5 Perkara Paling Best & Membahagiakan Ibu Ketika Berada Trimester Kedua Kehamilan

Trimester 2 kehamilan fasa yang paling nikmat bagi kebanyakan ibu. Ini kerana alahan mula hilang dan anda dapat rasa pergerakan bayi

Trimester 2 kehamilan dikatakan menjadi fasa paling menggembirakan ramai ibu mengandung. Mungkin pada awal-awalnya anda sedikit mengeluh kerana perlu berdepan dengan pelbagai alahan, rasa penat dan tidak bertenaga.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Perkara yang menyeronokkan ketika berada trimester 2 kehamilan

Namun memasuki sahaja minggu yang ke-13 ini, segalanya telah berubah. Anda juga lebih selesa dengan perubahan yang berlaku pada diri dan semakin tidak sabar menantikan detik kelahiran nanti!

Perkara yang menyeronokkan ketika berada trimester 2 kehamilan

trimester kedua kehamilan

#1) Alahan mula menghilang dan tubuh kembali bertenaga

Jika sebelum ini sebaik sahaja ibu mendapat tahu diri kini berbadan dua, rata-ratanya akan hilang selera makan dan melalui fasa alahan yang agak memeritkan. Namun jangan risau kerana pembawakan anak ini tidak akan berterusan.

Ramai ibu sudah mula boleh tersenyum dan mengidam pelbagai makanan apabila memasuki trimester kedua. Waktu inilah dianggap paling ‘heaven’ sebab baby bump mula kelihatan.

Ibu-ibu juga mungkin sudah boleh bau bawang atau masakan di dapur. Malah ada yang mengatakan rasa seperti ajaib kerana morning sickness yang dialami tiba-tiba sahaja hilang!

#2) Waktu yang terbaik untuk menyediakan keperluan bayi

Memandangkan hamil trimester kedua ini saiz perut masih belum terlalu besar, anda dan suami bolehlah keluar mendapatkan keperluan bayi.

 Ketika ini anda masih boleh bebas bergerak, berjalan pun tidak perlu tercungap-cungap. Waktu tidur pula masih selesa kerana ibu boleh mengiring ke kiri atau ke kanan. Rasa sakit bahagian belakang badan atau masalah kaki bengkak tidak terlalu dirasai pada ketika ini.

Baby bump comel dan energy yang luar biasa menyebabkan anda selesa melakukan apa saja. Namun, harus sentiasa hati-hati ya!

#3) Semua makanan akan kelihatan begitu sedap

Jika awal-awal mengandung dahulu, tengok sahaja makanan di skrin telefon cukup membuatkan anda berasa loya dan ingin muntah. Namun kali ini tidak lagi.

Anda mungkin akan terus kecur air liur dan mengidam pelbagai makanan. Malah ada yang mengatakan bahawa makanan yang tidak disukai sepanjang hidup boleh jadi tiba-tiba suka kerana pembawakan anak.

Apapun pastikan anda sentiasa mengambil makanan berkhasiat ya!

#4. Rambut makin lebat dan kulit berseri-seri

hamil trimester kedua

Kajian mendapati perubahan hormon yang berlaku ketika mengandung boleh membuatkan emosi anda tidak stabil dan kecantikan ibu semakin menyerlah.

Ramai mengatakan seorang wanita akan kelihatan begitu cantik ketika dia berbadan dua. Hal ini juga berkait rapat dengan rutin harian ibu hamil.

Ini termasuklah anda mendapatkan bekalan nutrisi yang mencukupi melalui pengambilan vitamin pranatal, buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya antioksidan dan susu.

#5. Bayi dalam kandungan bersedia menunjukkan jantinanya

Ketika trimester 2 kehamilan, waktu inilah bayi sudah bersedia menunjukkan jantinanya. Ada ibu mengetahuinya seawal minggu ke-16.

Selain memudahkan anda membuat persiapan, ibu juga sudah boleh memilih nama yang sesuai untuknya.

Kebanyakan ibu mengatakan bahawa trimester kedua adalah waktu yang paling ‘nikmat’ sepanjang mengandung. Anda juga sudah boleh mula merasakan pergerakanan janin dan segala kesusahan selama ini seakan-akan terubat.

Justeru susah ataupun senang, bersyukurlah kerana tidak semua dapat merasai kurniaan rezeki cahaya mata. Semoga urusan anda dimudah-mudahkan sehingga bersalin!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Perkembangan Janin Ketika Trimester Kedua, Ibu Kini Boleh Merasai Pergerakan Bayi

Baca juga: 14 Makanan Yang Tinggi Vitamin C, Bantu Meningkatkan Daya Tahan Ibu Mengandung

Baca juga: Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!