X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ramai Pesakit Darah Tinggi & Depression Terdiri Daripada Golongan Suri Rumah, Ini Buktinya!

4 min bacaan
Ramai Pesakit Darah Tinggi & Depression Terdiri Daripada Golongan Suri Rumah, Ini Buktinya!

Tugas suri rumah ini bagaikan tiada waktu rehat. Bermula dari pagi sehinggalah malam ada sahaja urusan yang perlu dilakukan demi keluarga

Siapa kata tugas seorang suri rumah itu mudah? Bayangkan perlu 'bekerja' sepanjang masa tanpa rehat. Tidak semua yang mampu melakukan tugasan seperti ini.

Menerusi perkongsian @ams_brand melalui akaun Tik Toknya, dia berasa kagum dengan insan yang bergelar suri rumah.

Menurutnya, yang juga pekerja di klinik kesihatan, kebanyakan pesakit darah tinggi, pesakit yang alami depression, anxiety atau stress adalah dari kalangan suri rumah.

Dia turut meluahkan rasa kagumnya pada insan yang bergelar suri rumah kerana sanggup melakukan tugasan ini tanpa mengharapkan sebarang bayaran.

Apa yang anda boleh baca daripada artikel ini?

  • Insan hebat buat tugas suri rumah yang tiada kesudahan
  • Tugas suri rumah tidak mudah, suami perlu memahami
  • Mereka perlukan tempat untuk luahkan perasaan
  • Kepada suri rumah, anda adalah insan yang hebat!

Insan hebat buat tugas suri rumah yang tiada kesudahan

Dipetik daripada perkongsian @ams_brand,

"Suri rumah ini tidak bekerja. Mereka tidak bekerja seperti wanita yang lain. Dia duduk di rumah, menyapu sampah serta bersihkan rumah. 

Dia juga kemas rumah, masak untuk suami dan juga anak-anak. Jaga pakai, makan dan minum keluarga. Duduk melipat kain, menguruskan anak serta rumah. Pebagai kerja yang dia buat.

Di saat suami kerja, dia pun bekerja di rumah. Bila suami pulang dari rumah, dia masih lagi bekerja. Suami dah tidur, dia masih lagi bekerja. Anak-anak dah tidur pun, dia masih buat kerja juga.

Tengah malam bila suami dengan anak-anak dah tidur, dia masih lagi buat kerja. Waktu bila dia cuti? Waktu bila dia tidur dan rehat?

Sebab itulah ramai pesakit saya yang ada darah tinggi, yang ada depression, anxiety, serta stress adalah dalam golongan suri rumah. Mereka tidak ada waktu rehat."

tugas suri rumah

Tugas suri rumah tidak mudah, suami kena memahami

"Suami balik kerja boleh terus rehat, boleh terus menghadap telefon, makan, dan tengok televisyen tetapi suri rumah masih tidak rehat lagi.

Waktu ini, mereka akan duduk layan anak, suap anak makan, buatkan makanan untuk anak serta menjaga kebersihan anak.

Dengan menyapu serta bersihkan rumah lagi. Bukan sekali atau dua kali tetapi sepuluh kali mereka lakukan tugasan itu. 

Sebab itulah isteri kita ini perlukan suami yang faham keadaan dia. Kita balik kerja, mandi, makan nasi. Kemudian, terus kita duduk menghadap telefon, terus kita main game. Macam itu ke kita?

Janganlah macam tu. Sebab apa? Sebab isteri kita ini seharian masa kita pergi kerja, dia tidak bercakap dengan sesiapa pun.

Dia tidak boleh nak luahkan perasaan penat itu pada sesiapa. Kalau kita balik kerja terus menghadap game, terus duduk melayan telefon dan tidak layan atau tidak bercakap dengan dia pun.

Janganlah macam tu, isteri kita adalah suri rumah. Dia tidak ada sesiapa yang berkawan dengan dia kecuali kita dan anak-anak."

Mereka perlukan tempat untuk luahkan perasaan

"Mangkuk, pinggan, mesin basuh, senduk, itulah kawan dia. Tidak ada sesiapa lagi dah. Tapi kalau kita pergi kerja ni, macam-macam orang kita boleh jumpa. Macam-macam kawan kita ada. Ada yang tua, muda, tinggi, dan gemuk.

Kita boleh bercakap dan boleh bersembang dengan mereka. Boleh minum dan lepak di kedai kopi. Tetapi, kalau isteri kita, tiada sesiapa yang nak bersembang dan menjadi tempat untuk dia luahkan perasaan.

Kalau macam kita balik rumah, terus layan telefon, dia nak bercakap dengan siapa?

Dia nak luah rasa letih, rasa penat dia. Allahuakbar!

Sebab itulah kalau kita ada isteri suri rumah, cuba luangkan masa lebih sikit dengan mereka. 

Mereka perlukan kita. Kawan rapat mereka adalah kita. Kita adalah tempat untuk mereka luahkan segalanya.

Apabila kita dengar keluhan mereka, mereka rasa lega. Suri rumah ini antara kerja yang paling mulia. Dia tolong jaga anak kita, yang mana kita tak perlu nak hantar pada pengasuh.

Bayangkan kalau hantar seorang anak kepada pengasuh, perlukan masa dalam RM400 ke RM500. Dah kalau dua, tiga atau empat orang anak, cuba kira sendiri.

Stories Rakan Kongsi
Anda Boleh Tampil Bergaya Dan Selesa Dalam Masa Yang Sama, Itulah Kelebihan MS. READ!
Anda Boleh Tampil Bergaya Dan Selesa Dalam Masa Yang Sama, Itulah Kelebihan MS. READ!
Can Alternative Schooling Foster Greater Resilience? One Mum Shares Her Story
Can Alternative Schooling Foster Greater Resilience? One Mum Shares Her Story
Berikan si manja lebih lagi untuk tumbesaran menyeluruh
Berikan si manja lebih lagi untuk tumbesaran menyeluruh
Manjakan Dompet Anda Dengan Lampin Murah & Berkualiti Buat Anak, Pasti Si Manja Kekal Selesa!
Manjakan Dompet Anda Dengan Lampin Murah & Berkualiti Buat Anak, Pasti Si Manja Kekal Selesa!

Tapi semua beban itu, kita suruh isteri yang buat. Allahu Akbar! Tetapi kalau kita tidak layan isteri kita, tidak hargai atau pun tidak nampak pengorbanan dia selama ini, macam mana kita?"

tugas suri rumah

Kepada suri rumah, anda adalah insan yang hebat!

"Kepada suri rumah di luar sana, dengar sini baik-baik. Anda semua adalah insan yang hebat.

Sebab apa? Tidak semua wanita boleh duduk di tempat anda. Anda adalah insan yang sangat-sangat hebat. InsyaAllah, pahala menanti anda semua.

InsyaAllah, moga kerja anda ini menjadi satu asbab untuk awak ke syurga Allah."

Semoga perkongsian ini dapat membuka mata kita tentang pengorbanan insan yang bergelar suri rumah.

Tik Tok @ams_brand

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Surat Terbuka Dari Seorang Ibu Suri Rumah Yang Hampir Menghadapi Kemurungan

Baca juga: Bukan Mudah Menjadi Suri Rumah, Selain Perlu Bekerja & Mengurus Anak-Anak, Ini Sebabnya

Baca juga: Ibu Ayah Sendiri Perlekeh Anak Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa, Wahai Suri Rumah, Anda Jangan Sesekali Berasa Malu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nur Sofea

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Ramai Pesakit Darah Tinggi & Depression Terdiri Daripada Golongan Suri Rumah, Ini Buktinya!
Kongsikan:
  • Tempoh Edah Kematian Suami Atau Bercerai Hidup, Ini Panduan Lengkap Buat Kaum Isteri

    Tempoh Edah Kematian Suami Atau Bercerai Hidup, Ini Panduan Lengkap Buat Kaum Isteri

  • Adakah Setitik Air Mani Boleh Mengandung? Suami Jangan Salahkan Isteri Bila 'Lekat'

    Adakah Setitik Air Mani Boleh Mengandung? Suami Jangan Salahkan Isteri Bila 'Lekat'

  • Peguam Dedah Realiti Kes Suami Curang, Isteri Cantik & Berjaya Tetap Ditinggalkan Demi Orang Ke-3

    Peguam Dedah Realiti Kes Suami Curang, Isteri Cantik & Berjaya Tetap Ditinggalkan Demi Orang Ke-3

  • Tempoh Edah Kematian Suami Atau Bercerai Hidup, Ini Panduan Lengkap Buat Kaum Isteri

    Tempoh Edah Kematian Suami Atau Bercerai Hidup, Ini Panduan Lengkap Buat Kaum Isteri

  • Adakah Setitik Air Mani Boleh Mengandung? Suami Jangan Salahkan Isteri Bila 'Lekat'

    Adakah Setitik Air Mani Boleh Mengandung? Suami Jangan Salahkan Isteri Bila 'Lekat'

  • Peguam Dedah Realiti Kes Suami Curang, Isteri Cantik & Berjaya Tetap Ditinggalkan Demi Orang Ke-3

    Peguam Dedah Realiti Kes Suami Curang, Isteri Cantik & Berjaya Tetap Ditinggalkan Demi Orang Ke-3

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.