X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Plasenta Previa Atau Uri Di Bawah, Komplikasi Kehamilan Serius Yang Boleh Bahayakan Ibu & Bayi

9 min bacaan
Plasenta Previa Atau Uri Di Bawah, Komplikasi Kehamilan Serius Yang Boleh Bahayakan Ibu & Bayi

Plasenta previa dapat dikesan ketika ibu berada trimester ketiga kehamilan. Jika kedudukan uri tidak berubah, ia boleh bahayakan ibu dan bayi

Plasenta previa ialah kedudukan uri bayi yang berada di pertengahan bawah rahim. Ini menyebabkan pembukaan serviks (bahagian rendah rahim yang menuju ke faraj) tersekat atau separa tersekat.

Untuk pengetahuan anda, fungsi plasenta adalah sebagai sistem sokongan hidup pada janin yang sedang membesar dengan membawa oksigen dan makanan dari ibu kepada bayi. Ia juga menyingkirkan sisa-sisa dari darah bayi.

Isi Kandungan

  • Jenis masalah plasenta previa 
  • Tanda tanda plasenta dibawah
  • Penyebab plasenta previa 
  • Golongan yang berisiko
  • Komplikasi plasenta previa 
  • Ujian pemeriksaan untuk uri di bawah
  • Larangan ibu hamil plasenta previa
  • Posisi tidur ibu hamil dengan plasenta previa
  • Doa menaikkan uri yang boleh ibu amalkan

Jenis masalah plasenta previa 

Selain itu, fungsi plasenta adalah tempat asal di mana tali pusat bayi mula berkembang dan melekat pada dinding rahim.

Sekiranya ibu hamil mengalami uri rendah, keadaan ini boleh menghalang pembukaan serviks semasa bersalin dan ibu mungkin terpaksa melahirkan anak melalui pembedahan.

Antara placenta previa type yang kerap berlaku pada ibu mengandung:

plasenta previa

  • Placenta previa type penuh di mana pembukaan serviks tertutup sepenuhnya.
  • Previa separa di mana plasenta merangkumi sebahagian daripada serviks.
  • Placenta previa type marginal di mana plasenta meliputi ke pinggir serviks.

Biasanya keadaan ini dikenalpasti pada trimester ketiga, melalui ujian ultrasound pada minggu ke-28. Namun anda tidak perlu risau kerana hampir 90% daripada kes uri bawah akan berubah ke kedudukan normal menjelang kelahiran.

Apabila rahim semakin membesar, plasenta akan naik lebih tinggi dalam rahim dan jauh dari serviks.

Walau bagaimanapun jika keadaan masih tidak berubah seiring pertambahan usia kehamilan, ibu berisiko mengalami pendarahan.

Dalam kes teruk yang jarang berlaku, histerektomi (pembedahan untuk membuang rahim) mungkin diperlukan untuk mengawal pendarahan.

Tonton video ini untuk pemahaman yang lebih visual mengenai plasenta previa.

Tanda tanda plasenta dibawah

#1. Pendarahan

  • Ini  salah satu tanda yang tidak patut diabaikan. Apabila masuk trimester kedua, ibu hamil perlu memastikan tiada pendarahan faraj kerana ini tanda plasenta previa.

  • Darah yang keluar biasanya merah terang dan tidak menyakitkan. Pendarahan itu mungkin sedikit atau lebih banyak dan mungkin berlaku apabila anda batuk atau selepas melakukan kerja berat.

  • Walaupun mengikut kebiasaan, pendarahan akan berhenti sendiri, ia mungkin akan kembali selepas beberapa hari atau beberapa minggu jika tidak dirawat.

  • Selain itu sekiranya anda melakukan hubungan intim bersama suami dan terjadinya pendarahan, ia mungkin tanda tanda plasenta dibawah.

#2. Kekejangan pada perut

Adalah sesuatu yang bahaya jika ibu mengalami kesakitan. Dalam sesetengah kes, anda mungkin akan mengalami kekejangan perut disebabkan oleh masalah uri bawah ini.

Bagaimana pula jika berlaku pendarahan awal kehamilan?

Pendarahan awal kehamilan atau early pregnancy bleeding yang berlaku mungkin  menandakan sesuatu yang tidak baik. Tetapi anda tidak perlu risau kerana tindakan mendapatkan rawatan segera boleh dilakukan.

Antara masalah yang selalu dikaitkan dengan pendarahan awal kehamilan adalah keguguran, kehamilan luar rahim dan kehamilan molar. Masalah ini boleh berlaku pada mana-mana peringkat kehamilan.

Namun jika berlaku ketika ibu berada trimester kedua dan ketiga, ia boleh membawa kepada komplikasi kehamilan.

Pendarahan yang berlaku pada mana-mana peringkat kehamilan perlu disiasat oleh pakar perubatan.

Penyebab plasenta previa 

uri bawah ketika mengandung

Kita tidak tahu apakah punca sebenar yang mendorong kepada masalah plasenta previa, tapi faktor-faktor berikut mungkin boleh menyumbang:

  • Faktor Uterus. Parut pada lapisan uterus. Ini biasanya disebabkan oleh pembedahan  rahim sebelum ini contohnya pembedahan untuk menghilangkan fibroid (ketumbuhan bukan barah yang berkembang pada dinding rahim).
  • Faktor Plasenta. Kedudukan plasenta ada hubungan secara langsung dengan tempat pertumbuhan embrio dalam rahim. Oleh itu, embrio yang tumbuh pada kedudukan rendah akan menyebabkan plasenta rendah juga. Faktor plasenta lain termasuklah plasenta yang lain daripada biasa, contohnya kes kehamilan kembar.

Dalam bukunya The Mother of All Pregnancy Books, Ann Douglas menyatakan kekerapan plasenta previa berlaku adalah sebanyak “2.8 dari setiap 1000 kehamilan tunggal” dan “3.9 dari setiap 1000 kehamilan kembar”.

Siapakah golongan yang berisiko tinggi mengalami masalah placenta previa?

Wanita paling mudah terdedah kepada plasenta previa jika mereka:

  • Ada sejarah keguguran, pengguguran atau pelbagai dilatasi dan kuretaj (prosedur pembersihan rahim)
  • Jalani pembedahan caeser (risiko ini akan meningkat dengan setiap pembedahan)
  • Ada parut endometrium (membran mukus yang menyaluti rongga rahim) dari plasenta previa sebelum ini
  • Telah ada beberapa anak
  • Berusia lebih dari 35 tahun
  • Kehamilan terlalu dekat
  • Merokok
  • Mengambil dadah kokain

Komplikasi plasenta previa 

Komplikasi yang mungkin timbul daripada masalah uri di bawah atau plasenta previa lengkap tidak boleh dipandang ringan.

Pakar Singapura Dr Iswaran Subrahmanyam, Sai Association Clinic Pte Ltd, berkata plasenta previa adalah “komplikasi yang sangat serius dan boleh menyebabkan kematian”.

Bidan terkemuka Amerika Ina May Gaskin juga memberi amaran plasenta previa lengkap adalah “salah satu komplikasi yang paling berbahaya yang boleh berlaku semasa kehamilan.”

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Komplikasi-komplikasi ini termasuklah:

  • Kelahiran pramatang. Jika berlakunya pendarahan yang teruk atau yang tidak dapat dikawal sebelum tempoh tamat kehamilan, bayi perlu dikeluarkan dengan segera melalui pembedahan.
  • Kelahiran pramatang boleh menyebabkan bayi dengan berat lahir rendah dan masalah pernafasan.
  • Histerektomi. Plasenta previa juga boleh menyebabkan pendarahan yang mengancam nyawa semasa dan selepas kelahiran sehingga memerlukan transfusi darah.
  • Dalam 10% kes plasenta previa yang lengkap, histerektomi akan diperlukan untuk mengawal pendarahan.

Bila anda perlu jumpa doktor?

Hubungi doktor jika terdapat tanda-tanda pendarahan walaupun ia sedikit atau tidak berbahaya. 

Ibu hamil perlu sentiasa memantau perubahan dalam tubuh badan dan jangan menundakan rawatan jika berlakunya kes pendarahan. 

Ujian pemeriksaan untuk uri di bawah

posisi tidur ibu hamil dengan plasenta previa

Sama ada ibu hamil mengalami pendarahan ataupun tidak, pakar wanita akan melakukan imbasan ultrasound semasa pemeriksaan minggu ke-16 atau ke-20 anda.

Ini dilakukan untuk melihat plasenta dan kedudukan bayi dalam kandungan. Untuk memastikan didiagnosis yang tepat, anda mungkin akan diberi imbasan perut dan transvaginal.

Semasa imbasan, langkah berjaga-jaga akan diambil untuk memastikan peranti seperti batang kecil dimasukkan ke dalam faraj anda tidak mengganggu plasenta.

Doktor akan mengelak dari melakukan pemeriksaan faraj jika anda disyaki mempunyai plasenta previa. Ini untuk mengurangkan kemungkinan pendarahan teruk.

Ultrasound tambahan akan dilakukan untuk memeriksa kedudukan bayi dalam kandungan dan plasenta. Denyutan jantung bayi anda juga perlu dipantau dengan teliti.

Kedudukan bayi dalam kandungan 7 bulan

Bayi anda akan terus ubah kedudukan mereka sehinggalah penghujung trimester ketiga iaitu pada usia kehamilan 36 minggu. Pada waktu ini, kedudukan bayi dalam kandungan 7 bulan adalah tetap untuk posisi bersalin nanti.

Jadi anda tidak perlu berasa risau sekiranya bayi kerap mengubah posisi kedudukan sebelum memasuki usia kehamilan 36 minggu.

Tatkala kandungan anda memasuki usia 32 dan 36 minggu, kedudukan bayi dalam kandungan akan mula berubah di mana bahagian kepalanya akan berada di bahagian bawah.

Kedudukan bayi dalam kandungan 7 bulan dapat dilihat melalui kepala bayi yang turun ke bawah untuk memastikan ia sesuai dengan pelvis bagi perjalanan ke saluran vagina.

Kedudukan bayi pada ketika ini terbahagi kepada dua iaitu:

  1. Kedudukan anterior. Jika bayi anda berada pada kedudukan anterior, proses bersalin nanti akan menjadi lebih mudah.
  2. kedudukan posterior akan mengambil masa yang lama dan berpotensi menyebabkan kelahiran menjadi sukar. Malah, kadang-kala ia turut memerlukan kaedah vakum, forcep atau cesarean.

Rawatan dan ubat untuk plasenta previa

Plasenta previa bukan sejenis penyakit atau jangkitan yang boleh disembuhkan dengan ubat. Anda mungkin diberi ubat untuk mencegah berlakunya kelahiran pramatang supaya kehamilan anda boleh dilanjutkan sehingga minggu ke-36.

Sekiranya anda perlu melahirkan anak lebih awal, ibu mungkin diminta untuk mengambil suntikan steroid untuk menguatkan paru-paru bayi.

Larangan ibu hamil plasenta previa

Ada beberapa larangan ibu hamil plasenta previa dalam menjaga keselamatan diri anda dan bayi dalam kandungan. Antaranya:

  • Elakkan senaman atau aktiviti berat
  • Elakkan hubungan seksual
  • Pantang larang uri dibawah: Elakkan pemeriksaan pelvis
  • Elak dari mengangkat objek yang berat
  • Rehat atas katil
  • Pantang larang uri dibawah: Rehat katil hospital (untuk pendarahan berat)
  • Transfusi darah (jika kehilangan darah yang banyak)
  • Larangan ibu hamil plasenta previa: Jangan mencuci atau membersihkan faraj dengan semburan air atau campuran lain (douching)

Sekiranya pendarahan berterusan atau bayi mula menunjukkan tanda-tanda komplikasi, pembedahan kecemasan Caeser penting untuk memastikan keselamatan anda dan si manja.

Jika anda masih mengalami pendarahan berterusan selepas bayi dilahirkan dan nyawa anda terancam, doktor akan melakukan histerektomi.

Gaya hidup, pencegahan dan remedi yang boleh dilakukan di rumah

Ibu dengan uri di bawah perlu rehat yang banyak. Jangan lakukan tugas yang berat dan jangan mendukung anak yang lebih tua.

Merokok dan penggunaan kokain boleh meningkatkan berlakunya plasenta previa.

Selain itu, fikirkan faktor-faktor lain seperti umur dan berapa orang anak yang anda sudah miliki. Pernahkah anda menjalani sebarang pembedahan  pada rahim?

Bincang dulu dengan pakar wanita anda dulu sebelum cuba hamil.

Walaupun plasenta previa tidak patut diambil ringan, jangan terlampau bimbang. Paling penting ialah untuk menjaga diri, mengambil langkah berjaga-jaga yang diperlukan, melakukan pemeriksaan kerap dan sentiasa bersikap positif.

Posisi tidur ibu hamil dengan plasenta previa

Bagi anda yang mengalami komplikasi kehamilan, pastinya pakar perubatan akan menasihati untuk ibu mengurangkan aktiviti seharian dan banyakkan berehat di bilik.

Justeru ada beberapa posisi tidur ibu hamil dengan plasenta previa yang selamat dan amat disarankan. Antaranya:

#1. Posisi tidur ibu mengandung secara mengiring

Posisi tidur ibu hamil dengan plasenta previa yang amat disyorkan adalah mengiring.

Tidak hanya ibu yang mengalami masalah uri di bawah sahaja disarankan tidur mengiring, malah kesemua ibu hamil juga kerana ia dikatakan membantu meningkatkan aliran darah anda dan bayi dalam kandungan.

Selain itu posisi tidur ini tidak memberi tekanan pada jantung ibu, malah ia lebih selesa tatkala perut kian membesar.

#2. Separuh duduk

Tidur dalam posisi yang sama sudah tentu membuatkan badan tidak selesa. Malah, tinjauan National Sleep Foundation mendapati bahawa 78 peratus ibu mengandung mengalami masalah dan gangguan tidur disebabkan oleh rasa tidak selesa, bahagian tubuh dan kaki lenguh serta sakit-sakit.

Posisi tidur ibu hamil dengan plasenta previa yang boleh dicuba seterusnya ialah separuh duduk. Ibu boleh meletakkan sesuatu seperti bantal susun di atas tilam, yang akan membuat bahagian atas badan terangkat sedikit semasa tidur.

Kedudukan separuh duduk ini akan menyukarkan asid perut naik ke dalam esofagus semasa tidur, seterusnya mengurangkan tekanan pada rahim yang mencetuskan pendarahan.

#3. Berbaring terlentang dengan sokongan bahagian pinggul

Posisi tidur untuk wanita hamil dengan plasenta previa yang seterusnya ialah baring terlentang dengan sokongan pada pinggul. Sandarkan bantal di sekeliling pinggul anda untuk lebih selesa.

Bantal akan mengurangkan tekanan pada rahim dan menyokong kawasan perut.

Jika ibu tidur terlentang tanpa sokongan, terutamanya pada trimester ketiga, ia boleh memberi tekanan pada saluran darah utama yang membawa darah ke rahim. Keadaan ini amat berbahaya kerana ia boleh mengurangkan bekalan oksigen kepada janin.

Doa menaikkan uri yang boleh ibu amalkan

Selain melakukan beberapa ikhtiar yang telah kongsikan di atas, ibu-ibu juga boleh amalkan doa menaikkan uri setiap hari sepanjang kehamilan.

doa menaikkan uri ketika mengandung

Semoga bermanfaat!

Healthline, Doctor on call,

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Jangan Pandai-Pandai Buat Urutan Naikkan Uri! Bayi Boleh Maut Jika Berlaku Pendarahan

Baca juga: Retensio Plasenta, waspada komplikasi akibat uri tertinggal dalam rahim

Baca juga: Keluar Darah Coklat Ketika Mengandung Trimester Ketiga, Adakah Ia Berbahaya?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Plasenta Previa Atau Uri Di Bawah, Komplikasi Kehamilan Serius Yang Boleh Bahayakan Ibu & Bayi
Kongsikan:
  • Jangan Pandai-Pandai Buat Urutan Naikkan Uri! Bayi Boleh Maut Jika Berlaku Pendarahan

    Jangan Pandai-Pandai Buat Urutan Naikkan Uri! Bayi Boleh Maut Jika Berlaku Pendarahan

  • Uri Bayi Harus Diuruskan Sebaiknya, Ini Caranya Menurut Islam

    Uri Bayi Harus Diuruskan Sebaiknya, Ini Caranya Menurut Islam

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Jangan Pandai-Pandai Buat Urutan Naikkan Uri! Bayi Boleh Maut Jika Berlaku Pendarahan

    Jangan Pandai-Pandai Buat Urutan Naikkan Uri! Bayi Boleh Maut Jika Berlaku Pendarahan

  • Uri Bayi Harus Diuruskan Sebaiknya, Ini Caranya Menurut Islam

    Uri Bayi Harus Diuruskan Sebaiknya, Ini Caranya Menurut Islam

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.