12 kelengkapan bayi yang wajib dibawa masa travel dengan si kecil, no. 5 jangan lupa!

lead image

Bila travel dengan bayi, kita kena pack barangan kelengkapan bayi supaya proses percutian kita berjalan lancar! Anda tahu apa barangan penting untuk dibawa?

Bila sudah ada anak, aktiviti percutian tidak lagi sama seperti waktu masih berdua. Untuk ibu yang sudah berpengalaman pun, mereka masih rasa kelam-kabut ketika bersiap sedia untuk travel dengan bayi.

Tapi, jangan risau. Artikel ini ditulis bagi memudahkan kerja anda ketika sedang sibuk menyiapkan beg untuk pergi bercuti dengan keluarga!

Packing adalah kata kunci

travel dengan bayi, travel dengan baby

Kredit: Whattoexpect.com

Berkemas untuk diri sendiri tentu berbeza dari berkemas untuk keperluan bayi. Pakaian, makanan, peralatan, ubat-ubatan, dan keperluan harian seperti selimut atau mainan kesayangannya perlu dibawa!

Antara pertanyaan yang paling banyak ditanya, terutamanya untuk para ibu yang baru pertama kali mahu bercuti bersama si kecil adalah: Berapa banyak pakaian yang harus dibawa ketika travel dengan bayi?

Pertama, pertimbangkan untuk membawa barang-barang bayi bersaiz kecil, mudah dicuci dan mudah kering bahkan hanya perlu dijemur semalaman saja.

Ini semua membantu anda untuk tidak perlu pack barang secara berlebihan. Bawa pakaian secukupnya dan pilih pakaian yang mudah untuk mix-and-match.

Sama seperti keperluan orang dewasa, pakaian bayi juga harus sesuai dengan lokasi percutian yang akan dikunjungi. Adakah ia beriklim sejuk atau bercuaca panas?

Bagi kulit bayi yang sensitif, keselesaan adalah segalanya. Sebab itulah anda perlu memastikan pakaian yang selesa dan menyerap peluh dipilih. Umumnya, pakaian daripada cotton lebih mudah dicuci dan dikeringkan.

Senarai pakaian ketika travel dengan bayi

travel dengan bayi, travel dengan baby

Kredit: Tipsfromthedisneydiva.com

Berikut adalah senarai kelengkapan asas yang boleh anda bawa ketika travel dengan bayi:

  1. 2-3 pasang baju dan seluar
  2. 3-5 onesies
  3. 2 pasang baju tidur
  4. 2 pasang stokin kaki
  5. 1 hoodie atau jaket
  6. Topi
  7. 1 baju renang
  8. 2 bib
  9. Pampers secukupnya (berserta baby wipes dan krim ruam)
  10. Alas untuk tukar pampers/selepas mandi
  11. 2 selimut
  12. Pencuci baju bayi (botol kecil)

Bertenang dan be flexible!

travel dengan bayi, travel dengan baby

Kredit: Dreamstime.com

Meskipun kita sudah bersiap-sedia sepenuhnya tentang berapa banyak pakaian yang diperlukan bayi, kadangkala masih akan berlaku hal-hal di luar dugaan. Pada waktu ini, amat penting untuk anda kekal tenang, berlapang dada, dan lebih fleksibel.

Antara insiden yang sering terjadi bila travel dengan bayi adalah kurangnya jumlah pakaian bersih untuk bayi anda pakai.

Baju mereka mudah kotor kerana terkena tumpahan makanan dan minuman, pampers yang bocor sampai terkena seluar dan baju dan termasuklah insiden-insiden kecil yang lain.

Tak perlu panik! Dan tak perlu tergopoh-gapah membeli pakaian bayi. Daripada membeli pakaian baru, anda boleh mencuci dan menjemur pakaian hingga boleh dipakai berulang kali ketika bercuti.

Mencuci pakaian bayi, haruskah memakai pencuci detergent khusus?

Mencuci pakaian bayi amat berbeza dengan mencuci pakaian orang dewasa. Selain material pakaian bayi yang umumnya lebih halus, kulit bayi yang akan bersentuhan dengan pakaian ini juga lebih sensitif.

Pastikan anda memilih pencuci khusus yang lembut supaya tidak merosakkan pakaian dan memberi masalah kepada kulit bayi.

Setelah selesai dengan urusan packing pakaian si kecil, maka anda bolehlah fokus untuk persiapan traveling yang lain – selamat bercuti!

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: theAsianparent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

6 Sebab Saintifik Kenapa Anda Perlu Bawa Anak Anda Pergi Bercuti