Penyusuan boleh terjejas jika tongue tie dan lip tie bayi tidak dirawat

lead image

Ibu ini kongsi bagaimana tongue tie dan lip tie bayi boleh menyebabkan berat badan bayi yang rendah

Cabaran ibu menyusu amatlah besar terutamanya jika ada tongue tie dan lip tie pada bayi. Bayi yang mempunyai masalah ini akan menghadapi cabaran untuk melekap pada payudara ibu.

Akibatnya, bayi tidak dapat menyusu dengan baik, tidak cukup nutrien dan berisiko kebuluran seperti kisah bayi ibu Jordan Talley ini.

Masalah tongue tie dan lip tie pada bayi boleh menyebabkan bayi itu kebuluran jika tidak dirawat

Talley didapati menghidap kencing manis pada awal kehamilannya, oleh itu dia betul-betul terkejut apabila bayinya Lucy dilahirkan ringan dari yang dijangkakan.

Tetapi ibunya bersyukur kerana Lucy dilahirkan normal dan tidak menunjukkan tanda-tanda kencing manis. Walaupun bayinya kecil, Talley tidak terlalu bimbang kerana Lucy dapat melekap pada payudaranya dengan baik.

Sebagai ibu yang menyusu secara eksklusif untuk kali pertama, Talley tidak tahu  bibir bayi turun naik semasa menyusu adalah tanda bayi lip tie. Dia ingat semuanya baik-baik saja.

Lagipun pakar laktasi sudahpun memberi tip dan petua untuk membetulkan cara bayi melekap, menambahkan susu dan cara menangani masalah puting yang luka.

Bayinya tiba-tiba enggan menyusu dan selalu menangis

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/05/tongue tie dan lip tie pada bayi 2.jpg Penyusuan boleh terjejas jika tongue tie dan lip tie bayi tidak dirawat

Pada mulanya Talley selalu ingat bayinya kenyang dan cukup susu kerana Lucy selalu tertidur setiap kali dia menyusu.

Tetapi apabila Lucy tiba-tiba tidak mahu menyusu dan asyik menanggis beberapa hari kemudian, Talley mula risau mungkin susunya tidak mencukupi. 

Menurut Talley, dalam satu bulan, berat badan bayinya telah menjunam. Mata anaknya nampak tenggelam ke dalam, lemah dan tidak bermaya.

Nasib baik seorang pakar laktasi telah memberi bantuan selepas mendapati keadaan Lucy bukan sebab susu ibu yang tidak mencukupi tetapi masalah tongue tie dan lip tie pada bayi.

Lucy terus diberi susu ibu penderma dan terpaksa menjalani pembedahan untuk membetulkan keadaan mulutnya.

Perbezaan besar selepas menjalani pembedahan untuk membetulkan tongue tie dan lip tie pada bayi

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/05/tongue tie dan lip tie pada bayi 1.jpg Penyusuan boleh terjejas jika tongue tie dan lip tie bayi tidak dirawat

Gambar dari laman Facebook Jordan Talley

Selepas menjalani prosedur itu, Lucy akhirnya dapat menyusu dengan baik. Talley betul-betul dapat merasakan perbezaannya.

Berat badan Lucy semakin meningkat sehingga melebihi berat lahirnya. Talley juga mencapai impian untuk menyusukan bayinya Lucy dan tidak perlu bergantung kepada susu formula.

Tanda-tanda tongue tie dan lip tie pada bayi

  • Lepuh pada bahagian bibir atas
  • Bibir yang melipat ke dalam
  • Lidah yang mempunyai dua warna, lekukkan pada lidah, lidah yang tergulung
  • Lidah yang tidak dapat diangkat atau mudah bergerak
  • Tidak dapat menjelurkan lidah
  • Lidah yang berbentuk jantung
  • Masalah ibu menyusu yang berterusan seperti puting retak, mastitis, atau saluran susu yang tersekat
  • Bayi menyusu untuk masa yang lama atau masalah penyusuan yang berterusan
  • Bayi membuat “bunyi klik” semasa menyusu
  • Refleks susu sehingga menyembur susu ke dalam mulut bayi
  • Berat badan bayi yang rendah dan bayi yang sentiasa lapar

Disebabkan tongue tie dan lip tie pada bayi, ada yang menderita kelaparan, kekurangan nutrisi, mempunyai masalah tidur, menangis, muntah-muntah, dan perut kembung.

Jangan rasa gagal menjadi ibu yang baik jika bayi anda mempunyai masalah tongue tie dan lip tie, kerana ini bukan salah ibu ya.

Jika ibu-ibu perasan bayi anda mempunyai tanda-tanda seperti di atas rujuk kepada doktor anda untuk mendapat pengesahan. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Rujukan:  International Journal of Clinical PediatricsLove What Matters, UNICEFNHS UK, TongueTie.net

Baca juga: 

Bayi Kebuluran Walau Lepas Menyusu, Ibunya Tak Sedar Susu Tiada!