Tips Kemas Rumah Untuk Ibu Bapa Yang Sibuk Bekerja

Kemas rumah? Aduh! Ini tugasan paling sukar lebih-lebih lagi jika anda ada anak dan sibuk bekerja. Mana ada masa... Jangan risau! Jom tengok panduan yang kami kongsi.

Kemas Rumah Selepas Anda Ada Anak

Kemas rumah? Aduh…

Dulu sebelum ada anak yalah, anda guna hujung minggu untuk kemas rumah dengan pasangan.

Senang saja dulu. Pasangan pun sudah faham dengan OCD anda, jadi dia tak berani nak sepahkan rumah teruk-teruk, takut anda membebel pula nanti. Hehe…

Tapi sekarang lepas ada anak? Aduh…

Sudahlah dengan kerja yang tak pernah habis. Rumah kalau kemas dan bersih pun sekejap saja. Tiba-tiba, ia bersepah macam tongkang pecah balik!

Anak-anak tak sama macam pasangan. Cakap berapa kali pun mereka masih suka buat sepah juga. Serabutnya, macam mana nak buat?

Ha… jangan risau lagi ibu bapa semua yang sibuk bekerja. Rumah bersih takkan hilang dari kamus anda jika anda bijak mengaturnya.

tips kemas rumah

Rumah Yang Bersih & Kemas Itu Penting

Siapa yang suka duduk dalam rumah yang kotor dan bersepah, kan? Lagipun, rumah yang bersih boleh membunuh kuman dan bakteria, meningkatkan ketenangan, memberi minda sedikit “kelegaan” dan menghalau tekanan. 

Jadi… walaupun anda sibuk bekerja, hantar anak ke sekolah lagi, hantar pasangan ke tempat kerja dan sebagainya, rumah yang bersih dan kemas tetap penting.

Jom tengok 4 tips yang ingin kami kongsi ini untuk anda lebih senang kemas rumah, okay?

Tips Kemas Rumah

#1 Tetapkan reminder

Ada reminder dalam telefon bimbit anda, kan? Gunakan ia! Ada sesetengah perkara anda kena buat sebagai rutin. Contohnya seperti salin penapis udara atau cadar dan sarung bantal.

tips kemas rumah

Kredit gambar: Wired

Ia bukan saja bermanfaat untuk mencegah kuman, malah ia juga bagus untuk membuang habuk. Satu lagi, jangan lupa untuk buang sisa-sisa habuk di atas tingkap atau pintu. Kalau anda buat secara rutin, habuk takkan berkumpul banyak sangat.

Reminder boleh bantu anda kekal on track.

#2 Buang benda tak penting

Anda tahu tak yang purata manusia ada lebih kurang 300,000 benda dalam rumah mereka?

Ha… semua benda itu bukan penting sangat pun! Jadi lebih baik anda buang segala benda yang tak berapa penting yang memenuhi rumah anda itu.

Atau cuba simpan sebarang keperluan dalam almari besar. Lepas ini anda lagi senang nak kemas rumah. Benda yang tak penting anda tak payah kemas sebab ia telah disimpan dengan selamat dalam almari!

#3 Motivasikan anak-anak

Anda ada anak-anak yang sudah besar? Cuba idea bijak ini: “pancing” anak-anak untuk bantu anda kemas rumah dengan beri mereka sebarang ganjaran mudah

tips kemas rumah

Kredit gambar: The Spruce

Ada ibu bapa sediakan carta untuk suruh anak kemas rumah. Hadiahnya – mereka boleh bermain atau dapat makan aiskrim sedap.

Apa yang penting: anda kena buat aktiviti kemas rumah satu benda yang fun untuk dicuba anak-anak.

#4 Ubah definisi “kemas”

Dulu mungkin definisi kemas bagi anda adalah: semua barang terletak di tempatnya dan semua permukaan bersih lagi licin. Tapi, lepas anda ada anak… mungkin definisi “kemas” kena tukar.

Jika anda tukar mindset ini, anda akan lebih tenang dan tak serabut, percayalah!

Macam mana? Sudah bersedia untuk guna tips berguna ini untuk kemas rumah anda? Jangan lupa untuk berkongsi dengan kami apa tips lain yang anda rasa sesuai!

Jom kongsi artikel ini. Sama-sama kita tolong ibu bapa lain yang sibuk itu untuk kemas rumah juga, ya!

Sumber rujukan: Working Mother

Khas untuk pembaca theAsianparent

Tips Kemas Rumah Untuk Ibu Bapa Yang Sibuk Bekerja

Berpeluang memenangi hadiah bernilai RM100 dari Breeze! Isi borang di bawah sahaja! 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!