana ia berlaku terlalu pantas! Mangsa jatuh terhempas 4 tingkat ke bawah dan terus meninggal dunia.

Kelihatan keluarga mangsa tidak berhenti menangis melihatkan jasad si kecil yang kaku dipenuhi darah.

Berikutan kejadian ini, ibu bapa mangsa meminta gantirugi sebanyak 1.8 juta yuan dari pihak pengurusan pusat beli belah tersebut, dengan alasan anak mereka meninggal akibat kurangnya keselamatan di bangunan tersebut.

Budak Jatuh Eskalator 4 Tingkat Ketika Ibu Leka Di Kerusi Urut Mall, Sadisnya!

Tips Keselamatan Anak Menaiki Eskalator

Sebelum menaiki eskalator bersama anak kecil, ada beberapa perkara yang ibu bapa harus patuhi bagi mengelakkan kemalangan.

Yang pastinya, jangan sekali-kali membiarkan anak menaiki eskalator berseorang kerana risiko untuk cedera atau jatuh adalah tinggi.

bahaya eskalator

Ini beberapa tips yang perlu anda tahu:

#1 Pakaian Yang Bersesuaian

Pastikan tiada benang atau kain yang terjuntai menyentuh lantai. Contoh lain seperti benang pada pakaian, tali kasut, tali beg dan lain-lain. 

Ini bagi mencegah kemungkinan tali yang terlepas tadi tersangkut pada eskalator yang boleh menyebabkan kecederaan.

#2 Berpesan Supaya Berhati-Hati

Larang anak untuk bermain berdekatan eskalator, terutamanya di hujung tangga automatik tersebut. 

#3 Pegang Erat Tangan Anak

Beri perhatian kepada anak semasa menaiki eskalator. Setelah selesai, barulah anda boleh melihat sekeliling ya ibu ayah!

#4 Guna Alternatif Lain

Jika anda risau akan keselamatan anak yang aktif, mungkin lebih baik anda guna tangga atau lif. Terdapat beberapa mall yang menyediakan lif dengan dinding kaca yang membolehkan anda menikmati permandangan sekeliling.

#5 Dukung Anak

Sekiranya anak masih berusia di bawah 5 tahun, cara paling selamat adalah dengan mendukung anak. Tetapi pastikan anda mendukung dengan kemas ya!

#6 Pakai Kasut Yang Sesuai

kemalangan eskalator

Elak dari memakaikan kasut plastik pada anak. Ini kerana kasut yang diperbuatkan dari bahan ini mempunyai permukaan licin yang boleh membuatkan anak tergelincir, malah mudah tersepit.

Semoga bermanfaat dan semoga kita semua dilindungi dari kejadian sebegini.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.Budak Jatuh Eskalator 4 Tingkat Ketika Ibu Leka Di Kerusi Urut Mall, Sadisnya!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Diterjemah dari theAsianparent Indonesia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comanak-jatuh-eskalator

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!