5 kesan buruk produk pemutih kulit - anda perlu HENTIKAN SEGERA trend gila ini!

lead image

Trend kecantikan di Malaysia semakin menjadi-jadi. Orang berlumba-lumba untuk menjadi putih. Ketahui kesan buruk penggunaan produk pemutihan ini.

Trend kecantikan makin menjadi-jadi di Malaysia. Lebih-lebih lagi jumlah wanita yang obses untuk menjadi putih.

Mereka dipengaruhi dengan pemaparan gambar artis-artis yang kulit semakin cerah hingga mereka berlumba-lumba untuk membeli produk-produk yang dikatakan boleh mencerahkan kulit dalam masa yang singkat.

Trend kecantikan “salin kulit” untuk putih

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/05/31786484 740229026181362 6040524404041973760 n.jpg 5 kesan buruk produk pemutih kulit   anda perlu HENTIKAN SEGERA trend gila ini!

Seperti awal bulan ini, tular di sosial media tentang produk kecantikan yang boleh memutihkan kulit dengan melakukan proses bersalin kulit.

Ngeri bila tengok gambar orang-orang yang memakai produk ini menarik kulit menggelupas untuk mendapat kulit yang baru.

Dr. Amalina Bakri, bekas pelajar cemerlang Malaysia yang kini aktif di sosial media memberikan maklumat tentang kesihatan juga turut memberikan komen tentang isu ini.

Dia menyeru agar orang berhenti dengan obsesi terhadap produk pemutihan kulit dan mengatakan orang yang tinggal di negara panas memerlukan kulit yang lebih gelap untuk menghalang dari kanser kulit.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/05/Untitled.png 5 kesan buruk produk pemutih kulit   anda perlu HENTIKAN SEGERA trend gila ini!

Dr. Amalina juga berkata yang setiap orang mempunyai kecantikan yang tersendiri walau apapun warna kulit mereka dan kita perlulah bangga dengan diri sendiri kerana ‘mat salleh’ sendiri inginkan tona kulit seperti orang Asia.

Bukan itu saja, sebenarnya, ada banyak kesan buruk yang anda boleh hadapi dengan trend kecantikan untuk memutihkan kulit ini. 

Lebih-lebih lagi dengan lambakan produk-produk murah di pasaran kini yang kebanyakkannya membeli krim timbang kilo yang ternyata bahaya untuk kulit anda.

Ini antara 5 kesan buruknya:

5 kesan buruk trend kecantikan putihkan kulit

1. Kanser kulit

Krim putihkan kulit selalunya mengandungi dua kimia utama iaitu; hydroquinone atau merkuri. Tapi kebanyakan krim yang dijual di pasaran mengandungi koktail berbahaya seperti steroid dan tretinoin, di samping hydroquinone.

Sebatian ini mempunyai sifat karsinogenik dan penggunaan jangka panjang boleh menyebabkan penyakit maut seperti kanser kulit dan kerosakan hati.

2. Hiperpigmentasi

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/05/Skin Bleached Fingers.jpg 5 kesan buruk produk pemutih kulit   anda perlu HENTIKAN SEGERA trend gila ini!

Menggunakan hydroquinone pada dos melebihi 2% untuk jangka masa lebih dari tiga bulan boleh menyebabkan kulit menjadi gelap secara kekal dan memerlukan rawatan lanjut.

Penggunaan produk pemutihan secara berlebihan boleh menyebabkan hyperpigmentation di bahagian jari, ibu kaki, telinga dan tempat lain menjadikan kulit menjadi lebih gelap dan warna kulit tidak sekata.

3. Menipiskan kulit

Penggunaan produk pemutihan berulang kali boleh menipiskan kulit. Keadaan ini dikategorikan sebagai lebam yang teruk, kapilari dan urat boleh dilihat dekat dengan kulit, tanda regangan dan masalah kulit serius yang lain.

4. Iritasi kulit

Hidroquinone berfungsi dengan menghalang reaksi enzim yang menyebabkan pengeluaran pigmen gelap (melanin).

Malangnya, hydroquinone adalah bahan yang cukup kuat dan menyebabkan iritasi kulit seperti kulit kemerahan, mengelupas, ruam, kekeringan dan pembakaran.

5. Keracunan Merkuri

Satu dari risiko berbahaya pada penggunaan pemutihan kulit secara berterusan dan tidak dikawal ialah keracunan merkuri. Menurut Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), keracunan merkuri boleh menyebabkan:

  • Kerosakan buah pinggang
  • Ruam kulit
  • Parut dan perubahan warna kulit
  • Pengurangan ketahanan kulit untuk melawan jangkitan bakteria dan kulat
  • Kebimbangan, kemurungan atau psikosis dan neuropati periferal (kerosakan saraf periferal)
  • Sindrom Nefrotik (keadaan kadar protein yang tinggi dalam air kencing)

Penggunaan berterusan terhadap produk-produk murah lambakan pasaran hanya akan membuatkan anda susah dari mendapat keputusan yang anda harapkan.

Jika anda baru hendak menggunakan produk pemutihan kulit, harapnya artikel ini dapat membuatkan anda lebih berhati-hati sebelum menggunakan apa-apa produk.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Anda Guna Produk Penjagaan Kulit Tati 5 Dalam 1? Buang Ia Sekarang!