Sukar Tidurkan Anak? Mungkin Anda Terlupa 10 Peraturan Penting Sebelum Tidur INI!

lead image

Kanak-kanak harus dididik secara rutin untuk mendapatkan tidur yang berkualiti. Berikut 10 tips tidur nyenyak yang boleh diamalkan sejak dari bayi.

Sesetengah ibu ayah mungkin mempunyai masalah untuk menetapkan waktu tidur anak, malah anak juga tidak mudah tidur, ada juga yang kerap terjaga pada waktu malam. Apakah tips tidur nyenyak bagi si kecil anda?

Bayi baru lahir sebenarnya masih belum memahami ritma kehidupannya, di mana si manja masih belum tahu bila waktu tidur, waktu makan dan sebagainya. Di sinilah tugas anda sebagai ibu dan ayah bermula, bagi membentuk cara tidur dan waktu tidur anak.

Jom lihat tips untuk mendapatkan tidur berkualiti yang boleh diamalkan sejak bayi lahir lagi.

10 Tips Tidur Nyenyak Untuk Si Manja

1. Biarkan Bayi Tidur Sendiri

tips tidur nyenyak, tidur berkualiti, cara tidur, cara mengatasi masalah sukar tidur, tidur 3 jam sehari, doa aga rmudah tidur, cara mencapai tidur sempurna, cara mendapatkan tidur berkualiti, tidak cukup tidur, tidur yang aman, waktu tidur yang cukup, cara untuk mendapatkan tidur yang cukup, tips tidur nyenyak

Bagi bayi, seeloknya biarkan mereka belajar menenangkan diri (self-soothing) sehingga akhirnya tertidur sendiri. Gunakan permainan atau letakkan bayi di baby cot/tilam semasa bayi kelihatan mengantuk, dan elakkan bayi tertidur semasa sedang makan.

2. Tetapkan Rutin

Kanak-kanak harus mempunyai rutin tidur yang konsisten, dan bersesuaian dengan usia. Tetapkan waktu tidur dan waktu bangun tidur yang sama pada setiap hari, malah pada waktu hujung minggu juga sebaiknya mengikut rutin yang sama – tiada waktu tidur berlebihan.

3. Bacakan Buku Cerita Sebelum Tidur

Membacakan buku cerita kepada anak merupakan salah satu cara yang baik untuk memudahkan anak tidur. Menurut Michael Gradisar, seorang pakar psikologi klinik di Universiti Flinders, Adelaide, Australia,

“Dalam kebanyakkan aktiviti, membaca buku bercetak merupakan aktiviti paling santai,”

4. Pastikan Tiada Gajet Di Bilik Tidur

tips tidur nyenyak, tidur berkualiti, cara tidur, cara mengatasi masalah sukar tidur, tidur 3 jam sehari, doa aga rmudah tidur, cara mencapai tidur sempurna, cara mendapatkan tidur berkualiti, tidak cukup tidur, tidur yang aman, waktu tidur yang cukup, cara untuk mendapatkan tidur yang cukup, tips tidur nyenyak

Elakkan daripada meletakkan televisyen, komputer, tablet atau telefon bimbit di bilik tidur dan elakkan anak bermain gajet sejam sebelum tidur.

Elektronik boleh merangsang otak kanak-kanak dan cahaya biru dari peranti seperti iPads juga menghalang pelepasan melatonin.

5. Bilik Tidur Yang Tidak Panas dan Tenang

Sebelum bawa anak ke bilik tidur, pastikan suhu di bilik tidur tidak panas dan tidak pula terlalu sejuk. Selain itu, bilik haruslah dalam keadaan tenang dan kemas supaya anak akan selesa apabila melelapkan mata.

6. Katil Hanya Untuk Tidur

tips tidur nyenyak, tidur berkualiti, cara tidur, cara mengatasi masalah sukar tidur, tidur 3 jam sehari, doa aga rmudah tidur, cara mencapai tidur sempurna, cara mendapatkan tidur berkualiti, tidak cukup tidur, tidur yang aman, waktu tidur yang cukup, cara untuk mendapatkan tidur yang cukup, tips tidur nyenyak

Tetapkan peraturan yang katil hanya untuk tempat berehat sahaja. Elakkan dari melakukan perkara lain di katil seperti makan, bermain atau melakukan kerja sekolah di tempat tidur.

Ajar anak untuk menghormati tempat untuk berehat dan wujudkan tabiat yang baik ini untuk memberikan manfaat jangka masa panjang. Apabila anak faham hal ini, ini menjadikan dia lebih mudah terlelap apabila berada di katil.

7. Jauhkan Alergen Dari Bilik Tidur

Menjaga bilik tidur dengan bersih boleh  memastikan bilik tidur bebas alergen. Anginkan selimut dan cadar sebelum tidur dan selepas bangun tidur.

8. Makan Snek Sebelum Berus Gigi

Pengambilan snek tinggi protein dan rendah gula seperti segelas susu menggalakkan tidur yang lebih baik. Walau bagaimanapun, makan gula-gula atau makanan manis sebelum tidur boleh menyebabkan paras gula dalam darah meningkat, dan turun secara mendadak menyebabkan kelaparan pada tengah malam.

9. Beri Perhatian Untuk Anak Bercakap

Sebelum masuk tidur, luangkan masa selama 10-15 minit untuk mendengar cerita anak, dan luahan hatinya. Tanya tentang harinya atau bercakap tentang impiannya, supaya fikirannya lebih tenang kerana dapat memberitahu ibu ayah sekiranya mempunyai kegusaran.

10. Ajar Anak Amalkan Bermeditasi atau Berdoa Sebelum Tidur

Meditasi dan doa boleh menenangkan fikiran, mengurangkan tekanan dan memperbaiki tidur.

Setiap kanak-kanak memerlukan jumlah tidur yang berbeza, ada yang memerlukan tidur yang lama dan ada yang sekejap. Yang pastinya, ibu bapa harus tahu keperluan tidur si anak agar anak tidak meragam apabila tidak cukup rehat.

Hakikatnya, apabila kanak-kanak tidak cukup tidur, mereka lebih cenderung untuk mempunyai masalah tingkahlaku dan tidak mendengar kata. Kita tidak boleh menyalahkan si anak pula kerana ia merupakan tanggungjawab kita untuk mendidik anak supaya mendapatkan tidur, terutamanya secara rutin.

Ingat ya ibu ayah, tanggungjawab kita bukan sekadar memberi makan dan penjagaan yang cukup kepada si kecil malah memberikan tidur yang cukup kepada mereka. Walaupun kanak-kanak kelihatan sentiasa bertenaga tetapi jangan lupa untuk memberikannya rutin tidur, kerana tidur yang baik merangsang perkembangan otak si manja juga!

Anak saya kerap terjaga pada jam 3am, menyebabkan saya tidak boleh tidur!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

Sebab Mengapa Bayi Tidak Tidur Lena Pada Waktu Malam

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!