20 tahun YB Nurul Izzah setia dengan tudung bawal, ini 7 sebabnya...
Rupa-rupanya, sudah 20 tahun YB Nurul Izzah setia dengan tudung bawal. Bawal kegemarannya ialah tudung bawal exclusive. Kenapa? Ini 7 sebabnya...
Tahukah anda Fara Fauzana dan YB Nurul Izzah sama-sama pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Assunta, Petaling Jaya?
Ha, patutlah dalam pertemuan mereka sebelum ini di ‘Datang Konti Rumah’, punya meriah ha mereka bersembang!
Dalam sembang-sembang rancak itu, Fara Fauzana sempat memujuk YB Nurul Izzah untuk mencuba tudung shawl. Ini sebab YB memang terkenal dengan tudung bawal exclusive.
Puas Fara Fauzana memujuk Nurul Izzah, tapi masih gagal. Dalam senyum manisnya, Nurul Izzah mengakui dia begitu setia dengan tudung bawal sejak 20 tahun lalu.
Kenapa? Ini 7 sebabnya:
7 sebab kenapa Nurul Izzah setia dengan tudung bawal exclusive
#1 Tudung bawal cepat serap peluh
Ini bersesuaian sangatlah dengan kerja harian YB yang sentiasa bergerak aktif. Kalau YB Nurul Izzah pakai shawl, nanti susah sebab ada peluh yang akan meninggalkan kesan.
Hmm… logik juga kan? Patutlah tudung bawal jadi pilihan beliau!
#2 Tudung bawal exclusive jadi pilihan
Dalam banyak-banyak koleksi tudung bawal, tudung bawal exclusive adalah kegemaran YB Nurul Izzah.
Namun, walaupun umum tahu tudung bawal exclusive itu mahal, tapi YB hanya pilih tudung yang simple dan harga paling rendah saja.
#3 Sudah jadi koleksi
Ada tudung bawal yang sudah disimpan sejak tahun 1998! Paling lama dalam koleksi beliau ialah tudung bawal klasik.
#4 Tudung bawal senang nak tutup dagu
Tujuannya untuk memudahkan bersolat.
#5 Tudung shawl cepat senget
Bukan tidak pernah cuba memakai tudung shawl, tapi menurut YB Nurul Izzah, dalam masa 20 minit saja, tudungnya itu senget teruk!
Beliau pun apa lagi – kembalilah ke tudung bawal exclusive semula.
#6 Jangan pupuskan tudung bawal
Ketika diminta berbahas tentang pemakaian tudung bawal, YB Nurul Izzah berkata
“Kalau kita tak teruskan, nanti pupuslah tudung bawal ini. Kita kena hargai setiap wanita yang ada citarasa dan pilihan sendiri. Mereka yang pakai tudung bawal ini akan rasa lebih selesa, tenang saja.”
#7 Tak kisah jika ada produk tudung guna nama YB Nurul Izzah
Asalkan setiap jualan akan diperuntukkan untuk tujuan amal. Itu namanya sedekah.
Wah, wah, sekarang kita sudah tahu kenapa YB Nurul Izzah setia habis dengan tudung bawal beliau. Anda bagaimana? Apa tudung kegemaran anda?
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Kredit gambar: The Vocket
Baca juga: