Tips keselamatan ketika menaiki teksi

lead image

TIdak semua pemandu teksi ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pemandu teksi. Berikut adalah langkah-langkah keselamatan untuk menaiki teksi bermeter atau pengangkutan awam.

Jika anda seorang pelancong atau terasa asing di tempat yang baru dikunjungi, anda akan mendapatkan khidmat teksi supaya tidak tersesat.

Akan tetapi, tidak semua pemandu teksi ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pemandu teksi. Ada pemandu teksi yang suka mengambil kesempatan ke atas pelancong atau penumpang.

Baru-baru ini, seorang pengguna GrabCar mengharungi perjalanan yang sangat mencemaskan apabila beliau hampir dicabul oleh pemandu tersebut selepas pemandu teksi tersebut mengeluarkan kemaluannya.

Semoga langkah-langkah keselamatan berikut akan menghindari kemalangan dan tragedi jika menaiki teksi bermeter atau pengangkutan awam.

Buat kajian terhadap lokasi yang ingin dituju

shutterstock_414268594-1

Zaman sudah berubah. Teknologi berkembang. Gunakan kemudahan yang ada sepenuhnya untuk membuat kajian atau "homework" terhadap tempat yang ingin dituju.

Gunalah Google maps dan Google sahaja tempat yang ingin anda kunjungi. Jadilah peka terhadap jalan yang dibawa oleh pemandu teksi dan baca setiap papan tanda yang ada di sana.

Bawa pen, dan buku nota, serta kamera

shutterstock_481750321-1

Tangkap gambar nombor plate teksi yang akan bawa anda ke tempat yang dituju. Salin nama jalan sebagai langkah berjaga-jaga, terutamanya jika anda seorang "lone ranger traveller".

Cuma anda yang boleh membantu diri anda sendiri pada masa ini. Ini adalah langkah berjaga-jaga kerana dikhuatiri pemandu teksi mahu menculik anda. Ia amat bahaya lagi-lagi jika anda seorang wanita.

Simpanlah nombor telefon balai polis yang berdekatan atau nombor telefon kecemasan yang patut anda hubungi. Pastikan telefon bimbit anda ada boleh digunakan semasa kecemasan.

Pilih teksi bermeter dan sediakan wang kecil

shutterstock_493326439-1

Pilihlah teksi bemeter, dan jangan tawar menawar dengan pemandu teksi. Jangan mudah tertipu dengan pemandu teksi yang menawarkan harga sesuka hati.

Kebanyakan pemandu teksi suka mengambil kesempatan dengan tidak memulangkan wang kecil. Jadi, anda patutlah menyimpan wang kecil untuk kebaikan anda juga.

Duduk di kerusi penumpang belakang

shutterstock_164243867-1

Ini adalah perlu untuk anda sebagai penumpang teski, ditambah lagi jika anda seorang wanita yang mengembara seorang diri. Sekurang-kurangnya anda ada masa yang cukup untuk mempertahankan diri

Kes pencabulan dan rogol boleh berlaku tanpa diduga. Anda boleh simpan kunci atau penyembur lada di tempat yang mudah dicapai di badan anda seperti di poket seluar.

Segera keluar apabila pemandu berkelakuan meragukan

shutterstock_340895396-1

Anda haruslah peka terhadap perubahan sekeliling, lagi-lagi perubahan tingkahlaku pemandu. Jika pemandu menunjukkan kelakuan meragukan seperti bercakap hal-hal yang tidak sepatutnya, atau membawa anda ke tempat asing, segeralah minta keluar.

Sebaiknya, pilihlah menaiki perkhidmatan bas ataupun LRT jika keadaan tidak mendesak. Anda akan berasa lebih selamat dengan ramai penumpang dan orang ramai. Sebagai pelancong atau pengembara, anda haruslah berhati-hati dan jaga keselamatan untuk orang tersayang.

Bercakap dalam telefon

shutterstock_260606738-1

Berpura-pura cakap dalam telefon supaya pemandu teksi akan memastikan anda tiba ke destinasi anda dengan selamat. Ataupun, anda boleh SMS nombor plat dan nama pemandu ke rakan anda.