Topeng untuk mereka yang malu membuat ujian pap smear, hospital di Thailand

Share this article with other mums

Inisiatif unik yang bermula dari Hospital Nong Krot ini di panggil "The Mask Pap Smear" atau "Pap Smear Bertopeng".

Sebagai usaha menggalakan lebih ramai wanita untuk menjalani ujian pap smear, sebuah hospital di Thailand telah memula inisiatif menyediakan topeng untuk mereka. Inisiatif unik yang bermula dari Hospital Nong Krot ini di panggil “The Mask Pap Smear” atau “Pap Smear Bertopeng”. Dan bagi mengelakan dari mereka berasa janggal memakai topeng, ahli medikal juga turut memakai topeng.

Foto ehsan mstar

Idea menggunakan topeng bagi mengurangkan rasa malu bagi wanita yang datang menjalani ujian pap smear ini terilham melalui satu rancangan popular di Thailand. Rancangan tersebut ialah “The Mask Singer” di mana peserta pertandingan nyanyian itu menyorokan identiti mereka menggunakan topeng.

Foto ehsan thaivisa

Menurut ketua mukim, Suwan Supakijchareon, inisiatif untuk menarik ramai wanita menjalani ujian pap smear percuma ini berjaya kerana ramai wanita yang telah hadir. Projek ini menyasarkan wanita di dalam lingkungan umur 30-70 tahun..

Walaupun mereka yang datang masih perlu memberikan butiran diri mereka, tetapi dengan dapat menyorokan muka mereka semasa prosedur membuatkan ia kurang janggal buat mereka. Dan bilangan wanita yang hadir mendapatkan ujian pap smear ini membuktikan hal itu.

Pap Smear

Pap smear juga dikenali sebagai ujian Pap. Ia merupakan prosedur saringan bagi kanser serviks. Ujian ini akan mengesan kehadiran sel pra kanser atau sel kanser pada serviks.

Semasa prosedur ini, sel dari serviks akan  diambil sedikit dan kemudian diuji. Ia merupakan prosedur yang tidak selesa dan sedikit sakit. Namun, ia tidak menyebabkan sakit yang berlarutan.

Siapa yang harus menjalani ujian pap smear?

Hampir semua wanita harus menjalani ujian pap smear yang berkala bermula umur 21 tahun. Namun, bagi mereka yang mempunyai risiko lebih tinggi, anda harus lebih kerap menjalani ujian ini. Mereka yang mempunyai risiko lebih tinggi ialah:

  • HIV positif
  • sistem imun yang lemah akibat kimoterapi atau pemindahan organ

Bagi wanita berusia lebih 65 tahun dan mempunyai sejarah ujian pap smear berkala boleh berhenti menjalani ujian pap smear.

Keputusan

Normal

Keputusan yang normal bermakna tiada kehadiran sel yang tidak normal. Namun, pap smear bukanlah 100% tepat. Disebabkan kanser serviks terbentuk dalam waktu yang lama dan perlahan, pap smear harus di ambil secara berkala.

 
Tidak normal
 
Terdapat beberapa kategori keputusan yang tidak normal:
  • Ascus atau Agus : ia tidak jelas, mungkin disebabkan oleh HPV atau kanser.
  • Dysplasia gred rendahv(LSIL) atau dysplasia gred tinggi (HSIL) : mungkin boleh menyebabkan kanser dan risiko lebih tinggi dengan HSIL.
  • Carcinoma In Situ (CIS) : ia mungkin boleh menyebabkan kanser serviks jika tidak dirawat.
  • Atypical Squamous Cells (ASC) : perubahan tidak normal dan mungkin ialah HSIL
  • Atypical Glandular Cells (AGC) : perubahan sel yang mungkin menjadi kanser di bahagian atas laluan serviks atau di dalam uterus.

Sekiranya memperoleh keputusan yang tidak normal, pemeriksaan lanjut diperlukan dengan segera. 

 

Sumber: emedicinehealth, mstar

Gaya Hidup