“Eidress Jarang Sangat Sakit Dan Cerdas!” Ini Rupanya Tips Anzalna Amalkan Bagi Memastikan Anaknya Membesar Dengan Baik!

undefined

Penting untuk kita sebagai ibu bapa tahu kandungan apa yang penting dalam susu anak kerana ia membantu tumbesaran kanak kanak lebih baik!

Setiap yang bergelar ibu, pasti memandang serius perkara berkaitan kesihatan dan tumbesaran kanak kanak secara fizikal, mental mahupun emosi.

Tidak terkecuali, artis popular, Anzalna Nasir, yang amat peka terhadap perkembangan optimum anaknya, Eidrees daripada pelbagai sudut. 

Anzalna percaya sistem imun yang kuat pengaruhi tumbesaran kanak kanak jadi lebih baik

Dalam perjalanan membesarkan anaknya, dia sebagai ibu memahami kegusaran dan keprihatinan ibu bapa yang lain mengenai masa depan anak. 

Jadi, beliau berpendapat, asas yang kukuh mempengaruhi pertumbuhan dan pembangunan masa depan yang baik. Justeru, melindungi kanak-kanak daripada jatuh sakit adalah kunci membolehkan anak terus belajar meneroka dunia tanpa halangan. 

Oleh itu, dia akan sangat mengutamakan peningkatan imun dan perkembangan otak Eidrees supaya Eidrees mempunyai sistem imun yang lebih kuat dan minda yang lebih cerdas.

Rutin biasa Eidrees untuk menyokong sistem imuniti & pembangunan intelektual yang optimum

Eidress Jarang Sangat Sakit Dan Cerdas! Ini Rupanya Tips Anzalna Amalkan Bagi Memastikan Anaknya Membesar Dengan Baik!

 

Walaupun memiliki jadual yang padat, Anzalna menitikberatkan beberapa perkara supaya Eidrees mendapat sokongan yang tepat untuk pembangunan imuniti dan perkembangan otak.

Antara perkara penting yang ditekankan dalam memastikan tumbesaran kanak kanak sentiasa baik termasuklah:

#1. Mendapat tidur yang mencukupi

Anzalna ujar bahawa dia sentiasa memastikan Eidress mendapat tidur yang cukup kerana ini secara tidak langsung membantu perkembangan otaknya agar jadi lebih cerdas. Tahukah anda bahawa secara purata kanak-kanak berumur 2 tahun perlu tidur 12 hingga 14 jam sehari pada waktu malam, dengan tidur siang hari 1 hingga 2 jam1.

#2. Gaya hidup aktif

Menurut Anzalna, baru-baru ini Eidress mula belajar bermain bola bersama-sama suaminya. Dia juga tekankan bahawa anak-anak seharusnya bermain di luar atau perlu banyak melakukan aktiviti di luar.

Gaya hidup yang aktif amat mempengaruhi perkembangan otak anak dan tumbesaran kanak kanak, jadi bawalah anak-anak bermain di luar rumah sekurang-kurangnya tiga kali seminggu!

#3. Penjagaan kebersihan

Bagi memastikan sistem imun anak sentiasa kuat, Anzalna juga mementingkan aspek kebersihan.

Jadi, anda juga harus ajar anak tentang tatacara betul kebersihan sejak mereka kecil lagi supaya ia menjadi tabiat mereka yang baik. Ajar mereka apa yang boleh dan apa yang tidak kerana kebersihan yang tidak dijaga rapi akan mempengaruhi tumbesaran kanak kanak. 

#4. Pemakanan seimbang

Menurut Anzalna, setiap hari, beliau akan memastikan pelbagai jenis makanan berkhasiat disediakan untuk Eidrees bagi mengekalkan diet seimbang anaknya. 

Namun kadangkala perkara itu boleh menjadi agak mencabar kerana kanak-kanak pada usia Eidrees sudah pandai memilih makanan dan tidak konsisten menggemari sesuatu makanan selain banyak bergantung pada mood mereka. Ia membuatkan Anzalna amat bimbang jika Eidrees tidak mendapat nutrien yang mencukupi untuk perkembangannya. 

tumbesaran kanak kanak

Oleh itu, beliau memilih Enfagrow A+ MindPro sebagai pilihan susu anaknya kerana ia adalah satu-satunya jenama* yang memenuhi tahap DHA^ yang disyorkan pakar global dan mengandungi ramuan unik MFGM.

Milk Fat Globule Membrane (MFGM) ialah komponen kaya dengan nutrien yang mewakili satu bahagian penting dalam susu. Ia merupakan membran tiga-lapis, yang terdiri daripada kompleks lipid dan protein bioaktif yang mengelilingi globul lemak dalam susu2,3.

Kajian menunjukkan MFGM menyokong 35% hari sakit berkurangan4 dan DHA menyediakan 2x manfaat perhubungan sel-sel otak5,6. 

Ramuan unik MFGM bertindak untuk membantu mengurangkan hari sakit4 dan boleh menyokong potensi pembangunan Eidress sepenuhnya. Malah, dengan tahap DHA yang disyorkan pakar global dalam Enfagrow A+ MindPro, Anzalna lebih yakin bahawa Eidress dapat mencapai perkembangan otak optimum.

Eidress Jarang Sangat Sakit Dan Cerdas! Ini Rupanya Tips Anzalna Amalkan Bagi Memastikan Anaknya Membesar Dengan Baik!

Setakat ini, dia melihat bahawa Eidress adalah anak yang bijak, cepat belajar sesuatu yang baru dan jarang jatuh sakit.

Si kecil comel ini juga sedang belajar bahasa Perancis! Menurut Anzalna, Eidress mampu mengira daripada nombor 1 hingga 20 dalam bahasa ini dan boleh ujar bonne nuit mama sebelum tidur dan au revoir mama jika dia keluar.

Kecergasan mindanya memang begitu tajam hinggakan Anzalna dan suaminya benar-benar terpegun dengan pencapaian ini!

Jadi, Enfagrow A+ MindPro adalah jenama yang paling dipercayai oleh Anzalna kerana dia yakin bahawa Eidrees akan mendapat jumlah DHA yang sesuai untuk perkembangan otak yang optimum.

Enfagrow A+ MindPro dengan DHA dan MFGM menyokong sistem imun anak & baik untuk perkembangan otak

tumbesaran kanak kanak

Enfagrow A+ Mindpro ialah jenama pilihan utama ibu bapa Malaysia. Ia juga satu-satunya jenama* yang mempunyai MFGM dan tahap DHA yang disyorkan oleh Pakar Global^.

MFGM dan DHA disokong secara saintifik untuk menyokong kurang hari sakit dan minda yang cerdas4

Ia juga merupakan jenama No.1+ yang disyorkan oleh pakar di Malaysia. Ia juga diundi sebagai susu formula kanak-kanak terbaik oleh ibu bapa Malaysia dalam Parent’s Choice Award 2021.

Jadi, untuk ibu-ibu yang berminat untuk menukar jenama susu formula kanak-kanak mereka kepada Enfagrow A+ MindPro atau ibu-ibu yang ingin menyimpan lebih banyak stok susu Enfagrow A+ MindPro kegemaran anak-anak mereka, boleh dapatkan tawaran hebat semasa jualan eksklusif 12.12 kami di Enfagrow A+ Official store, Online Shop | Shopee Malaysia.

Eidress Jarang Sangat Sakit Dan Cerdas! Ini Rupanya Tips Anzalna Amalkan Bagi Memastikan Anaknya Membesar Dengan Baik!

Rujukan:

  1. Brandon Peters MD.  (Feb 13, 2020). Very Well Health. The Amount of Sleep That 2 Years Old Toddlers Should Be Getting. Retrieved from www.verywellhealth.com/how-much-sleep-do-2-year-old-toddlers-need-3015139
  2. Vanderghem C et al. Milk fat globule membrane and buttermilks: from composition to valorization. Biotechnol. Agron. Soc. Environ. 2010;14(4): 485-500
  3. Le TT et al. Stability of milk fat globule membrane protein toward human enzymatic gastrointestinal digestion. J Dairy Sci. 2012;95(5):2307-18
  4. Veeraman et al (2012). Nutrition 28 (7-8), 749-752. Clinical research shows that regular consumption of formula enriched with MFGM by preschool children is associated with a significant decrease in febrile episodes. With hygiene practice ​with parental stimulation.
  5. Hussain. G et al. Lipids Health Dis 18, 26 (2019)
  6.  Kuratko, CN. Et al.2013. Nutrients, 5(7), 277-2810

*Berbanding dengan jenama susu pertumbuhan utama di pasaran pada July 2021. Enfagrow A+ MindPro membekalkan 120mg DHA dalam 3 hidangan sehari. 

^FAO/WHO mengesyorkan pengambilan DHA diet harian sebanyak 10-12mg/kg berat badan untuk kanak-kanak 12-24 bulan atau 100-150mg DHA + EPA untuk kanak-kanak berumur 2-4 tahun. Rujukan: FAO 2010. Lemak dan asid lemak dalam pemakanan manusia. Laporan perundingan pakar. Kertas Makanan dan Pemakanan FAO

No.91. FAO: Rome. Berbanding dengan jenama susu pertumbuhan utama di pasaran pada July 2021. Enfagrow A+ MindPro membekalkan 120mg DHA dalam 3 hidangan sehari.

+Berdasarkan 2020 MJN HCP Brand Health Tracker – Wave 1 Report.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Perilaku Anak Yang Nampak Biasa, Tapi Sebenarnya Bahaya, Tak Boleh Dipandang Remeh!

Baca juga: Ramai ‘Bayi PKP’ Takut & Menangis Bila Lihat Ramai Orang, Ini Tips Berguna Buat Ibu Ayah!

Baca juga:  11 Tanda Anak Anda Lebih Bijak Dari Kanak-Kanak Lain

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!