"Tolong Selamatkan Anak Saya" - Rayu Ibu Ini

"Dia bukanlah seseorang yang akan membuat perkara jahat. Dia sering membantu orang di dalam kesusahan, dia tentunya tidak bersalah. Dia tidak melakukan apa-apa jenayah, saya 100% pasti."

"Tolong selamatkan anak saya," ibu ini merayu dengan air mata yang mengalir serta kedua tapak tangan dirapatkan menunjukan gaya merayu. 

Dengan tengan yang menggigil, Puan Eswari melihat gambar-gambar anak lelaki kesayangannya, Prabagaran Srivijayan, 29 yang kini dihukum dengan hukuman gantung sampai mati akibat tuduhan menyeludup dadah.

"Dia bukanlah seseorang yang akan membuat perkara jahat. Dia sering membantu orang di dalam kesusahan, dia tentunya tidak bersalah. Dia tidak melakukan apa-apa jenayah, saya 100% pasti."

Sedikit coretan dari video yang menyayat hati tentang kisah Ouan Eswari yang anaknya bakal dihukum mati Jumaat ini, 14 Julai.

Kisah ibu yang menegakkan keadilan untuk nyawa anaknya

Walaupun dengan hati yang hancur, Puan Eswari dengan jelas menegaskan yang tuduhan itu bercanggah dengan apa yang dia percaya.

Namun, kerajaan tetap dengan hukuman mereka dan ia tidak boleh dikurangkan.

Undang-undang tidak boleh dikompromi mahupun dielakan. Jika anda didapati memiliki lebih dari 15g heroin, anda akan ke tali gantung!

Ia kedengaran sungguh mudah, bukan?

Namun ianya jauh dari mudah kerana bagi hukuman gantung, tiada jalan untuk berpatah balik.

Dan bagaimana jika, sistem yang ada telah membuat kesalahan dan telah menuduh orang yang tidak bersalah?

Anda mungkin tertanya-tanya mengapa kami berkongsi cerita ini kepada anda?

Bagaimana jika anak itu adalah anak anda?

Bagaimana jika anak anda telah berada di tempat yang salah pada masa yang salah hingga mereka menjadi mangsa?

Atau bagaimana jika satu momen sahaja telah mengubah seluruh perjalanan hidup anak anda?

Adakah anda akan melihat hal ini dengan cara yang sama?

Mungkin anda akan rasa yang hal ini tidak akan terjadi jika seseorang anak itu dibesarkan dengan baik.

TIDAK!

Ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja dan hari ini, seorang lelaki tidak bersalah telah menjadi 'penjenayah'.

Dan, anda mungkin menjadikannya sebagai contoh kepada anak anda, kononnya itulah yang dia akan jadi jika degil dan nakal.

Tahukah anda? Esok atau lusa, ia juga mungkin terjadi kepada sesiapa sahaja.

Latar belakang dan situasi terkini

Puan Eswari telah menjadi 'selebriti' di Singapura di dalam perjuangannya menentang hukuman mati anaknya.

Pada tahun 2012, Prabagaran, anak Puan Eswari telah disabit kesalahan memiliki 22.4g dadah jenis diamorphine, sejenis heroin asli yang dijumpai di dalam keretanya di Pemeriksaan Imigresen Singapura.

"Mereka tidak menjumpai cap jarinya pada dadah itu, atau membuktikan dia telah mengambil dadah tersebut. Namun hakim telah menjatuhkan hukuman salah kepadanya kerana kereta itu miliknya," kata Puan Eswari sambi menangis.

Undang-undang Singapura menyatakan yang sebarang dadah yang dijumpai di dalam sesuatu kenderaan, ia akan dianggap milik tuan empunya kenderaan.

Atau kesalahan akan ditujukan kepada orang yang sedang memandu kenderaan tersebut. 

Jika orang tersebut gagal memberikan bukti menyakinkan yang dadah itu bukan miliknya, dia dianggap bersalah memiliki dadah tersebut.

Prabagaran merupakan sumber utama pencarian nafkah keluarganya yang menanggung makciknya, ibunya dan adiknya.

Dia telah menyatakan yang kereta tersebut bukan miliknya dan tidak tahu akan kewujudan dadah tersebut di dalamnya.

Buat masa ini, mahkamah Malaysia telah memohon Singapura untuk menghentikan hukuman Prabagaran kerana risau jika dia tidak dibicarakan dengan adil.

Ada sebab yang mencadangkan dia mungkin bukan pesalah di dalam kes ini. Juga terdapat bukti yang tidak seiring di dalam siasatan kes ini.

Sesetengah mungkin akan merasakan hukuman keras dan mandatori ini adalah cara yang efektif terhadap pesalah.

Ia menunjukkan yang kerajaan tidak berkompromi apabila ia melibatkan jenayah yang boleh membahayakan negara. 

Namun ramai juga yang beranggapan hukuman bunuh adalah terlalu kejam dan tidak wajar terhadap pelaku.

Ia menunjukan yang hukuman ini tidak seiring dengan nilai demokrasi dan kebebasan sivil individu.

Tidak dapat dinafikan, mengedar dadah itu salah. Namun bagaimana pula dengan memberi hukuman mati terhadap nyawa seseorang? 

Apapun kepercayaan anda tentang hukuman mati tersebut, kes Prabagaran membuka mata orang ramai tentang sudut lain atas hukuman seumpama ini.

Apabila seseorang itu dihukum, identitinya direndahkan akibat tuduhannya, media 'menghidangkan' pelbagai kupasan tentang pengedaran dadah dan terus menjadikannya seorang penjenayah.

Namun, mungkin masih ada cerita di sebalik cerita yang digembar-gemburkan, yang tidak diketahui ramai.

Mungkin lelaki yang sedang menunggu hukuman mati ini sangat baik berbanding kita semua.

Dia mungkin sedang berlawan dengan sesuatu yang kita tidak tahu.

Dia mungkin berada di dalam keadaan yang dia tidak dapat elakkan. Atau dia mungkin hanya mangsa keadaan. Siapakah kita untuk menghukumnya?

Saya ulang, bagaimana jika ini adalah anak anda dan dia secara lumrahnya adalah seorang yang sangat baik.

Bukankah anda berharap yang dia dapat diingati sebagai seorang yang banyak memberi dan berguna kepada orang lain?

Walaupun kini dia tidak mempunyai apa-apa atau telah disabitkan sebagai seorang pengedar dadah yang bakal menjalani hukuman mati.

Malah, tiada ibu bapa yang mengharapkan anak yang telah dibesarkan akan bergaul dengan dadah.

Ke mana sahaja dia pergi, dia boleh terjatuh ke dalam jerat dadah.

Dan di dalam kes ini, mana tahu, mungkin seseorang telah mencampakkan dadah ke dalam kereta dinaikinya?

Tolong Selamatkan Anak Saya - Rayu Ibu Ini

Sementara menanti keputusan akhir kes Prabagaran diperolehi, ada satu perkara yang kita tahu: Kesengsaraan yang dilalui oleh ibunya!

Sebagai ibu, marilah kita mendoakan kedua beranak ini supaya mereka memperoleh keadilan yang sebenar.

Sumber: NGOs urge Singapore to hold man’s execution pending legal action

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!