Betulkan niat dalam perkahwinan dulu, barulah rumah tangga bertambah berkat

Lelaki dan perempuan dicipta untuk saling melengkapi antara satu sama lain, lalu akan wujudnya perkahwinan bagi menghalalkan hubungan yang dibina

Secara lazimnya, semua pasangan tak kira agama, bangsa dan negara memiliki tujuan perkahwinan yang sama.

Setiap pasangan yang sudah berkahwin menyimpan hasrat supaya hubungan yang dibina itu membahagiakan dan maut saja yang boleh memisahkan. Betul tak?

Akan tetapi, tujuan perkahwinan yang sebegini jarang dapat direalisasikan kerana pelbagai masalah dan sengketa.

Untuk mencapai tujuan perkahwinan bukanlah perkara yang mudah kerana tanggungjawab bersama itu adalah sangat penting.

Komitmen dan usaha kedua-dua belah pihak memainkan peranan dalam mahligai yang dibina.

Untuk mencapai tujuan perkahwinan itu sendiri, setiap pasangan harus tahu menghadapi cabaran dan langkah dalam mempertahankan rumah tangga.

5 tujuan perkahwinan pada pasangan suami isteri

1 – Sentiasa jadikan suami atau isteri teman yang paling akrab

tujuan perkahwinan, perkahwinan, niat dalam perkahwinan, rumahtangga, kebahagiaan rumah tangga, kebahagiaan dalam perkahwinan, kunci kebahagiaan, kunci dalam sesebuah perkahwinan, berkahwin, bernikah, pasangan bahagian, sebab perlu kebahagiaan, cara membahagiakan pasangan

Kredit: Science Daily

Tujuan perkahwinan yang pertama adalah sentiasa melihat pasangan sebagai teman yang paling akrab untuk berkongsi cerita sama ada suka atau duka.

Elizabeth Schmitz, seorang psikoterapi mengatakan perkara penting dalam rumah tangga adalah kita tidak merahsiakan hal apapun dengan pasangan, malah seronok berkongsi cerita bersama-sama.

Bukan hanya soal anak, tapi segala perkara yang berkaitan apapun mudah untuk dibincangkan berdua.

Malah, pasangan yang baik cenderung melihat pasangannya itu sebagai sahabat yang terbaik. Tambahan pula, si suami suka bercerita lucu pastinya membuatkan isteri tertawa bahagia.

2 – Selalu memberi sokongan antara satu sama lain

Rasa menyampah betul bila isteri penat menguruskan anak dan rumah tangga tapi suami tak peduli langsung untuk membantu. Mesti sedih dan kecewa, kan?

Menurut Jeff Herring, kaunselor perkahwinan dan keluarga di Amerika, hanya terdapat sebilangan suami isteri yang betul-betul bersatu dalam rumah tangga. Malah mereka merasakan hidup berdua itu lebih kuat dan manis berbanding ketika bujang.

Dengan berpasangan, kalian dapat berbincang dari hati ke hati dan meluahkan apa yang terpendam dalam jiwa. Inilah kunci utama dalam rumah tangga.

Harus diingatkan juga, setiap perkahwinan pastinya ada bergolak. Tapi dengan sokongan dan melengkapi, masalah yang wujud dapat diatasi dengan sebaiknya.

3 – Buat pasangan surprise dengan adanya rahsia

tujuan perkahwinan, perkahwinan, niat dalam perkahwinan, rumahtangga, kebahagiaan rumah tangga, kebahagiaan dalam perkahwinan, kunci kebahagiaan, kunci dalam sesebuah perkahwinan, berkahwin, bernikah, pasangan bahagian, sebab perlu kebahagiaan, cara membahagiakan pasangan

Kredit: Reader’s Digest

Sesekali melakukan surprise pada isteri atau suami tidak ada salahnya. Contohnya mengirimkan bunga ke pejabat suami atau mengajaknya makan malam di hotel dengan aura yang romantis.

Ataupun, kalau ada bajet lebih, belilah hadiah kesukaan suami atau isteri itu. Ia sekaligus dapat memperindahkan lagi keharmoniaan dalam rumah tangga anda. 

4 – Walaupun bergaduh, namun tetap bersama

Suami mungkin sering membuatkan kalian rasa marah dan kecewa. Tapi anda masih bersama dengannya.

Itu yang menunjukkan bahawa perhubungan kalian masih sihat meskipun selalu bergaduh.

Menurut Anna Ariani, tidak ada apa yang buruk jika sering bertengkar dengan pasangan. Bahkan ia akan menyelamatkan perkahwinan itu.

Tidak ada perkahwinan tanpa pergaduhan dan konflik. Setidaknya dengan bergaduh, anda dapat belajar sesuatu daripadanya.

Walau bagaimanapun, sebesar mana sekalipun masalah yang datang, berbincanglah dengan baik bersama pasangan dan saling bermaafan.

5 – Menghilangkan rasa bosan dengan melakukan aktiviti baru

tujuan perkahwinan, perkahwinan, niat dalam perkahwinan, rumahtangga, kebahagiaan rumah tangga, kebahagiaan dalam perkahwinan, kunci kebahagiaan, kunci dalam sesebuah perkahwinan, berkahwin, bernikah, pasangan bahagian, sebab perlu kebahagiaan, cara membahagiakan pasangan

Kredit: Baituljannah.com

Kajian menunjukkan pasangan yang melakukan aktiviti baru bersama-sama dapat membantu hubungan yang lebih sihat, harmoni dan segar.

Bahkan ia jauh lebih membahagiakan berbanding melakukan rutin yang sama setiap hari. Contohnya, melancong ke luar negara, makan ke restoran mewah atau berenang di pantai indah yang belum pernah pergi.

Jika tak ada masa, cukup sekadar meluangkan masa dengan berkaraoke di rumah atau menonton wayang bersama-sama. Itu sudah cukup membahagiakan, bukan?

Walaupun ia hanyalah aktiviti sederhana, namun tetap membantu hubungan agar lebih mesra dan indah.

Jom perbetul niat perkahwinan kita dulu! Barulah rumah tangga pun makin bahagia 😉

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Independent.co.uk

Sumber: Penulis asal Adisty Titania. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan. 

Baca juga

https://my.theasianparent.comulang-tahun-perkahwinan/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!