Kecewa Tengok UPT Samar Setelah Beberapa Jam, Adakah Saya Hamil Atau Perlu Repeat Test?

Kecewa Tengok UPT Samar Setelah Beberapa Jam, Adakah Saya Hamil Atau Perlu Repeat Test?

Ujian kehamilan menunjukkan double line tapi samar, adakah anda hamil?

Wanita memang akan teruja bila dapat tahu diri sedang berbadan dua. Ditambah pula, penantian itu sudah ditunggu sekian lama. Namun apa yang anehnya apabila UPT samar setelah beberapa jam meskipun ia kelihatan seperti dua garis merah atau double line yang menunjukkan keputusan positif.

Persoalan UPT samar setelah beberapa jam ini diajukan oleh ramai pengguna dalam aplikasi theAsianparent yang bertanyakan soalan tersebut selepas melakukan ujian kehamilan. Tapi mereka keliru dengan keputusan yang diperolehi sama ada ia menunjukkan positif atau negatif.

Soalan yang diajukan menerusi aplikasi theAsianparent itu mendapat 84 maklum balas daripada pengguna yang lain.

UPT samar setelah beberapa jam, adakah anda hamil?

upt samar setelah beberapa jam

Menurut salah seorang pengguna aplikasi theAsianparent, Siti Safiah, dia juga begitu dahulu apabila sengaja membuat ujian tersebut untuk memberi kejutan sempena sambutan hari lahir suaminya. Namun keputusannya samar. 

Tapi, selepas 10 hari, dia mengambil semula ujian tersebut dan benar dia sedang mengandung. Bagi pendapatnya, UPT kabur itu adalah kerana terlalu awal.

Begitu juga dengan Ragina Roslan yang mengatakan dia juga pernah mengalami keadaan yang sama tapi selepas scan di klinik, ternyata benar dia sedang hamil anak kembar. Memang seronok katanya.

Dalam pada itu, seorang wanita yang menggunakan gelaran Happy Preggy Mom memberi nasihat supaya Najihah tidak membuat kerja berat dan tidak lupa mengambil asid folic semasa mengandung.

Walau bagaimanapun, dia meminta supaya Najihah melakukan semula ujian tersebut buat kali kedua supaya dapat melihat double line  yang lebih jelas.

Rata-rata pengguna aplikasi theAsianparent yang lain turut gembira dan mengucapkan tahniah kepadanya di atas kehamilan itu.

Bila waktu sesuai untuk menjalani ujian UPT?

  • Dua minggu selepas kelewatan haid.
  • Awal pagi sebelum sarapan kerana masa itu kepekatan HCG tinggi dalam urin.
  • Ambil midstream urin (kencing sedikit dahulu dan kemudian tahan. Selepas itu tadah lebihan kencing dalam container yang disediakan) 

Apakah yang dimaksudkan dengan C & T

upt kabur setelah beberapa jam

C bermaksud Control : Ujian dilakukan dengan betul atau tidak
T bermaksud Test : Keputusan ujian yang boleh diketahui

Dua sebab ujian kehamilan kabur

UPT samar setelah beberapa jam adalah disebabkan dua punca iaitu terlalu awal melakukan ujian dan keduanya kepekatan HCG yang rendah.

Walau bagaimanapun, sekiranya keputusan menunjukkan  double line maka ia tetap dikira positif dan bermaksud anda sedang hamil. Namun, anda boleh repeat UPT selepas beberapa hari.

Jika masih ragu-ragu dengan keputusan yang ditunjukkan oleh UPT maka anda boleh juga melakukan ujian darah atau ultrasound bagi melihat kehadiran janin dalam kandungan.

UPT Boleh menggelirukan

Pada 2001, Journal JAMA ada menerbitkan artikel yang mengatakan bahawa kebarangkalian bagi mengesan hormon hCG dengan menggunakan UPT selepas seminggu tidak datang haid adalah 97%.

Namun begitu, menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, beliau menasihatkan para wanita melakukan ujian UPT seawal dua minggu selepas  missed period.

Hal ini kerana, meskipun hormon hCG dikeluarkan sebagai selepas berlakunya implantation, namun kepekatan hormon itu pada waktu tersebut mungkin belum dapat dikesan dengan alat UPT.

Selepas hari ke hari, kepekatan hormon hCG itu akan bertambah dalam air kencing wanita hamil. Jadi cara terbaik ujian ini harus dilakukan pada hari ke 14.

Jadi sebaiknya ketika membeli UPT tanyakan dahulu kepada ahli farmasi atau doktor berkenaan mengenai alat UPT yang diberikan itu. Jika tidak wanita yang mungkin tidak hamil pada mulanya akan berubah menjadi positif selepas beberapa hari kemudiannya.

Cara membaca keputusan UPT

upt negatif tapi tidak haid, ujian kehamilan, upt, ujian kehamilan tunjuk negatif, ujian hamil, cara kesan kehamilan, cara mengesan kehamilan, cara nak tahu hamil, tips kehamilan, sebab upt negatif, simptom mengandung, punca upt negatif, punca upt keputusan negatif

- Jika terdapat dua garis pada C dan T maka keputusannya adalah positif. Tapi, jika hanya satu garisan maksudnya ia negatif.

- Namun jika keputusan samar-samar itu bermaksud ujian tersebut dilakukan terlalu awal. Maka kepekatan hCG juga masih rendah lalu menyebabkan UPT tidak dapat mengesan dengan baik hingga jalur di T menjadi kabur.

- Meskipun di bahagian T kabur, namun ia tetap dikira positif.

Semoga bermanfaat. 

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Mana-mana pandangan dan pendapat di dalam artikel ini adalah peribadi dan tertakluk hanya pada pengarang, ia tidak mewakili theAsianparent atau klien.
Artikel(Cerita)
app info
get app banner