Ubat Ulser Mulut Kanak-Kanak, Jangan Pakai Beli Je, Boleh Buat Anak Tak Bernafas!

Bila anak kena ulser, pasti rasa kesian kan? Asyik merengek saja. Tapi hati-hati ya jika gunakan ubat ulser pada anak ia boleh datangkan bahaya pada mereka!

Luka mulut atau ulser boleh terjadi pada sesiapa saja malah kanak-kanak. Salah satu cara untuk melegakannya adalah dengan menggunakan ubat ulser. 

Ulser ini boleh muncul dalam pelbagai cara. Menurut Hospital Kanak-kanak Seattle, ulser adalah jenis luka mulut yang paling biasa untuk kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Lepuh sejuk, penyakit HFMD dan kecederaan mulut boleh menyebabkan luka mulut.

Apabila ada ulser dalam mulut, anak anda pasti merengek terutama ketika menyusu kerana mereka terasa pedih di dalam mulut dan sudah pasti rasa tidak selesa.

Ubat ulser untuk kanak-kanak

Ubat ulser

Kredit: medicalnewstoday

Luka mulut atau ulser boleh muncul dalam pelbagai cara. Ia termasuklah Ulser aphthous ialah ulser bulat yang terbentuk di dalam tisu lembut mulut anda.

Ia boleh berwarna merah, putih atau kelabu. Ia boleh menyebabkan rasa sakit dan mengganggu anak anda semasa makan dan tidur, tetapi ia tidak berjangkit dan biasanya berlanjutan selama 7-14 hari. 

Selain itu, adalah ulser sejuk atau lepuh sejuk. Lepuh sejuk boleh berjangkit dan muncul sebagai lepuh berisi cecair. Pada kemunculannya, anak anda mungkin mengalami demam dan kelihatan letih, selain berasa sakit.

Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) biasanya muncul sebagai lepuh berwarna merah di bahagian dalam mulut dan pada tapak tangan dan tapak kaki. Ia juga melibatkan simptom demam dan kekurangan tenaga.

Kenapa terjadinya ulser mulut?

Ubat ulser

Kredit: medicalnewstoday

Golongan kanak-kanak sama cenderung untuk mendapat luka mulut seperti golongan dewasa. Jenis luka yang paling biasa, iaitu ulser apthous yang boleh disebabkan oleh tekanan, tidak cukup rehat dan penyakit imun, walaupun pakar masih tidak pasti mengapa ia berlaku.

Lepuh sejuk boleh ditemui di bahagian dalam dan luar mulut. Ia biasanya muncul di sekitar bibir anak anda dan kulit di sekeliling mulut mereka. Pada kemunculan pertama, ia juga boleh didapati di dalam mulut.

Lepuh sejuk ialah sejenis virus herpes simpleks jenis 1 iaitu virus yang berjangkit melalui sentuhan. Kanak-kanak yang mengalami lepuh sejuk biasanya dijangkiti oleh seorang dewasa.

Jadi, walaupun sukar untuk menahan diri daripada memeluk anak anda, berjaga-jaga sekiranya anda mungkin membawa virus tersebut. Ia lebih baik untuk mengelakkan diri daripada mencium anak anda semasa mengalami luka mulut ini. Begitu juga, bincang bersama doktor anda mengenai penyusuan anak jika anda mengesyaki jangkitan virus ini.

Selain itu ia juga boleh terjadi disebabkan HFMD. HFMD juga merebak melalui virus yang dikenali sebagai coxsackievirus. Coxsackievirus biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak.

Ia berebak melalui bendalir badan, sentuhan atau bahan najis, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika. HFMD ialah penyakit kecil yang biasanya reda dalam masa seminggu.

Oleh kerana lepuh sejuk dan HFMD amat berjangkit, pastikan anda mengelak daripada bersentuhan dengan sesiapa yang mempunyai lepuh yang aktif.

Kecederaan pada mulut adalah kejadian biasa akibat aktiviti kanak-kanak. Memberus gigi terlalu kuat juga salah satu daripada puncanya. Kecederaan juga boleh berlaku akibat makanan panas yang melecur.

Dapatkan nasihat doktor sebelum pilih ubat ulser anak

Ubat ulser

Kredit: siraplimau

Di pasaran terdapat banyak jenis ubat ulser mulut, tetapi pasti anda dapatkan nasihat doktor dulu sebelum menggunakan gel mulut pada anak anda.

Ini kerana penggunaannya dikhuatiri mendatangkan bahaya pada anak anda. Ubat ulser mulut biasanya digunakan untuk mengurangkan dan mengebaskan kesakitan ulser mulut.

Produk ini mengandungi salicylate salts iaitu sejenis bahan kimia mempunyai kesan yang sama dengan Aspirin. Dalam erti kata yang lebih mudah, ia dicipta sebagai ubat tahan sakit dan kesannya sangat efektif.

Namun, ada satu kes diluar negara yang dilaporkan seorang bayi hampir maut kerana dia ‘overdose’ salicylate selepas disapukan ubat ulser berulang kali oleh ibu bapanya. 

Mereka ingin merawat ulser mulut kanak-kanak berkenaan namun bayi itu berhenti bernafas dan terpaksa dikejarkan ke hospital. 

Ubat ini perlu digunakan secara terkawal dan ada risiko yang memungkinkan golongan kanak-kanak menghidapi Sindrom Reye sekiranya produk ini tidak digunakan secara terkawal dan berwaspada. Ia boleh digunakan tapi jangan berulang-ulang dalam tempoh yang singkat. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: colgate.com

Baca juga: Cara Hilangkan ULSER Dalam Mulut Bayi, Kanak-Kanak, Dewasa Dengan BERKESAN!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!