5 Perkara Penting Yang Berlaku Setakat Januari 2021, Semua Perlu Ambil Iktibar

undefined

Tahun 2021 tidaklah menjadi lebih baik dari yang kita sangkakan, PKP datang lagi dan sudah tentu efeknya pada ibu bapa semakin mencabar.

Baru sahaja kita menginjak ke tahun 2021 pelbagai tragedi telah berlaku. Seluruh dunia mengharapkan tahun ini menjadi lebih baik, malangnya tidak. Kebanyakan negara menghadapi kemelut dan Malaysia tidak terkecuali. 

Satu demi satu tragedi berlaku. Baru saja ibu bapa ingin menarik nafas lega kerana alam persekolahan bakal bermula tiba-tiba PKP 2.0 (Perintah Kawalan Pergerakan) diumumkan.

Dalam kita dibasahi hujan dan cuaca menjadi nyaman, terdengar pula khabar keluarga di kampung terpaksa menghadapi banjir dan tanah runtuh. 

“Lebih mencabar”

tragedi

Menurut petikan laporan Sinar Harian bertajuk “Tahun 2021 Lebih Mencabar” oleh Mohd Azmi Abdul Hamid, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengeluarkan pandangan masa depan dunia paling gelap untuk tahun 2021.

Mark Lowcock, Kordinator Ehwal Kemanusiaan dan Bantuan Darurat PBB pula menyatakan tahun 2021 akan menjadi tahun paling gelap dan sangat buruk daripada perspektif keperluan kemanusiaan. 

Ini kerana jutaan orang hilang pendapatan akibat Covid-19 dan jutaan lagi hilang tempat tinggal berikutan daripada kesan perubahan cuaca seperti apa yang berlaku kepada mangsa banjir di Malaysia sekarang. Dan ternyata semua ini akan memberi impak yang lebih buruk nanti. 

PBB juga telah diberitahu bahawa dana sekarang tidak cukup untuk menampung jutaan mangsa yang terkesan. 

Bagi yang terlepas berita terkini, di sini kami senaraikan 5 tragedi yang berlaku untuk anda: 

Tragedi Tahun 2021

  1. Banjir

Setakat tengah bulan ini lapan negeri dilanda banjir dengan kejadian terbaharu dilaporkan di Sarawak. Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat. Ini termasuklah di Johor, Pahang, Terengganu dan Selangor.

Gua Musang, Kelantan menjadi bandar pertama dilanda banjir berikutan hujan lebat yang turun bermula awal Januari diikuti Perak dan negeri-negeri lain. 

Menurut laporan berita setakat hari ini, kelihatan banjir semakin surut di 3 buah negeri iaitu Sabah, Johor dan Kelantan. 

Bagi keluarga yang terkesan dengan bencana ini, perlu diingatkan untuk mengambil langkah lebih berjaga-jaga, amalkan SOP yang lebih ketat walaupun keadaan yang sukar. 

Sentiasa pantau kesihatan anak-anak, dan pengambilan vitamin c pada waktu ini sangatlah penting. 

  1. Tanah Runtuh5 Perkara Penting Yang Berlaku Setakat Januari 2021, Semua Perlu Ambil Iktibar

Selepas kita dikejutkan dengan berita tanah runtuh yang menimpa pusat peranginan Banjaran Hotspring Ipoh hujung tahun lepas, kini jalan Gua Musang-Lojing pula ditimpa nasib yang sama. Jalan itu kini ditutup kepada semua kenderaan berikutan tanah runtuh di Kilometer 92, dekat Lojing. 

Kejadian itu menyebabkan berpuluh-puluh kenderaan dari Gua Musang dan Lojing terkandas dan berpatah balik.

Jabatan Kerja Raya (JKR) menganggarkan kos sebanyak RM5.3 juta bagi membaik pulih laluan di Kilometer 92, Jalan Gua Musang-Lojing yang rosak akibat tanah runtuh dan banjir lumpur tersebut. 

Tempoh pembaik pulih jalan ini dikatakan akan mengambil masa, namun itu tidak menjadi satu kesukaran buat kita memandangkan waktu ini kita menjalani tempoh PKP. 

  1. PKP 2.0

Tempoh Perlaksanaan PKP 2.0 kali ini akan berlangsung selama dua minggu, iaitu 13 Januari 2021 Hingga 26 Januari 2021. 

Negeri yang terlibat dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Johor, Sabah dan Melaka.

Manakala Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Tidak lupa untuk negeri-negeri yang dalam tempoh pemulihan, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) adalah Perlis dan Sarawak.

Sepanjang tempoh ini ibu ayah perlu bijak untuk menyediakan aktiviti untuk anak-anak yang tidak dihantar ke pusat jagaan. 

Dan ibu ayah juga perlu bersedia dari segi mental untuk menghadapi tempoh bekerja dari rumah dalam masa yang sama menjaga anak-anak. 

Apa yang berbeza pada SOP kali ini adalah perjalanan rentas negeri di seluruh negara tidak dibenarkan, termasuk di negeri yang diletakkan di bawah PKPP.

Untuk kawasan di dalam tempoh PKPB, kebanyakan aktiviti sosial seperti mesyuarat, pameran, perjumpaan, dan upacara perkahwinan dilarang, berbanding sebelum ini aktiviti berkenaan dibenarkan dengan SOP yang ditetapkan. 

Walau bagaimanapun aktiviti riadah bersama keluarga seperti bersenam dan berjogging dibenarkan sekiranya dari ahli rumah yang sama. 

PKP kali ini menyaksikan lebih banyak sektor ekonomi akan dibenarkan beroperasi berbanding ketika pertama kali ia dilaksanakan pada 18 Mac tahun lalu.

Begitu juga, pusat jagaan kanak-kanak dan tadika swasta akan dibenarkan untuk terus dibuka untuk memenuhi keperluan ibu bapa yang bekerja.

Walau bagaimanapun, PKP 2.0 masih menyebabkan banyak aktiviti dan perniagaan ditutup berbanding dengan PKPB yang dikuatkuasakan sebelum ini.

Aktiviti yang tidak dibenarkan di negeri-negeri PKP 2.0:

  • Pasar malam dan bazar malam.
  • Kedai pakaian, dobi layan diri, kedai optik, tukang gunting rambut dan salon rambut, spa dan pusat refleksologi.
  • Kelas tuisyen, kelas muzik, kelas tarian, kelas seni, kelas ulangkaji, kelas bahasa, dll
  • Kelab malam dan pub.
  • Taman tema, taman permainan dalaman, pusat karaoke, dan pawagam.
  • Konsert dan persembahan pentas.
  • Mesyuarat secara bersemuka.
  • Seminar, bengkel, kursus, latihan, persidangan, ceramah, pameran, dan kegiatan lain yang berkaitan dengan industri pertemuan, insentif, konvensi, dan pameran.
  • Acara sosial seperti perayaan, majlis perkahwinan dan pertunangan, majlis resepsi, acara keagamaan, ulang tahun, perjumpaan, pemukiman dll.
  • Aktiviti sukan dan rekreasi, kecuali untuk berjoging (dalam kumpulan tidak lebih dari dua orang dan dalam lingkungan setempat) dan berbasikal (bersendirian, tidak lebih dari 10km dari tempat kediaman).
  • Pertandingan sukan, kejuaraan, dan aktiviti yang melibatkan aktiviti besar-besaran atau peserta asing.
  • Aktiviti pelancongan.
  • Setiap acara yang melibatkan ramai orang dan menyukarkan pelaksanaan penjarakan fizikal.
  1. Darurat

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan di seluruh negara sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak COVID-19.

Seri Paduka Baginda turut memberi perkenan untuk tempoh pelaksanaan darurat ini sehingga 1 Ogos, 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Perkenan tersebut diberikan selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin bin Yassin menyembah maklum keputusan Mesyuarat Jemaah Kabinet dan mengambil kira rundingan Seri Paduka Baginda dengan Raja-Raja Melayu.

Apa efek darurat ini pada keluarga kita? Tiada, semuanya jalan seperti biasa, dan hanya aktiviti yang melibatkan pilihanraya digantung sehingga tempoh darurat ini berakhir. Eloklah begitu bukan?

  1. Pusat Peranginan Terbakar

tragedi

Sebahagian bangunan hotel lima bintang, Hotel Andaman & Luxury Resort di Jalan Datai di sini musnah dalam kebakaran beberapa hari yang lepas. 

Kejadian kebaran ini berlaku sebanyak dua kali, iaitu pada jam 4 petang dan jam 1 pagi. 

Api menjadi marak disebabkan faktor cuaca angin kencang melibatkan bangunan bersebelahan blok utama kelas B.

Keluasan bangunan kira-kira 300 kaki x 900 kaki (91 meter x 274 meter) terbakar hampir keseluruhan struktur tersebut.

Kata orang apabila akan datang pelangi selepas hujan dan wait for the calm after the storm, jadi ayuh kita berdoa semoga keadaan akan menjadi lebih tenang selepas ini. Moga kita semua sentiasa di lindungi. 

Sumber: Sinar Harian, Awani, Utusan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Aktiviti Bersama Anak di Rumah Sepanjang PKP, Ibu Ayah Kena Kreatif

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!