Obses makan ubat kurus, usus wanita ini akhirnya bengkak dan HAMPIR PECAH!

lead image

Jika anda salah seorang wanita yang suka mengambil ubat kurus, ketahui tanda-tanda bahaya ini sebelum nyawa anda melayang. Jangan mudah percaya ubat kurus!

Tak salah jika anda memasang niat untuk kurus atau menurunkan berat badan. Tapi apa yang salah ialah anda menempah maut dengan mengambil jalan pintas makan ubat kurus yang tidak diluluskan.

Itulah kenyataan yang terpaksa ditelan dengan pahit oleh wanita ini. Nursyahidah Sukeri dari laman Facebooknya baru-baru ini telah menceritakan pengalaman pahitnya dengan sebuah jenama ubat kurus.

Produk ubat kurus ini dibeli oleh beliau tanpa sebarang pemeriksaan. Beliau terus membelinya selepas melihat penjual memperlihatkan feedback dari pelanggan yang pernah mencuba.

Dek terpedaya, Nursyahidah pun terus yakin dekat ubat kurus tersebut dan mengambilnya tanpa usul periksa.

Hari pertama ambil ubat kurus: Tiada rasa lapar

ubat kurus, pil kurus, ubat kurus bahaya, ubat kurus berkesan, bahaya ubat kurus

Pada hari pertama makan ubat kurus tersebut, tiba-tiba badan beliau mula jadi panas. Walaupun selepas minum air yang mencukupi, badan beliau masih panas.

Hari kedua makan ubat tersebut, Nursyahidah mula tidak lalu makan. Asal nampak makanan saja, beliau rasa nak muntah.

Dalam hatinya berbunga-bunga kerana menyangka ubat kurus tersebut mungkin telah menunjukkan kesan. Mungkin ini ialah ubat menguruskan badan yang terbaik beliau pernah jumpa.

Tapi masuk hari ke-3, beliau mula tidak sedap badan. Rasa nak demam dan dahaga yang melampau. Tapi tiada rasa lapar! 

Dalam masa beberapa minggu, 13 biji pil kurus dihabiskannya. Namun sepanjang pengambilan ubat itu, beliau sembelit dan susah untuk berak. 

Bayangkan, dalam masa 1 minggu, hanya 2 kali saja beliau membuang air besar!

Ubat kurus mula tunjuk bahaya yang tidak disangka

Hari seterusnya, ubat kurus itu mula menunjukkan “belang” yang paling ditakuti. Mangsa berasa tidak sedap badan, letih, pening dan kerap kali muntah

Beliau pun berhenti mengambil ubat tersebut. 2 hari terseksa dengan rasa ini sebelum mangsa ke klinik. 

Di klinik, doktor mengesahkan jantung beliau berdegup terlalu laju. Usus beliau pula didapati menghasilkan sakit yang melampau. Namun, doktor menepis ia akibat apendiks. 

ubat kurus, pil kurus, ubat kurus bahaya, ubat kurus berkesan, bahaya ubat kurus

Satu hari setengah Nursyahidah ditahan di hospital untuk tambah air. Rupa-rupanya, usus beliau sudah bengkak! 

Doktor mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan hari itu juga kerana doktor menjumpai ada benda melekat pada usus mangsa. 

Lepas pembedahan dilakukan, mangsa muntah keluar warna hijau sebiji macam ubat kurus yang diambilnya! 

Ubat kurus di pasaran AMAT BAHAYA

Akhirnya, doktor mengesahkan kejadian usus bengkak beliau mungkin disebab ubat kurus yang diambil itu. Kini, ubat tersebut dihantar ke unit farmasi untuk pemeriksaan.

Bayangkan, hanya kerana pil kurus, usus wanita ini bengkak dan hampir pecah! 

Sebenarnya, anda tidak patut mengalami rasa-rasa mual, jantung berdegup kencang, asyik kencing dan mulut kering jika anda mengambil apa-apa pil kurus.

Jika anda menunjukkan tanda-tanda ini, segera berhenti makan pil atau ubat tersebut! Ini kerana, terdapat bahan-bahan kimia yang berbahaya dalam ubat kurus yang tidak diiktiraf.

Bahan terlarang tersebut mampu menyebabkan

  • masalah jantung
  • strok
  • serangan jantung atau gangguan irama jantung
  • dehidrasi
  • rasa tidak lapar
  • kanser!

Kenapa ubat kurus buat anda rasa tak lapar?

Sebenarnya, terdapat pelbagai bahan kimia yang dimasukkan ke dalam sesetengah pil kurus. Ia mampu memudaratkan jika diguna tanpa pengawasan. 

Sebab itu semua produk farmaseutikal termasuklah suplemen kesihatan dan persediaan tradisional perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum dipasarkan di Malaysia.

Kenapa setiap kali anda makan ubat kurus, anda tak akan rasa lapar? Ia berkemungkinan kerana sejenis dadah bernama Sibutramine. Dadah ini berfungsi sebagai penahan lapar.

Oleh sebab itu, jangan sewenang-wenangnya mengambil sebarang ubat atau pil kurus yang tiada pengesahan KKM. 

Semoga kejadian ini dijadikan ikhtibar dan pengajaran untuk semua wanita di luar sana. Jadilah pengguna yang bijak.

Jangan membahayakan diri sendiri kerana keengganan untuk menambah ilmu. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber rujukan: Facebook Nur Syahidah

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Bahaya Ubat Kurus – Usus Ibu Ini Hancur Akibat Minum Teh Diet!