X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Uri Di Bawah Atau Plasenta Previa, Komplikasi Serius Boleh Menyebabkan Kematian

6 min bacaan
Uri Di Bawah Atau Plasenta Previa, Komplikasi Serius Boleh Menyebabkan KematianUri Di Bawah Atau Plasenta Previa, Komplikasi Serius Boleh Menyebabkan Kematian

Kira-kira 1 daripada 200 wanita ada uri di bawah atau plasenta previa semasa mengandung. Ketahui apakah risiko, tanda-tanda serta komplikasi keadaan ini untuk memastikan anda dan anak selamat.

Plasenta previa, atau uri di bawah ialah kedudukan uri yang berada di pertengahan bawah rahim. Ini menyebabkan pembukaan serviks (bahagian rendah rahim yang menuju ke faraj) tersekat atau separa tersekat.

Plasenta adalah organ yang berfungsi sebagai sistem sokongan hidup pada janin yang sedang berkembang dengan membawa oksigen dan makanan dari ibu kepada bayi. Ia juga menyingkirkan sisa-sisa dari darah bayi.

Plasenta adalah tempat asal di mana tali pusat bayi mula berkembang dan melekat pada dinding rahim. Sekiranya ibu hamil mengalami uri rendah, ini boleh menghalang pembukaan serviks semasa bersalin dan ibu itu perlu melahirkan anak melalui pembedahan.

Terdapat 3 jenis plasenta previa:

plasenta previa

 

  • Previa penuh di mana pembukaan serviks tertutup sepenuhnya.
  • Previa separa di mana plasenta merangkumi sebahagian daripada serviks.
  • Previa marginal di mana plasenta meliputi ke pinggir serviks.

Walaupun situasi ini boleh didiagnosis seawal 12 minggu kehamilan, anda tidak perlu risau kerana keadaan ini biasanya hanya didiagnosis selepas 20 minggu.

Namun, hampir 90% daripada kes, plasenta ibu hamil akan berubah ke kedudukan normal sebelum kelahiran. Apabila rahim semakin membesar, plasenta akan naik lebih tinggi dalam rahim dan jauh dari serviks.

Sekiranya ini tidak berlaku, risiko pendarahan ibu boleh berlaku.

Dalam kes teruk yang jarang berlaku, histerektomi (pembedahan untuk membuang rahim) mungkin diperlukan untuk mengawal pendarahan.

Tonton video ini untuk pemahaman yang lebih visual mengenai plasenta previa.

 

Tanda dan gejala uri di bawah atau plasenta previa

Pendarahan

  • Ini  salah satu tanda yang tidak patut diabaikan. Apabila masuk trimester kedua, ibu hamil perlu memastikan tiada pendarahan faraj kerana ini tanda plasenta previa.

  • Darah yang keluar biasanya merah terang dan tidak menyakitkan. Pendarahan itu mungkin sedikit atau lebih banyak dan mungkin berlaku apabila anda batuk, selepas melakukan kerja berat, ataupun selepas hubungan seks.

  • Walaupun mengikut kebiasaan, pendarahan akan berhenti sendiri, ia mungkin akan kembali selepas beberapa hari atau beberapa minggu.

Kekejangan 

Kita jarang dengar ibu hamil dalam kesakitan, tapi sesetengah wanita mungkin akan mengalami kekejangan perut.

Punca dan faktor risiko

plasenta previa

Kita tidak tahu apakah punca plasenta previa, tapi faktor-faktor berikut mungkin boleh menyumbang:

  • Faktor Uterus. Parut pada lapisan uterus. Ini biasanya disebabkan oleh pembedahan  rahim sebelum ini contohnya pembedahan untuk menghilangkan fibroid (ketumbuhan bukan barah yang berkembang pada dinding rahim).
  • Faktor Plasenta. Kedudukan plasenta ada hubungan secara langsung dengan tempat pertumbuhan embrio dalam rahim. Oleh itu, embrio yang tumbuh pada kedudukan rendah akan menyebabkan plasenta rendah juga. Faktor plasenta lain termasuklah plasenta yang lain daripada biasa, contohnya kes kehamilan kembar.

Dalam bukunya The Mother of All Pregnancy Books, Ann Douglas menyatakan kekerapan plasenta previa berlaku adalah sebanyak "2.8 dari setiap 1000 kehamilan tunggal" dan "3.9 dari setiap 1000 kehamilan kembar".

Wanita paling mudah terdedah kepada plasenta previa jika mereka:

  • Ada sejarah keguguran, pengguguran atau pelbagai dilatasi dan kuretaj (prosedur pembersihan rahim)
  • Jalani pembedahan caeser (risiko ini akan meningkat dengan setiap pembedahan)
  • Ada parut endometrium (membran mukus yang menyaluti rongga rahim) dari plasenta previa sebelum ini
  • Telah ada beberapa anak
  • Lebih dari 35 tahun
  • Kehamilan terlalu dekat
  • Merokok
  • Mengambil dadah kokain

Komplikasi plasenta previa atau uri di bawah

Komplikasi yang mungkin timbul daripada plasenta previa lengkap tidak boleh dipandang ringan.

Pakar Singapura Dr Iswaran Subrahmanyam, Sai Association Clinic Pte Ltd, berkata plasenta previa adalah "komplikasi yang sangat serius dan boleh menyebabkan kematian".

Bidan terkemuka Amerika Ina May Gaskin juga memberi amaran plasenta previa lengkap adalah "salah satu komplikasi yang paling berbahaya yang boleh berlaku semasa kehamilan."

Komplikasi-komplikasi ini termasuklah:

  • Kelahiran pramatang. Jika berlakunya pendarahan yang teruk atau yang tidak dapat dikawal sebelum tempoh tamat kehamilan, bayi perlu dikeluarkan dengan segera melalui pembedahan.
  • Kelahiran pramatang boleh menyebabkan bayi dengan berat lahir rendah dan masalah pernafasan.
  • Histerektomi. Plasenta previa juga boleh menyebabkan pendarahan yang mengancam nyawa semasa dan selepas kelahiran sehingga memerlukan transfusi darah.
  • Dalam 10% kes plasenta previa yang lengkap, histerektomi akan diperlukan untuk mengawal pendarahan.

 

Bila anda perlu jumpa doktor?

Hubungi doktor jika terdapat tanda-tanda pendarahan walaupun ia sedikit atau tidak berbahaya. 

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Ibu hamil perlu sentiasa memantau perubahan dalam tubuh badan dan jangan menundakan rawatan jika berlakunya kes pendarahan. 

Ujian pemeriksaan untuk uri di bawah

Uri Di Bawah Atau Plasenta Previa, Komplikasi Serius Boleh Menyebabkan Kematian

Sama ada ibu hamil mengalami pendarahan ataupun tidak, pakar wanita akan melakukan imbasan ultrasound semasa pemeriksaan minggu ke-16 atau ke-20 anda.

Ini dilakukan untuk tentukan kedudukan plasenta. Untuk memastikan didiagnosis yang tepat, anda mungkin akan diberi imbasan perut dan transvaginal.

Semasa imbasan, langkah berjaga-jaga akan diambil untuk memastikan peranti seperti batang kecil dimasukkan ke dalam faraj anda tidak mengganggu plasenta.

Doktor akan mengelak dari melakukan pemeriksaan faraj jika anda disyaki mempunyai plasenta previa. Ini untuk mengurangkan kemungkinan pendarahan teruk.

Ultrasound tambahan akan dilakukan untuk memeriksa kedudukan plasenta anda. Denyutan jantung bayi anda juga perlu dipantau dengan teliti.

Rawatan dan ubat untuk plasenta previa

Plasenta previa bukan sejenis penyakit atau jangkitan yang boleh disembuhkan dengan ubat. Anda mungkin diberi ubat untuk mencegah berlakunya kelahiran pramatang supaya kehamilan anda boleh dilanjutkan sehingga minggu ke-36.

Sekiranya anda perlu melahirkan anak lebih awal, anda mungkin diminta untuk mengambil suntikan steroid untuk menguatkan paru-paru bayi anda.

Anda juga perlu mengikut langkah-langkah pencegahan di bawah dengan teliti:

  • Elakkan senaman atau aktiviti berat
  • Elakkan hubungan seksual
  • Elakkan pemeriksaan pelvis
  • Elak dari mengangkat objek yang berat
  • Rehat atas katil
  • Rehat katil hospital (untuk pendarahan berat)
  • Transfusi darah (jika kehilangan darah yang banyak)
  • Jangan mencuci atau membersihkan faraj dengan semburan air atau campuran lain (douching)

Sekiranya pendarahan berterusan atau bayi anda mula menunjukkan tanda-tanda komplikasi, pembedahan kecemasan Caeser penting untuk memastikan keselamatan anda dan anak anda.

Jika anda masih mengalami pendarahan berterusan selepas bayi dilahirkan dan nyawa anda terancam, doktor akan melakukan histerektomi.

plasenta previa

Gaya hidup, pencegahan dan remedi yang boleh dilakukan di rumah

Ibu dengan uri di bawah perlu rehat yang banyak. Jangan lakukan tugas yang berat dan jangan mendukung anak yang lebih tua.

Merokok dan penggunaan kokain boleh meningkatkan berlakunya plasenta previa.

Selain itu, fikirkan faktor-faktor lain seperti umur dan berapa orang anak yang anda sudah miliki. Pernahkah anda menjalani sebarang pembedahan  pada rahim?

Bincang dulu dengan pakar wanita anda dulu sebelum cuba hamil.

Walaupun plasenta previa tidak patut diambil ringan, jangan terlampau bimbang. Paling penting ialah untuk menjaga diri, mengambil langkah berjaga-jaga yang diperlukan, melakukan pemeriksaan kerap dan sentiasa bersikap positif!

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Jangan Pandai-Pandai Buat Urutan Naikkan Uri! Bayi Boleh Maut Jika Berlaku Pendarahan

Baca juga: Retensio Plasenta, waspada komplikasi akibat uri tertinggal dalam rahim

Baca juga: Keluar Darah Coklat Ketika Mengandung Trimester Ketiga, Adakah Ia Berbahaya?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Uri Di Bawah Atau Plasenta Previa, Komplikasi Serius Boleh Menyebabkan Kematian
Kongsikan:
  • Jangan Pandai-Pandai Buat Urutan Naikkan Uri! Bayi Boleh Maut Jika Berlaku Pendarahan

    Jangan Pandai-Pandai Buat Urutan Naikkan Uri! Bayi Boleh Maut Jika Berlaku Pendarahan

  • Uri Bayi Harus Diuruskan Sebaiknya, Ini Caranya Menurut Islam

    Uri Bayi Harus Diuruskan Sebaiknya, Ini Caranya Menurut Islam

  • "Pangku Bayi Di Riba Adalah Kesalahan Terbesar Aku..." Bayi Alami Pendarahan Otak Akibat Tak Diletakkan Di Car Seat

    "Pangku Bayi Di Riba Adalah Kesalahan Terbesar Aku..." Bayi Alami Pendarahan Otak Akibat Tak Diletakkan Di Car Seat

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

app info
get app banner
  • Jangan Pandai-Pandai Buat Urutan Naikkan Uri! Bayi Boleh Maut Jika Berlaku Pendarahan

    Jangan Pandai-Pandai Buat Urutan Naikkan Uri! Bayi Boleh Maut Jika Berlaku Pendarahan

  • Uri Bayi Harus Diuruskan Sebaiknya, Ini Caranya Menurut Islam

    Uri Bayi Harus Diuruskan Sebaiknya, Ini Caranya Menurut Islam

  • "Pangku Bayi Di Riba Adalah Kesalahan Terbesar Aku..." Bayi Alami Pendarahan Otak Akibat Tak Diletakkan Di Car Seat

    "Pangku Bayi Di Riba Adalah Kesalahan Terbesar Aku..." Bayi Alami Pendarahan Otak Akibat Tak Diletakkan Di Car Seat

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.