Bagaimana Nak Tolak Ajakan Suami Untuk "Bersama" Tanpa Melukakan Hatinya?
Penat dan sibuk boleh jadi punca mengapa kadang-kadang kita tak ada mood nak "bersama" suami. Tapi bagaimana nak tolak ajakan suami tanpa melukakan hatinya?
Tolak ajakan suami untuk berhubungan seks
Kadang-kadang, kita terlalu penat menguruskan hal kerja dan keluarga hingga tak larat nak berhubungan seks.
Dan waktu itu jugalah suami pun mengajak kita untuk “bersama”. Bagaimana nak cakap tak mahu? Nanti apa kata suami?
Bagaimana nak jaga hatinya?
Adakah nanti kita berdosa kalau kita kerap kali menolak ajakan suami?
Suami yang baik pasti akan memahami jika isteri menolak ajakannya untuk bersama. Mungkin atas faktor tiada mood atau kepenatan.
Tapi, isteri juga harus bijak menolak ajakan tersebut, tanpa mencetuskan sebarang salah faham atau mengguris hati suami.
Jom tengok bagaimana anda boleh menolak ajakan suami ini, tanpa melukakan hatinya:
1. Beritahu pasangan terus
Jika anda rasa tiada mood untuk melakukan hubungan intim pada hari-hari tertentu (mungkin sebab sibuk dan sebagainya), cuba berita suami terus.
Jangan tunggu sehingga suami “mengajak” baru anda ingin beritahunya. Nanti, suami akan faham yang hari itu tiada hubungan intim.
Lagipun, dia takkan salahkan anda apabila anda menolak ajakannya.
2. Jujur dengan pasangan
Jangan sengaja mereka-reka cerita semata-mata sebab anda tak mahu berintiman. Cakap saja dengan suami kalau anda kepenatan untuk melakukannya.
Tapi, kalau anda memang tiada mood nak berintiman sebab rasa bosan dengan aksi sama, apa kata cuba aksi-aksi ini pula.
3. Minta suami tanya lagi nanti
Mood ini boleh berubah-ubah. Sekejap anda mahu, sekejap anda tak mahu.
Jika suami mengajak anda bersama ketika anda tiada mood, apa kata cakap padanya untuk meminta sekejap nanti pula.
Mana tahu mood anda akan berubah. Jadi, tak payahlah anda terus “memotong” keinginan suami untuk bersama. Chill…
4. Kadang-kadang, menahan diri daripada melakukan seks juga boleh “merapatkan hubungan”
Hubungan intim antara pasangan suami isteri memang bagus untuk hubungan kalian. Tapi, menahan diri daripada melakukannya juga ada kesan positif!
Anda boleh saja menetapkan hari tertentu di mana kalian hanya boleh bermesra, cuddle manja di atas katil, cakap tentang kehidupan dan sebagainya.
Ambil masa rehat ini bukan bermaksud anda takkan melakukan seks selama-lamanya. Ambil masa berehat ini mampu membuatkan kalian lebih seronok bila bersama kembali, nanti!
5. Rancang dengan lebih awal
Seperti yang saya cakap tadi, mood kita ini ada naik turunnya. Kadang-kadang, melakukan seks secara spontan tak seronok juga.
Jadi, apa kata anda dan pasangan cuba merancang dengan lebih awal. Dengan cara ini, kalian boleh bersedia untuk ambil mood, dan mood kalian pasti takkan “potong”.
Janganlah susah hati. Tak apa menolak ajakan suami untuk bersama jika anda kepenatan dan sebagainya.
Kalau hubungan intim kalian sudah membosankan pun, ada bermacam-macam cara yang boleh anda lakukan untuk menyemarakkan lagi rasa asyik berasmara itu.
Apa yang penting adalah bijak mengendalikan situasi. Jom sama-sama kita cuba, ya!
Sumber rujukan: theAsianparent Phillipines
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comseks-oral-suami-isteri-boleh-atau-tidak/