X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Risau Batuk Anak Makin Teruk, Ini 7 Jenama Ubat Batuk Kanak-Kanak Terbaik Untuk Mereka

Apa sebenarnya punca batuk? Ibu ayah boleh ketahui di sini berserta senarai ubat batuk kanak-kanak yang terbaik.

Ibu ayah pastinya risau apabila anak mula mengalami batuk-batuk membuatkan mereka ingin segera mencari jalan penyelesaian dan pastinya solusi paling mudah adalah dengan mendapatkan ubat batuk kanak-kanak di kedai atau farmasi selain daripada merujuk kepada doktor.

Tidak dinafikan, bayi dan anak kecil adalah golongan yang berisiko diserang oleh gejala batuk dan selsema. Tempoh perjalanan 6 tahun pertama dalam membesarkan kerana dikatakan waktu ini adalah kritikal bagi ibu ayah.

Isi Kandungan

  • Punca Anak Batuk
  • 7 Jenama Ubat Batuk Kanak-Kanak Terbaik
  • Rhinathiol
  • Kids Relief
  • Mucolix Elixir
  • Hurix's
  • Strepsils
  • Pabron
  • Iliadin Decongestant Nasal Drop     
  • Perbandingan Harga
  • Tip Legakan Batuk Dan Kahak Bayi

Punca Anak Batuk

kanak-kanak batuk

Kredit gambar: Freepik

Batuk adalah cara badan kita melindungi salur pernafasan, dan mengeluarkan kahak, debu dan kotoran dari salur pernafasan.

Batuk adalah sebenarnya satu tindak balas yang terhasil apabila ada benda asing yang cuba memasuki saluran pernafasan kita sama ada kahak atau makanan.

Ia adalah satu cara pertahanan badan kita untuk mengelak daripada paru-paru dicemari dengan benda asing atau mengakibatkan saluran pernafasan tersumbat yang boleh membawa kepada masalah pernafasan atau jangkitan.

Batuk dengan sendirinya tidak berbahaya, tetapi puncanya perlu dikenalpasti. Jadi batuk tidak semestinya tidak elok dan perlu dirawat. Tanpa batuk, kemungkinan jangkitan paru-paru akan menjadi lebih berleluasa.

Antara punca batuk dalam kanak-kanak adalah jangkitan kuman di hidung, tekak dan paru-paru, penyakit lelah (bronchial asthma) atau hingus yang menitis di belakang hidung (postnasal drip).

Terdapat dua jenis batuk yang boleh dialami anak iaitu;

Batuk Berkahak

Kahak adalah lendiran pekat yang dihasilkan oleh mukosa dalam hidung, mulut, tekak. Jika kita sihat, lendiran ini ada juga, cuma ia cair. Jika ada iritasi pada mukosa, seperti bendasing, perengsa, atau jangkitan tertentu di kerongkong serta di paru-paru, maka lendiran ini boleh dihasilkan lebih banyak atau lebih pekat dan dipanggil kahak. Kehadiran kahak ini membuatkan tekak tidak selesa, maka tercetus refleks batuk untuk membuangnya.

Batuk Kering (Tak Berkahak)

Ada juga batuk yang tidak berkahak. Seringkali batuk jenis ini disebabkan oleh rasa tekak gatal atau kering. Ini biasanya tanda-tanda jangkitan tekak (laryngitis /pharingitis /tonilitis). Adakalanya pula batuk kering disebabkan oleh salur pernafasan menjadi sempit, contohnya ketika serangan asma atau terdedah kepada habuk, jerebu dan bahan kimia dan asap rokok.

7 Jenama Ubat Batuk Kanak-Kanak Terbaik

Tahukah anda terdapat pelbagai jenis ubat batuk yang terdapat di pasaran dan tidak semua ubat batuk sesuai untuk diberikan kepada si kecil kerana setiap ubat tersebut bertindak secara berbeza bergantung kepada jenis batuk yang dialami oleh anak-anak anda.

Jadi untuk memudahkan anda membuat pilihan ubat batuk terbaik, ibu ayah boleh melihat senarai di bawah ya?

Ubat Batuk Kanak-Kanak Terbaik
product image
Rhinathiol Children Cough Syrup
Terbaik untuk batuk berkahak
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Kids Relief Cough & Cold Syrup
Terbaik untuk batuk kering
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Mucolix Elixir
Terbaik untuk mucolytic
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Hurix's Cough Syrup for Kids
Terbaik jenis berasaskan herba
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Strepsils Strawberry Children Sugar Free
Terbaik jenis gula-gula lozenges
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Pabron Cough Relief Syrup Kids
Terbaik ubat jenis tak mengantuk
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Iliadin Decongestant Nasal Drop     
Terbaik disebabkan selsema (decongestant)
more info icon
View Details
Beli di Shopee

Rhinathiol Children Cough Syrup

Ubat Batuk Kanak-Kanak: Terbaik untuk batuk berkahak

Risau Batuk Anak Makin Teruk, Ini 7 Jenama Ubat Batuk Kanak-Kanak Terbaik Untuk Mereka

Digunakan untuk batuk yang berkahak (productive cough) di mana ubat ini akan mencairkan mukus nipis di kawasan salur pernafasan dan memudahkan kahak untuk dikeluarkan ketika batuk.

Apa yang kami suka :

  • Dapat melarutkan dan membersihkan kahak
  • Mesra kanak-kanak, dengan perisa raspberi & ceri
  • Didatangkan dengan sudu penyukat
  • Tidak menyebabkan mengantuk

Rhinathiol Children Cough Syrup

product imageBeli di Shopee

Kids Relief Cough & Cold Syrup

Ubat Batuk Kanak-Kanak: Terbaik untuk batuk kering

Risau Batuk Anak Makin Teruk, Ini 7 Jenama Ubat Batuk Kanak-Kanak Terbaik Untuk Mereka

Digunakan untuk batuk kering (tidak berkahak), ia akan mengurangkan batuk dengan menghalang refleks batuk. Seterusnya seseorang itu akan berhenti batuk kerana kurang rangsangan untuk batuk.

Ubat homeopatik ini dapat membantu melegakan batuk kering, dada tersumbat, menipis dan melonggarkan lendir dan mengurangkan demam.

Apa yang kami suka :

  • Tiada kesan sampingan, bebas gluten, bebas pewarna dan bebas gula.
  • Mengandungi bahan-bahan semula jadi
  • Rasa caramel, kanak-kanak pasti menyukainya!

Kids Relief Cough & Cold Syrup

product imageBeli di Shopee

Mucolix Elixir

Ubat Batuk Kanak-Kanak: Terbaik untuk mucolytic

Risau Batuk Anak Makin Teruk, Ini 7 Jenama Ubat Batuk Kanak-Kanak Terbaik Untuk Mereka

Jenis ubat batuk kategori ini adalah untuk batuk berkahak. Batuk yang bermula jauh dari dalam paru-paru kerana mukus (kahak) yang tebal. Ubat ini akan memutuskan jaringan mukus agar menjadi lebih longgar dan mudah untuk keluar apabila batuk.

Apa yang kami suka :

  • Menjadi pilihan ramai ibu bapa terutamanya untuk kanak-kanak yang mengalami simptom batuk akibat post-covid 19
  • Boleh digunakan seisi keluarga, namun untuk kanak-kanak 2 tahun ke atas
  • Perisa kiwi

Mucolix Elixir

product imageBeli di Shopee

Hurix’s Cough Syrup for Kids

Ubat Batuk Kanak-Kanak: Terbaik jenis berasaskan herba

Risau Batuk Anak Makin Teruk, Ini 7 Jenama Ubat Batuk Kanak-Kanak Terbaik Untuk Mereka

Digunakan secara tradisional untuk melegakan selsema, batuk, sakit tekak, iritasi kerongkong dan mengurangkan kahak.

Ubat ini mempunhyai rasa berangin dan tekstur yang pekat memudahkan untuk diminum kanak-kanak. Suhu panas badan juga dapat dikurangkan jika anak mempunyai demam.

Apa yang kami suka :

  • Mudah didapati di kedai biasa
  • Mudah dibawa ke mana-mana, turut disediakan cawan kecil 

Hurix's Cough Syrup for Kids

product imageBeli di Shopee

Strepsils Strawberry Children Sugar Free

Ubat Batuk Kanak-Kanak: Terbaik jenis gula-gula lozenges

Risau Batuk Anak Makin Teruk, Ini 7 Jenama Ubat Batuk Kanak-Kanak Terbaik Untuk Mereka

Gula-gula lozenges untuk kanak-kanak mungkin ubat paling lazat yang anak mahu gunakan namun gula-gula perubatan ini bukan untuk menyembuhkan, tetapi untuk mengurangkan gejala-gejala batuk dan sakit tekak.

Ia mengandungi satu atau lebih ubat-ubatan dan biasanya berperisa manis. Fungsi lozenges adalah untuk memberi kelegaan dan keselesaan kepada rongga tekak.

Lozenges bertindak dengan melarut perlahan-lahan apabila dihisap di dalam mulut atau boleh juga dikunyah dan ditelan

Sesuai digunakan untuk kanak-kanak yang berumur 6 tahun dan ke atas dan setiap lozenges berfungsi di dalam badan selama 3 jam. Maximum 8 lozenges sehari dan dinasihatkan supaya menjarakkan 3 atau 4 jam untuk pengambilan seterusnya

Apa yang kami suka :

  • Disukai kanak-kanak kerana bentuknya seperti gula-gula
  • Mudah untuk diambil di mana sahaja
  • Harganya yang murah dan mudah didapati

Strepsils Strawberry Children Sugar Free

product imageBeli di Shopee

Pabron Cough Relief Syrup Kids

Ubat Batuk Kanak-Kanak: Terbaik ubat jenis tak mengantuk

Risau Batuk Anak Makin Teruk, Ini 7 Jenama Ubat Batuk Kanak-Kanak Terbaik Untuk Mereka

Jika mempunyai anak yang perlu menghadiri sekolah, ibu ayah pastinya memerlukan ubat batuk kanak-kanak yang tidak menyebabkan mengantuk.

Ubat batuk kanak-kanak dari jenama ini sesuai untuk mereka kerana tidak menyebabkan mengantuk dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan kepekatan mukus seterusnya mencairkan kahak serta melegakan batuk.

Apa yang kami suka :

  • Bebas alkohol dan bebas gula
  • Boleh diambil 3 kali sehari
  • Perisa blackcurrent

Pabron Cough Relief Syrup Kids

product imageBeli di Shopee

Iliadin Decongestant Nasal Drop     

Ubat Batuk Kanak-Kanak: Terbaik disebabkan selsema (decongestant)

Risau Batuk Anak Makin Teruk, Ini 7 Jenama Ubat Batuk Kanak-Kanak Terbaik Untuk Mereka

Sesuai untuk melegakan batuk yang disebabkan oleh hingus yang mengalir ke belakang tekak (post-nasal drip), melegakan selsema dan hidung tersumbat.

Ia dapat membantu mengurangkan pembengkakan membran mukus hidung dan mempercepatkan kelegaan sakit tekak dan batuk anak. Sesuai untuk kanak-kanak berusia 6 tahun ke atas.

Apa yang kami suka :

  • Pilihan klinik keluarga
  • Mudah digunakan dan hanya untuk kegunaan luaran, picit ubat ke dalam hidung
  • Menawarkan kelegaan yang cepat dan pernafasan yang lebih mudah sehingga 12 jam.

Iliadin Decongestant Nasal Drop     

product imageBeli di Shopee

Perbandingan Harga Ubat Batuk Kanak-Kanak

Jenama Harga Kuantiti
Rhinathiol Children Cough Syrup RM14.50 125 ml
Kids Relief Cough & Cold Syrup RM49.90 100 ml
Mucolix Elixir RM6 90 ml
Hurix’s Cough Syrup for Kids RM6.90 30 ml
Strepsils Strawberry Children Sugar Free RM3.99 24 lozenges
Pabron Cough Relief Syrup Kids RM8.30 120 ml
Iliadin Decongestant Nasal Drop RM25 10 ml

Tip Melegakan Batuk Dan Kahak Bayi Bawah 2 Tahun

Risau Batuk Anak Makin Teruk, Ini 7 Jenama Ubat Batuk Kanak-Kanak Terbaik Untuk Mereka

Menurut Food and Drugs Administration (FDA), ubat batuk dan selesema tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur 2 tahun kerana ia berisiko menyebabkan sesak nafas,sawan dan sehingga boleh membawa maut. Ibu ayah boleh cuba kaedah ini ya;

  • Menggunakan ubat titisan atau semburan hidung yang mengandungi garam laut (normal saline atau sodium chloride 0.9%). Ubat ini boleh mengurangkan gejala hidung tersumbat dengan mengekalkan kelembapan rongga hidung.
  • Menggunakan nasal spray seperti Sterimar Baby yang berasaskan air laut. Semburan air laut ini bersifat neutral dan mampu melegakan hidung bayi yang tersumbat.
  • Penggunaan alat penyembur kelembapan (humidifier) di bilik anak untuk menambahkan sedikit kelembapan pada udara juga boleh memberi kelegaan kepada hidung yang tersumbat dan kesukaran untuk bernafas.
  • Mandikan anak dengan air suam. Air mandian yang suam ni akan menghasilkan wap air yang boleh mencairkan kahak dan hingus bayi supaya mudah keluar. 
  • Lakukan teknik chest physio kepada anak untuk mencairkan kahak
  • Menggunakan nasal aspirator untuk menyedut lendir atau mukus keluar daripada rongga hidung.
  • Pastikan minum air secara kerap untuk menggalakkan penghidratan badan.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk ibu ayah!

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jangan Panik, Tapi Jika Bayi Mengalami Batuk Yang Kronik Dia Mungkin Ada Masalah Lebih Besar

Baca juga: Cara Hilangkan Batuk Bayi Dengan Cepat & Berkesan, Hanya Guna Bahan Dari Dapur!

Baca juga:  Anak Batuk Tak Henti? Ini 7 Jenis Batuk Yang Bahaya Pada Anak-Anak!

 
Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
img

Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • Kadar Pesakit Kanser Payudara Semakin Meningkat, Wanita Muda 20-40 Tahun Paling Ramai Yang Kena

    Kadar Pesakit Kanser Payudara Semakin Meningkat, Wanita Muda 20-40 Tahun Paling Ramai Yang Kena

  • Bagaimana Tracker Perkembangan Bayi Ini Dapat Bantu Memudahkan Lagi Hidup Ibu Baru

    Bagaimana Tracker Perkembangan Bayi Ini Dapat Bantu Memudahkan Lagi Hidup Ibu Baru

  • Bagaimana Diaper Tracker Memudahkan Kerja Ibu Memantau Perubahan Lampin Bayi?

    Bagaimana Diaper Tracker Memudahkan Kerja Ibu Memantau Perubahan Lampin Bayi?

  • Kadar Pesakit Kanser Payudara Semakin Meningkat, Wanita Muda 20-40 Tahun Paling Ramai Yang Kena

    Kadar Pesakit Kanser Payudara Semakin Meningkat, Wanita Muda 20-40 Tahun Paling Ramai Yang Kena

  • Bagaimana Tracker Perkembangan Bayi Ini Dapat Bantu Memudahkan Lagi Hidup Ibu Baru

    Bagaimana Tracker Perkembangan Bayi Ini Dapat Bantu Memudahkan Lagi Hidup Ibu Baru

  • Bagaimana Diaper Tracker Memudahkan Kerja Ibu Memantau Perubahan Lampin Bayi?

    Bagaimana Diaper Tracker Memudahkan Kerja Ibu Memantau Perubahan Lampin Bayi?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.