Ultrasound Melalui Faraj Semasa Mengandung: Mengapa Ia Penting

Ultrasound Melalui Faraj Semasa Mengandung: Mengapa Ia Penting

Ultrasound transvaginal adalah ujian yang menggunakan gelombang bunyi frekuensi tinggi (ultrasound) untuk mengeluarkan gambar organ dalaman anda.

Kadang-kala semasa kehamilan anda, doktor anda akan mencadangkan supaya anda melakukan pemeriksaan ultrasound vaginal, ataupun ultrasound melalui faraj.

Ultrasound melalui faraj adalah ujian yang menggunakan gelombang bunyi frekuensi tinggi (ultrasound) untuk mengeluarkan gambar organ dalaman anda.

Apakah itu Ultrasound Melalui Faraj?

Perkataan “transvaginal” bermaksud "melalui faraj."

Biasanya, doktor akan menggunakan cara ultrasound pelvis dengan menggunakan scanner di bahagian pelvis.

Manakala prosedur transvaginal dilakukan dengan cara memasukkan scanner ultrabunyi beberapa inci ke dalam faraj.

Kedua-dua jenis ultrasound ini membolehkan anda untuk melihat imej pada monitor pada mesin ultrasound di mana scanner itu disambungkan.

Ultrasound transvaginal memberikan gambar imbas yang lebih baik untuk organ-organ pembiakan wanita.

Organ ini termasuklah rahim, ovari, tiub fallopio, dan serviks.

Mengapa Anda Perlukan Ultrasound Melalui Faraj?

Apabila dilakukan semasa kehamilan, jenis ultrasound ini biasanya digunakan untuk menentukan yang berikut:

  • Membantu memberikan tarikh bersalin yang lebih tepat bagi sesetengah wanita
  • Memeriksa kehamilan ektopik (kehamilan luar rahim)
  • Menentukan punca sakit pelvis atau pendarahan
  • Memeriksa sista, terutamanya dalam ovari
  • Mencari denyutan jantung awal janin
  • Memeriksa plasenta untuk keabnormalan
  • Menilai lapisan rahim
  • Menilai rahim atau ovari
  • Memeriksa serviks bagi apa-apa perubahan yang boleh membawa kepada keguguran atau pra-matang
  • Kemungkinan keguguran

Imej-imej dari ultrasound melalui faraj adalah sebagus seperti jenis ultrasound yang lain.

Malah pemeriksaan ini mungkin menyediakan gambar awal yang lebih baik kerana ultrasound ini tidak perlu melalui abdomen dan scanner mesin adalah lebih dekat dengan rahim.

Ini memberikan anda gambar-gambar awal yang terbaik. Pemeriksaan ini paling kerap dicadangkan sebelum minggu kelapan kehamilan.

Ultrasound Melalui Faraj Semasa Mengandung: Mengapa Ia Penting

Apa Yang Anda Perlu Jangkakan Semasa Prosedur?

Untuk menjalani pemeriksaan ini, anda boleh melawat pusat diagnostik di mana juruteknik melakukan ultrasound, atau doktor anda boleh melakukan ujian di klinik.

Anda akan diberikan gaun hospital untuk dipakai, kerana pakaian dari pinggang ke bawah perlu dibuka.

Seterusnya anda akan berbaring di atas meja pemeriksaan dan meletakkan kedua-dua kaki ke tempat meletakkan kaki.

Doktor pula akan menyarung scanner ultrasound dengan kondom dan gel pelincir sebelum memasukkan ia ke dalam faraj anda.

Cara ultrasound ini tidak menyakitkan, tetapi sesetengah wanita mungkin merasa sedikit tekanan dari scanner itu. Seluruh ujian memakan masa antara 10 hingga 30 minit.

Bagaimana Untuk Bersedia?

Doktor anda boleh memberikan anda beberapa siri arahan sebelum pemeriksaan anda bermula.

Sebagai contoh, doktor anda mungkin perlukan pundi kencing anda penuh atau dikosongkan (pundi kencing yang penuh membantu mengangkat usus dan organ-organ pelvik anda supaya boleh dilihat dengan lebih baik).

Pundi kencing yang penuh akan memerlukan anda minum sejumlah besar air, kira-kira 30 minit sebelum temu janji anda.

Jika anda telah mula mengeluarkan cecair faraj yang banyak dan memakai tampon atau pad, anda juga mungkin perlu membukanya sebelum ultrasound bermula.

ultrasound melalui faraj

Keputusan Anda?

Anda boleh mendapat keputusan anda sebaik sahaja selepas pemeriksaan.

Jika ia adalah seorang juruteknik yang melakukan ultrasound, imej mesti dianalisis oleh pakar radiologi sebelum keputusan dihantar kepada doktor anda untuk semakan.

Keputusan biasanya mengambil masa 24 jam, tetapi jika gambar yang jelas tidak diperolehi, anda mungkin perlu mengulangi prosedur tersebut.

Doktor anda akan berbincang dengan anda tentang keputusan dan rawatan seterusnya jika sebarang masalah dapat dilihat di dalam imej ultrasound.

Rencana diterjemahkan daripada Very Well

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner