Elak Letak Ubat Nyamuk Di Tepi Katil Bayi, Ia Boleh Mendatangkan Risiko Pada Kesihatan Anak
Menggunakan ubat nyamuk di dalam rumah, adakah ia benar-benar selamat?
Oleh sebab jumlah kes zika terus meningkat maka ubat nyamuk terus menjadi barang wajib untuk ada di dalam rumah. Ini kerana, ibu bapa sentiasa mahu melindungi bayi mereka dari gigitan nyamuk. Namun menjadi persoalannya adalah adakah ia selamat digunakan untuk si kecil anda di rumah?
Fungsi ubat nyamuk di dalam rumah
Ubat nyamuk bertindak sebagai penghalau serangga yang berbentuk spiral. Malah ia murah dan mudah digunakan oleh setiap isi rumah. Dengan setiap gegelung ubat nyamuk ini boleh tahan selama 8 jam sehari.
Jika dahulu ubat nyamuk ini hanya terdapat satu warna saja dengan bau yang kurang menyenangkan. Tetapi teknologi telah menghasilkan jenama ubat nyamuk dengan warna dan aroma yang berbeza.
Adakah ia selamat digunakan?
Orang selalu terlepas kenyataan bahawa gegelung ubat nyamuk ini dihasilkan untuk digunakan di kawasan yang baik dan selamat.
Sekiranya ubat nyamuk ini diletakkan di kawasan yang tertutup, ia berisiko menimbulkan kesihatan akut dan sakit kronik.
US National Institute of Health telah menetapkan bahawa membakar hanya satu gegelung ubat nyamuk di samakan dengan 50 ke 130 rokok yang dianggap sebagai karsinogenik dalam asapnya. Bayangkan berapa banyak racun yang boleh disedut oleh seseorang semasa tidur selama 8 jam itu. Terutama bila pengguna meletakkan gegelung ubat nyamuk ini di sebelah katil mereka.
Adakah gegelung nyamuk ini selamat untuk bayi?
Terdapat beberapa kenyataan yang mengatakan bahawa sistem pernafasan bayi masih menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dan mereka dianggap masih rapuh kerana sedang berkembang.
Jadi, pendedahan terhadap bahan kimia dan pencemaran seharusnya dielakkan terlebih dahulu.
Sekiranya terkena asap ubat nyamuk ini, kemungkinan kesan sampingannya adalah bayi boleh mengalami masalah pernafasan, kerengsaan mata dan reaksi alergi yang berlebihan.
Bahkan, ubat nyamuk ini mungkin boleh mendatangkan bahaya pada kanak- kanak dan haiwan kesayangan anda yang mungkin makannya secara tidak sengaja.
Apakah penghalau serangga yang lebih selamat?
Losyen dan semburan serangga adalah baik digunakan pada bayi enam bulan atau lebih tua kerana ia boleh merengsakan kulit.
Tapi, anda boleh menggantikannya dengan membakar minyak atau lilin yang telah disuntik dengan citronella, neem, kayu putih dan pudina.
Ada juga yang memilih untuk meletakkan beberapa titis minyak pati dari tanaman ini pada kain yang tidak akan bersentuhan langsung dengan bayi.
Selain itu, anda juga boleh mencuba penyembur serangga buatan sendiri yang dicampur dengan minyak pati yang bertujuan untuk menghalau nyamuk.
Semburan ini lebih berkesan ketika digunakan pada waktu senja kerana semasa itulah nyamuk keluar.
Cara lain untuk elak gigitan nyamuk
– Anda boleh memasang kelambu atau jaring semasa tidur bagi mengelak bayi terkena gigitan nyamuk hingga mengalami alergi pada kulit.
– Pastikan kawasan persekitaran bersih dari sampah sarap. Tiada air yang bertakung dalam tempayan atau kawasan lain yang berdekatan dengan rumah anda.
– Memakaikan bayi dengan pakaian berwarna terang juga dapat membantu kerana nyamuk lebih tertarik dengan pakaian gelap.
– Pastikan bayi berpakaian lengkap di bahagian atas lengan panjang dan baju tidur untuk mengurangkan kulit yang terdedah.
– Elakkan berada di luar rumah pada waktu petang kerana senja adalah waktu nyamuk paling aktif.
– Jangan was was untuk menggunakan tanaman penghalau serangga yang boleh ditempatkan di pintu atau tingkap anda.
Walaupun ada jenama yang diluluskan oleh pihak berwajib, namun tidak ada salahnya untuk kita sentiasa mengambil langkah berhati-hati. Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber : Penulis asal Pavin Chopra. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan.
Baca juga