Tugas Seorang Ibu Pada Hari Ini Cukup Mencabar, Ini 6 Saranan Daripada Pakar Untuk Penjagaan Kesihatan Diri Wanita

Tugas Seorang Ibu Pada Hari Ini Cukup Mencabar, Ini 6 Saranan Daripada Pakar Untuk Penjagaan Kesihatan Diri Wanita

Setiap orang tahu bahawa pandemik yang berlaku sekarang memaksa untuk kita terus berada di dalam rumah. Apatah lagi, tugas ibu itu menjadi lebih berganda di mana mereka perlu menguruskan kerja-kerja rumah tanpa bantuan daripada orang lain. 

Ketika sedang bermesyuarat dan panggilan persidangan, seorang ibu yang bekerja sibuk masuk dan keluar dari dapur untuk menyediakan makanan buat anak-anaknya. Di suatu tempat yang lain, dia mengajar anaknya dan memastikan mereka membuat kerja sekolah. Itulah rutin yang biasa dilihat bagi ibu bapa pada masa sekarang. 

Tugas Seorang Ibu Pada Hari Ini Cukup Mencabar, Ini 6 Saranan Daripada Pakar Untuk Penjagaan Kesihatan Diri Wanita

Ibu pada hari ini memakai banyak topi dan memikul banyak tanggungjawab. Terutamanya di kala menangani wabak pandemik yang bukan hanya menghuru harakan perubatan tapi turut mempengaruhi kehidupan alam yang lain. 

Walaupun ayah berkongsi sokongan itu, namun ibulah insan yang memegang kubu dalam rumah tangga. Mungkin itu sudah sebati dalam DNA mereka atau mungkin hanya ibu yang boleh melakukannya. Menurut laporan Forbes, berdasarkan tinjauan terbaru oleh Kaiser Family Foundation, wanita adalah 16% lebih cenderung untuk berasa bimbang dan tertekan dengan wabak corona virus sekaligus memberi kesan negatif pada kesihatan mental mereka berbanding lelaki.  

Ia tidak berakhir di situ sahaja. Di samping itu, ibu-ibu sering tergolong dalam kumpulan umur generasi "Sandwiched", di mana mereka terperangkap antara menjaga anak-anak dan ibu bapa mereka yang sudah tua. Pandemik ini mungkin telah menghalang orang daripada merawat diri sendiri, penjagaan kesihatan dan me time yang sangat diperlukan. Pun begitu, ibu lebih berisiko kerana mereka perlu menjaga setiap ahli keluarga dan sering kali mengorbankan kesihatan dan kesejahteraan mereka sendiri. Sekaligus ini menyebabkan mereka lebih mudah terdedah dengan risiko kesihatan yang buruk. 

Semasa wabak ini melanda, banyak kemudahan asas ditutup dan perkhidmatan kesihatan yang diperlukan kaum wanita kini terhad. Semuanya gara-gara bimbang jika mereka terkena jangkitan virus sekaligus tidak boleh melakukan pemeriksaan perubatan yang penting, termasuklah perancang keluarga. 

United Nations (UN) baru-baru ini melaporkan bahawa 47 juta wanita dari 114 negara datangnya dari mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana yang tidak dapat mengakses alat kontraseptif moden. Selain itu, 7 juta kehamilan yang tidak diingini dijangka akan berlaku jika perintah berkurung dilakukan selama 6 bulan lantas menyebabkan gangguan besar terhadap perkhidmatan penjagaan kesihatan. Jika perintah berkurung ini di laksanakan tiga bulan secara berturut-turut, maka lebih daripada 2 juta wanita tidak mungkin mempunyai akses kontraseptif ini. 

Tugas Seorang Ibu Pada Hari Ini Cukup Mencabar, Ini 6 Saranan Daripada Pakar Untuk Penjagaan Kesihatan Diri Wanita

"Pandemik ini semakin memburukkan keadaan dan berjuta wanita telah berisiko kehilangan keupayaan untuk merancang keluarga dan melindungi tubuh serta kesihatan mereka," kata Pengarah Eksekutif UNFPA, Dr Natalia Kanem. 

Adakah kita akan membiarkan keadaan ini mendorong untuk kembali mundur dari segi kemajuan dalam kesihatan dan hak kesamaan terhadap wanita? 

Ini menggambarkan seolah-olah kita kembali ke generasi yang lalu ketika orang hanya mengunjungi doktor jika benar-benar sakit atau di saat mereka sedang hamil. Pada zaman ini, wanita terutama di kalangan ibu, lebih berpendidikan dan diberi kuasa untuk mendapatkan nasihat perubatan dengan lebih awal untuk terus menjaga kesihatan mereka3, menurunkan risiko kesihatan dan merancang kehamilan mereka dengan teratur. Walaubagaimanapun, wabak pandemik ini menimbulkan ancaman kepada perkara-perkara tersebut tapi ia masih boleh dicegah. 

28 Mei merupakan Hari Bertindak Antarabangsa Untuk Kesihatan Wanita yang hampir 30 tahun diperingati dengan pelbagai cara oleh penyokong hak wanita dalam kesihatan seksual dan pembiakan, serta gerakan hak di seluruh dunia. Bahkan pada tahun ini merupakan ulang tahun ke 60 sejak penemuan pil kontraseptif yang memberi kesan mendalam terhadap kesamaan jantina dan kemajuan sosial. Dengan pil  itu maka wujudlah peluang untuk memberi wanita hak untuk memiliki anak secara pilihan sendiri bukan peluang dan memastikan mereka terlibat dengan berbagai cabang karier. Sekali lagi, wabak ini tidak boleh mengubah atau menghancurkan kerja keras selama bertahun-tahun ini ke arah perubahan dan kemajuan bagi wanita serta kesejahteraan mereka. 

Jadi, bagaimanakah cara kita ingin mengekalkan momentum dan meneruskan kerja keras selama puluhan tahun ini? Oleh itu, kami bertanyakan kepada beberapa orang pakar di Asia mengenai enam cara untuk kita terus maju dalam kesihatan khususnya kepada kehidupan wanita semasa pandemik berlaku seterusnya menjalani ‘norma baru’ dalam hidup. 

Inilah apa yang mereka katakan 

Tugas Seorang Ibu Pada Hari Ini Cukup Mencabar, Ini 6 Saranan Daripada Pakar Untuk Penjagaan Kesihatan Diri Wanita

1. Cuba teleperubatan untuk menyokong kesihatan anda 

Mengapa teleperubatan? 

Dr. Jessherin Sidhu, MBBS (Aus), Pengarah Perubatan di Insync Medical dari Singapura menjelaskan bahawa semasa pandemik, sekatan pergerakan adalah kunci bagi mengawal penyebaran penyakit. Dalam senario yang kita sedang hadapi, sekiranya anda tidak berapa pasti sama ada anda perlu dilihat secara fizikal atau diperiksa oleh doktor, anda boleh menghubungi doktor terlebih dahulu dan meminta telekonsultasi. Dengan cara itu, anda akan tahu sama ada masalah anda mungkin boleh di selesaikan dengan telekonsultasi sahaja atau jika anda perlu pergi ke klinik secara fizikal, maka anda boleh berbuat demikian. 

"Saya percaya bahawa ia lebih berkesan dan menjimatkan kos bagi wanita untuk mengakses maklumat dan mendapatkan nasihat pakar kerana mereka lebih selesa melakukannya dari rumah mereka sendiri. Lebih-lebih lagi, tidak kira perbualan atau video, wanita lebih terbuka untuk menyentuh banyak perkara yang berkaitan dengan topik sensitif kerana mereka masih boleh berkongsinya dengan doktor sebenar melalui platform online ini," kata Dr. Mae Syki-Young, Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Fellow of the POGS (Persatuan Obstetrik dan Ginekologi Filipina), Anggota PSGE (Persatuan Endoskopi Ginekologi Filipina) dan Ahli AGSPI (Persatuan Ginekologi Estetik Filipina), Filipina.

Bagaimana ia berfungsi? 

Di negara-negara seperti Singapura, teleperubatan merupakan salah satu cara untuk mendapatkan konsultasi perubatan melalui platform yang selamat dan disatukan dalam perisian dokumentasi klinik yang digunakan doktor di klinik mereka, jelas Dr. Jess. 

Setelah mengesahkan identiti anda, panggilan video akan bermula. Sama seperti rundingan fizikal, rundingan melalui video adalah privasi. Di akhir konsultasi, doktor akan mencadangkan apa yang ada dalam fikirannya yang akan berlaku kepada anda dan jika perlu, dia mungkin memberikan beberapa preskripsi ubat-ubatan. Sekiranya perlu, dia akan meminta anda agar berjumpanya secara fizikal di klinik untuk diperiksa. 

Ubat-ubatan itu pula akan diatur untuk dihantar ke rumah anda. Dr Jess turut berkongsi bagaimana teleperubatan boleh digunakan dalam keadaan seperti menambah pil perancang, kontraseptif kecemasan, mendapatkan rawatan untuk vagina atau jangkitan saluran kencing, sakit datang haid dan kelainan kitaran haid serta lain-lain. 

"Walaupun teleperubatan relatif ini masih baru bagi kebanyakan wanita Filipina, namun saluran ini mempunyai kelebihan yang signifikan berbanding konsultasi secara bersemuka. Tidak ada keperluan untuk mereka mendedahkan diri dengan mengunjungi saya di klinik. Malah, dengan cara ini lebih selesa dan menjimatkan masa berbanding usaha untuk pergi ke klinik. Wanita juga harus membiasakan diri dengan platform komunikasi ini kerana teleperubatan kemungkinan besar akan menjadi lebih popular setelah kita menangani wabak ini, kata Dr Mae. 

Tugas Seorang Ibu Pada Hari Ini Cukup Mencabar, Ini 6 Saranan Daripada Pakar Untuk Penjagaan Kesihatan Diri Wanita

2. Amalkan penjagaan diri dan mengawasi simptom anda

Aspek terpenting dalam penjagaan diri adalah dapat mengenal pasti diri sendiri apabila ada sesuatu yang tidak kena dengan badan anda. Dr Jess berkongsi bahawa dalam bidang perubatan, semuanya berkaitan dengan corak. 

Wanita mengalami beberapa perubahan badan yang berlaku sebelum atau selepas haid dan selepas hubungan seksual. Sebilangan wanita mendapati mereka mengalami peningkatan keputihan atau jangkitan selepas haid atau beberapa hari selepas hubungan seksual. Kitaran haid, kualiti dan kuantiti pendarahannya dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti mood, emosi, tekanan badan selepas bersenam dan perjalanan udara serta penyakit baru dan juga ubat-ubatan. 

“Menjejaki simptom ini dapat membantu anda melihat apakah terdapat sebarang corak gejala, seterusnya menjadikan ia lebih mudah untuk mengenal pasti apakah puncanya. Setelah corak ditemui, ini memberi maklumat berharga kepada doktor yang kemudiannya dapat menganalisis corak ini dan merumuskan kemungkinan yang lebih tepat bagi menjelaskan keadaan anda.”

Dr Jess memberikan contoh endometriosis, iaitu satu gejala yang mana keadaan ginekologinya seperti sakit kronik dan pendarahan haid yang berlebihan. Wanita dengan keadaan ini akan mengalami haid yang menyakitkan sama ada sebelum, semasa atau sedikit selepas kedatangan haid. Kesakitan ini juga boleh dikaitkan dengan rasa sakit lain seperti sakit semasa membuang najis. 

"Selalunya ketika anda dengan doktor, anda pasti dihujani pelbagai perkara yang ingin diajukan kepada mereka dan mungkin anda akan tertinggal beberapa perkara untuk disampaikan semula. Dengan mengesan gejala anda menggunakan aplikasi atau membuat nota ringkas pada kalendar, sekaligus ini memberikan gambaran yang lebih baik dalam jangka masa yang munasabah, untuk memberi penekanan kepada doktor bahawa gejala anda benar-benar berulang, mempunyai corak yang sama dan turut datang dengan gejala signifikasi lain yang mungkin menunjukkan masalah. Dengan cara tertentu, mengesan gejala anda memberi kekuatan untuk 'mendorong kes anda',”. 

Berita baiknya ialah terdapat banyak aplikasi telefon bimbit yang kini tersedia untuk menjejaki tempoh haid, kongsi Dr Jess. Dia mendesak wanita untuk melihat dan mencuba beberapa aplikasi tersebut untuk mencari yang mereka suka. Bagi wanita di Singapura, yang menderita endometriosis, ada Aplikasi Endo Diary yang tersedia di IOS dan Android yang membolehkan wanita mengesan kesakitan, mood, pendarahan dan jika mereka mengambil sebarang jenis ubatan untuk ini, ia membolehkan mereka  mengesan penggunaannya. Ia juga mengandungi maklumat endometriosis yang berguna dan boleh dipercayai.

perancang keluarga

3. Berhati-hati dengan kesihatan wanita dan pilihan perancang keluarga 

Dr Shilpa Nambiar, Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi dan Pakar Perubatan Ibu di  di Pusat Perubatan Prince Court Malaysia berkongsi bahawa terdapat banyak pilihan rawatan dan kontraseptif serta pilihan bergantung pada pelbagai ciri seperti usia wanita, berat badan dan isu perubatan yang ada sebelum ini atau ubatan yang sedang diambil. Ia juga bergantung kepada apakah jangka panjang dan jangka pendek terhadap kontrasepsi yang diinginkan. Terdapat banyak jenis kontraseptif. Sebilangannya seperti pil, implan hormon dan alat intrauterine yang lebih dipercayai berbanding kontraseptif penghalang seperti kondom dan diafragma. 

Pill 

Pil kontraseptif adalah gabungan estrogen dan progestogen atau pil progesterone sahaja. Pil gabungan ini berfungsi untuk mencegah ovulasi dan jika diambil secara teratur ia berkesan hampir 99% dalam mencegah kehamilan. 

Menurut Dr Shilpa, kelebihan pil itu adalah mengatur kitaran haid wanita dan menjadikannya lebih ringan serta tidak menyakitkan. Pil ini turut dapat membantu mencegah barah ovari dan rahim serta boleh digunakan sebagai rawatan untuk haid yang menyakitkan juga sindrom menstruasi. Walaubagaimanapaun, formulasi pil mempunyai pelbagai kesan sampingan. 

Implan dan Peranti intrauterine 

Dr Shilpa menerangkan faedah terhadap alat ini adalah pilihan "fit and forget" kerana ia tidak memerlukan disiplin dan lebih berguna sekiranya memerlukan kontrasepsi jangka panjang. Walau bagaimanapun, alat ini memerlukan pengamal perubatan untuk memasukkannya dalam badan. 

Dia menekankan bahawa pengetahuan tentang kontraseptif ini sangat penting sebagai hak wanita untuk membuat keputusan yang sihat berkaitan tubuhnya. Ini juga membenarkan wanita untuk memilih waktu yang tepat untuk hamil. Tidak kira sama ada keputusan itu bersifat sosial, kewangan atau sebagai kaedah untuk memastikan kesihatan yang baik, ia hanya berlaku jika wanita menyedari pilihannya dan dia akan memilih yang terbaik. 

Tugas Seorang Ibu Pada Hari Ini Cukup Mencabar, Ini 6 Saranan Daripada Pakar Untuk Penjagaan Kesihatan Diri Wanita

#4. Memanfaatkan sumber digital untuk pendidikan

Dr Boy Abidin, MD, Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi di Klinik Endokrinologi dan Kesuburan Reproduktif (Klinik Mbrio) Mitra Keluarga Kelapa Gading Hospital Jakarta membincancangkan bagaimana teknologi telah membolehkan setiap orang mengakses maklumat dalam talian dan maklumat kesihatan turut tidak terkecuali. Namun, walaupun sekarang lebih mudah bagi orang mengakses informasi dan membuat pilihan, jadi adalah “perlu untuk mengetahui dan memahami ketepatan maklumat dalam talian kerana ada di antaranya yang mungkin tidak tepat”. 

Indonesia adalah negara pulau terbesar di dunia dengan populasinya yang tersebar dalam keadaan sosio-budaya yang berbeza. Melakukan promosi kesihatan di daerah-daerah di seluruh Indonesia bukanlah tugas yang mudah kerana kita tidak boleh bergantung pada kerajaan sahaja untuk melakukannya. Jika kita bergantung pada mereka sahaja, sukar untuk mencapai Indonesia dengan keadaan sihat dalam waktu yang terdekat ini. Oleh itu, rangkaian komunikasi akan memainkan peranan penting untuk memenuhi keperluan ini. 

Sumber digital dapat menyokong wanita dalam mengambil rawatan pencegahan untuk kesihatan mereka, berbanding hanya mengambil tindakan ketika penawar diperlukan. Menurut Dr Boy, di Indonesia ini bukan tugas yang mudah kerana sebilangan besar orang masih fokus pada penyembuhan dan bukannya pencegahan. 

Dr. Boy turut menekankan bahawa penting untuk memastikan maklumat dalam talian adalah tepat dan boleh dipercayai. Selain itu, di platform digital pula yang boleh diakses tersedia untuk semua dan mudah difahami. Dengan cara ini, perkongsian maklumat mengenai kesihatan reproduktif wanita dan program perancang keluarga dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan membantu wanita menjaga kesihatan reproduktif mereka dengan lebih baik. 

Beberapa sumber digital sedia ada 

Di Filipina, Suruhanjaya Penduduk dan Pembangunan (POPCOM) menawarkan maklumat dalam talian di laman website mereka (www.popcom.gov.ph) dan halaman Facebook (facebook.com/commissiononpopulationanddevelopment/). Mereka juga mempunyai talian bantuan bagi pengguna yang memiliki akses internet yang terhad, kata Dr Grace Caras-Torres, Pakar Bedah Laparoskopi & Fellow Persatuan Perubatan Reproduksi Filipina.

Wanita Indonesia dapat mengakses Bicara Kontrasepsi untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pilihan kesihatan reproduksi dan kontrasepsi. Ini boleh menjadi titik permulaan yang baik bagi mereka yang enggan melakukan jadual lawatan ke doktor atau bahkan bercakap mengenai perkara ini. 

Laman web seperti https://www.howuknow.com/ untuk wanita di Singapura dan Malaysia. serta laman website https://www.your-life.com/ juga merupakan laman sumber maklumat sehenti yang boleh dipercayai oleh wanita. 

Bahkan ada chatbots yang di kembangkan sebagai sumber dalam talian untuk kontrasepsi dan kesihatan reproduktif. Ia dikenali sebagai Ask Maya di Malaysia dan Ask Mara di Filipina, chatbots ini membantu merapatkan jurang pengetahuan dan menawarkan wanita akses mudah ke maklumat dan sumber yang boleh dipercayai mengenai kesihatan pembiakan dari telefon bimbit mereka. 

“Secara kolektif, sumber-sumber ini memberikan panduan awal dan jawapan untuk pertanyaan umum mengenai kesihatan wanita dan perancang keluarga. Malah beberapa pandangan pastinya akan berguna ketika memilih dari perancangan keluarga yang berbeza dan mempertimbangkan ubat-ubatan, namun wanita harus berbicara dengan doktor kerana sumber digital tidak dapat menggantikan nasihat pakar,” kata Dr Caras-Torres. 

tugas seorang ibu

5. Cari komuniti sokongan untuk berkongsi pengalaman 

Tahap kesedaran tentang beberapa keadaan kesihatan wanita adalah rendah di Malaysia. Malah tidak ramai yang berempati dengan wanita yang menderita dalam keadaan seperti endometriosis. Masalah ia sering disalah tafsirkan sebagai sakit period yang akan hilang selepas kehamilan. 

Melihat pada kekosongan maklumat ini lantas menyebabkan ramai wanita menderita dalam diam. Cik Surita Mogan, Presiden Persatuan Endometriosi Malaysia (MyEndosis), mula menubuhkan kumpulan pesakit ini pada tahun 2014 untuk mengumpul wanita dan mengakhiri kesunyian mereka mengenai topik kesihatan menstruasi. Ia sering kali menjadi topik pantang larang di Malaysia. Namun, tujuan MyEndosis adalah untuk memupuk kesedaran dan mendidik orang ramai mengenai endometriosis ini. 

"Ini bukan hanya masalah wanita sahaja. Tapi wanita dengan endometriosis adalah isteri, ibu, saudara perempuan, pekerja dan majikan. Dan ia adalah masalah masyarakat yang harus ditangani," katanya. 

“Komuniti sebegini adalah penting kerana mereka mewujudkan platform bagi wanita untuk berkongsi pengalaman, menyebarkan kesedaran dan mempunyai rasa kekitaan dalam kumpulan di mana orang lain dapat bersimpati dengan emosi dan kesakitan fizikal mereka,” jelas Cik Surita. 

Wanita harus memanfaatkan platform digital untuk mencari dan menyertai komuniti seperti ini. Sebagai contoh, Cik Surita berkongsi bahawa MyEndosis mengekalkan kumpulan Facebook MyEndosis secara tertutup dan halaman Facebook Endomarch Malaysia.

tugas ibu

6. Ubah pemikiran anda untuk mengambil tindakan tepat pada masanya 

Yang terakhir, untuk mendapatkan kebaikan dari petua dan sumber yang disebutkan di atas, penting bagi wanita untuk membuat keputusan supaya mengambil tindakan untuk menjaga kesihatan mereka. Menjaga kesihatan anda bermaksud mengambil sebarang tindakan secara berhati-hati dan tidak selalu bertindak balas. 

Ketika ditanya mengenai mengapa wanita kadang kala memilih untuk menangguhkan rawatan atau mendapatkan nasihat perubatan mengenai masalah kesihatan wanita, Dr.   Surasak   Taneepanichskul,  Presiden Persatuan Ibu Bapa Terancang Thailand menyebut bahawa ada sesetengah wanita yang takut untuk berjumpa doktor bagi melakukan pemeriksaan pelvik.

Bagi yang lain pula, masalah terbesar mereka adalah tidak ambil peduli, kata Cik Surita. 

"Wanita juga cenderung berfikir bahawa kesakitan adalah sesuatu yang harus mereka lalui. Ini mungkin disebabkan oleh keadaan mereka semasa kecil. Mereka telah diajar sejak kecil untuk menanggung kesakitan secara diam-diam terutama sewaktu sakit kedatangan haid, jika tidak mereka akan diejek. Dan persepsi ini haruslah berubah.”

Perubahan ini adalah wajib, kerana kemungkinan akibat penundaan rawatan dengan perunding perubatan ia mungkin menyebabkan penyakit mereka menjadi lebih teruk dan seterusnya sukar untuk dirawat lagi, Kongsi Dr Surasak. Mencari rawatan lebih awal bermakna anda telah mengendalikan keadaan diri dan bukannya keadaan yang mengawal kehidupan anda. 

Malah anda harus mengambil berat tentang soal seksual dan kesihatan pembiakan, jika tidak mengambil tindakan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pilihan kontraseptif yang tepat maka boleh menyebabkan kehamilan yang tidak dirancang terjadi. Apatah lagi dengan wabak pandemik ini telah memberi tekanan kepada kehidupan wanita, keluarga dan pekerja. Di tambah pula dengan kehamilan yang tidak dirancang akan memberi kesan buruk terhadap kesihatan anda dan keluarga secara menyeluruh. 

Tugas Seorang Ibu Pada Hari Ini Cukup Mencabar, Ini 6 Saranan Daripada Pakar Untuk Penjagaan Kesihatan Diri Wanita

Pertempuran untuk kesejahteraan wanita telah lama berlaku dan sukar

Justeru, hanya peringatan mudah seperti pemakaian topeng oksigen di dalam pesawat penerbangan yang dapat membantu mengingatkan kita tentang nilai kesihatan diri sendiri. Maksudnya di sini, anda harus memakai topeng oksigen untuk diri sendiri terlebih dahulu sebelum berusaha membantu orang lain. Kita harus terus berjuang agar setiap wanita di seluruh dunia mencapai impian mereka dalam 60 tahun ini dan seterusnya. Ini penting untuk diri mereka sendiri, kesihatan mereka, keluarga dan semua wanita.

Inisiatif ini dibawakan kepada anda daripada TheAsianParent dengan kerjasama Bayer

PP-YAZ-MY-0178-1(06/20) 

Rujukan: 

Forbes , News.UN, Mypvhc , May28

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Artikel(Cerita)
app info
get app banner