A Spot - Titik Rangsangan Wanita Paling Sensitif, Berbeza Dari G-Spot!

lead image

Anda biasa dengar tentang titik rangsangan wanita yang dipanggil G spot. Bagaimana dengan A spot? Ketahui tentang titik yang terletak di dalam faraj ini.

Titik G spot bukan satu-satunya cara untuk wanita mencapai orgasma. Ada satu lagi titik rangsangan wanita yang suami semua perlu tahu, ia dipanggil A spot. Apa itu A spot? Apa cara untuk mencapainya? 

Titik rangsangan wanita: Apa itu titik A spot?

Apa itu A spot wanita?

src=https://id A Spot   Titik Rangsangan Wanita Paling Sensitif, Berbeza Dari G Spot!

A spot atau Zon Fornix Erogenous Anterior adalah kawasan sensitif yang terletak di belakang hujung klitoris, di mana dinding mula melengkung ke atas.

A spot lebih jauh dari G spot yang terletak di atas serviks. Ia juga dikatakan sama dengan buah zakat lelaki. Ia boleh ditemui semasa zakar dalam faraj dan semasa foreplay.

Tapi, tak ramai yang menemui titik rangsangan wanita ini. Hanya 11% wanita saja yang berjaya menemui A spot.

Jadi, jika anda nak seks yang lebih nikmat bersama suami, kenalah tahu cara-cara untuk menemuinya!

Perbezaan titik rangsangan wanita A spot dan G spot

A spot dan G spot mempunyai sensasi yang sama. Ramai suami yang menggunakan titik G spot untuk memberikan orgasma penuh kepada wanita.

A spot tak menjamin wanita untuk mendapat orgasma, tapi rangsangan di titik A spot boleh meningkatkan sensitiviti terhadap sensasi rangsangan yang diberikan suami dan bila orgasma berlaku, isteri akan rasa lebih puas.

Titik rangsangan wanita: Cara suami boleh mencapai titik A spot isteri

src=https://id A Spot   Titik Rangsangan Wanita Paling Sensitif, Berbeza Dari G Spot!

1. Penetrasi lebih dalam

Kerana A spot terletak di bahagian paling dalam faraj, ia memerlukan penetrasi yang dalam untuk mencapainya.

Antara posisi seks dengan penetrasi lebih dalam hingga mencapai A spot adalah posisi doggy style dan woman on top terbalik dengan punggung isteri menghadap muka suami.

2. Sex toy

src=https://id A Spot   Titik Rangsangan Wanita Paling Sensitif, Berbeza Dari G Spot!

A spot yang terletak sangat dalam di faraj menyebabkan sukar untuk dicapai dengan jari suami. Oleh itu, sex toy boleh membantu anda menemukan A spot isteri anda.

3. Kombinasi titik rangsangan wanita

Kombinasi beberapa titik rangsangan boleh meningkatkan sensasi dan ghairah isteri.

Oleh itu, jangan hanya fokus pada A spot atau G spot saja, anda boleh gabungkan 10 titik-titik ini untuk buat isteri anda tambah ghairah.

4. Jangan letakkan jangkaan terlalu tinggi

src=https://id A Spot   Titik Rangsangan Wanita Paling Sensitif, Berbeza Dari G Spot!

Jangkaan yang tinggi selalu membuatkan anda sukar untuk mencapai kepuasan yang maksimum. Begitu juga ketika mencari A spot.

Walaupun A spot boleh membuatkan isteri mendapat rangsangan yang lebih puas, tapi ia tak menjamin isteri mencapai orgasma.

Jadi, anda tak perlu memaksa diri anda untuk menemuinya, sebaliknya nikmati seks anda dengan pasangan anda dan jika anda dapat menemui A spot anggap ia sebagai bonus.

Semoga berjaya!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Penulis asal Fitriyani, mendapat izin theAsianparent Philippines untuk diterjemah.

Baca juga:

Isteri HANYA MAHU rangsangan ini dari pasangan untuk lebih puas – Kajian

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!