Toothpaste Pregnancy Test atau Ujian Kehamilan Ubat Gigi, Betul Ke Ni!?

lead image

Toothpaste pregnancy test atau ujian kehamilan guna ubat gigi ini adalah kaedah alternatif yang pelik, untuk mengetahui jika anda hamil ataupun tidak!

Kit ujian kehamilan atau Pregnancy test kit boleh didapati di kebanyakan farmasi utama, tetapi kini ada kaedah alternatif untuk memeriksa jika anda hamil, tanpa meninggalkan bilik mandi anda – ujian kehamilan guna ubat gigi!

Kaedah pelik ini yang semakin popular di UK adalah kaedah yang murah, DIY dan senang untuk dilakukan di rumah. 

shocked woman how to shock your readers in a good way 820x380 Toothpaste Pregnancy Test atau Ujian Kehamilan Ubat Gigi, Betul Ke Ni!?

Sumber:

Cara untuk melakukan ujian kehamilan guna ubat gigi

Untuk mencuba ujian kehamilan guna ubat gigi ini, anda hanya perlu campurkan sejumlah kecil air kencing sendiri dengan sedikit ubat gigi, di dalam sebuah bekas.
 
Mereka yang telah mencuba ujian ini mendakwa bahawa jika seseorang itu hamil, ubat gigi itu akan berubah warna dan kadang-kadang berbuih. Jika wanita itu tidak hamil, keadaan ubat gigi itu akan kekal sama dan tidak berubah.
 
Memandangkan jumlah orang yang menggunakan kata carian “toothpaste pregnancy test” di Google adalah tinggi, ini menunjukkan ramai wanita berminat untuk mencuba kaedah tersebut.
 
Anda juga boleh melihat pelbagai video tutorial di YouTube yang menunjukkan bagaimana untuk melakukan ujian kehamilan guna ubat gigi ini.
 
Sesungguhnya, kaedah ujian kehamilan ini tidak patut diambil serius dan ianya bukan cara yang tepat untuk mengesan kehamilan.
 
Best Homemade Pregnancy Tests Toothpaste Pregnancy Test atau Ujian Kehamilan Ubat Gigi, Betul Ke Ni!?

Sumber: topshealthy.com

Pendapat Seorang Ahli Farmasi

Apabila ditanya, Stuart Gale, pemilik dan ketua ahli farmasi di Oxford Online Farmasi telah berkata ujian itu tidak akan mengesan kehamilan dengan tepat.

“Ini adalah cara yang menyeronokkan untuk sesiapa sahaja yang fikir mereka mungkin hamil,” katanya kepada HuffPost UK. 

“Buih-buih dalam keputusan “toothpaste pregnancy test“, adalah hasil tindak balas asid dalam air kencing dengan kalsium karbonat dalam ubat gigi. Hasilnya adalah pengeluarkan karbon dioksida.

“Semakin berasid air kencing wanita itu, maka semakin banyak buih-buih dan fizz akan dihasilkan. Sama ada wanita itu hamil ataupun tidak, ini tidak akan membuat apa-apa perbezaan.”

Gale telah berkata keputusan ujian kehamilan biasanya mempunyai ketepatan sebanyak 99% jika ia digunakan dengan betul.

Walaupun kaedah ini menunjukkan keputusan yang positif, dia masih mengesyorkan bakal ibu untuk mendapat pengesahan rasmi dengan menggunakan ujian kehamilan yang betul.

Adakah diantara anda yang sanggup untuk mencuba ujian kehamilan guna ubat gigi ini? Beritahu kami dalam komen di bawah!

Sumber: Huffington Post