theAsianparent Logo

9 sebab kenapa anda patut "bersama" pasangan pada waktu pagi

Kalau anda ikut tips seks agar berasmara pada waktu pagi ini, pasti hubungan anda suami isteri akan lebih rapat malah kalian pasti lebih bahagia.

Tips seks: Kebaikan bersenggama pada waktu pagi

Selepas memiliki cahaya mata, pasti ramai suami isteri menghadapi kesulitan untuk bermesra. Masa padat dengan mengurus anak, keluarga dan pekerjaan. Tapi pernah tak anda terdengar tentang tips seks yang satu ini?

Pasangan suami isteri digalakkan untuk buat seks pada waktu pagi berbanding pada waktu malam. Kenapa waktu pagi? Ha ini 9 sebabnya:

1. Suami sudah sedia “bangun” pada waktu pagi

tips seks suami isteri

Dr Arlene Goldman, seorang pakar terapi berkata, “kebanyakan suami biasanya paling ghairah pada waktu pagi. Ketika ini, hormon testosterone mereka berada di tahap paling tinggi. 

Tambahnya lagi, pasangan suami isteri wajar mengikut tips seks untuk “bersama” pasangan pada waktu pagi ini kerana kalian sudah dapat cukup rehat selepas tidur. 

Kalau anda tak selesa dengan bangun mulut selepas bangun tidur, gosoklah gigi dulu sebelum beraksi!

2. Suami lebih berkeyakinan

Martha Lee, seorang pakar seksologi berkata. “ereksi pada waktu pagi mengurangkan rasa cemas pada suami. Jadi, dia lebih berkeyakinan.”

3. Memulakan hari dengan penuh kasih sayang

tips seks suami isteri

Kredit: Pinterest

Percayalah, dengan tips seks ini, pasangan suami isteri akan lebih rapat dan dekat. Lebih-lebih lagi kerana jika anda berasmara di waktu pagi, kalian akan memulakan hari dengan lebih baik.

Seks mengeluarkan hormon oksitoksin yang buat semua benda rasa/nampak lebih positif. Ia akan membuatkan anda rasa lebih gembira dan puas sepanjang hari itu.

Tiada apa yang lebih indah berbanding bangun pada waktu pagi dengan ciuman dari pasangan yang dicintai…

4. Bakar lemak!

Nak diet tapi malas nak bersenam? Jawapannya senang saja: buat seks pada waktu pagi.

Sebuah kajian mendapati aktiviti seks membakar hampir 4.2 kalori setiap minit untuk para lelaki dan 3.1 kalori setiap minit buat wanita.

Dalam beraksi itu, seronoklah lemak pun boleh terbakar, kan!

5. Anda lebih bertenaga sepanjang hari

tips seks

Kredit: beritatrendz.com

Hubungan intim di pagi hari tidak akan buat anda keletihan, sebaliknya lebih bertenaga sepanjang hari itu. 

Tak kisahlah apa tugas yang wajib kalian buat hari itu, jangan risau untuk berasmara dulu, ya…

6. Badan lebih sihat

Seks pada waktu pagi membakar kalori seolah-olah kita bersenam.

Kajian juga mendapati hubungan seksual di pagi hari menguatkan lagi sistem imun, melancarkan peredaran darah dan mengurangkan sakit sendi.

7. Kulit lebih sihat dan awet muda

Pernah dengar orang kata kulit anda akan jadi lebih bercahaya glowing gitu jika anda kerap berasmara? Benda itu bukan mitos, ya!

Hubungan intim menggalakkan pengeluaran hormon estrogen yang baik untuk kulit muka. Ia juga rahsia awet muda!

8. Hidup jauh dari penyakit

tips seks

Kredit: Catriona Boffard

Debby Herbenick, seorang pengkaji dari Amerika Syarikat telah menjalankan kajian tentang kaitan antara seks dan daya tahan badan. 

Hasil kajian menunjukkan pasangan suami isteri yang berintiman pada waktu pagi memiliki sistem imun badan yang lebih kuat. Malah mereka juga lebih bersemangat di pagi hari!

9. Kurang stres

Sebuah penelitian yang dilakukan oleh Proceedings of the National Academy of Science pula mendedahkan yang hubungan seks di pagi hari mampu mengurangkan stres.

Ini kerana ia menghambat respon kecemasan di otak yang memicu stres untuk tidak berfungsi. Maka, hati pun lebih tenang dan anda lebih bahagia.

Sekarang anda sudah faham dan nampak kan kenapa anda patut tangguh rancangan nak bersama pasangan malam ini kepada esok pagi? 

Jadi, jangan lupa untuk bangun esok pagi dan merapatkan hubungan suami isteri itu!

 

 

 

 

Rujukan: theAsianparent Singapura, Liputan6, Hello Sehat

Kredit gambar: weheartit.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Susah nak berasmara di rumah sebab ada anak/bayi? Jom cuba 9 tips berguna ini!