12 teknik urutan faraj bantu kurangkan koyakan semasa bersalin

lead image

Sebelum proses kelahiran bayi, ada baiknya jika ibu mengamalkan urutan perineum kerana ia dapat mengurangkan jahitan episiotomi pada vagina!

Sebelum bercerita dengan lebih lanjut tentang cara urut faraj ini, saya ingin bertanya ibu-ibu semua sudah masuk di minggu berapa hamil? Mesti teruja dan tak sabar melahirkan bayi comel. Betul tak? 

Ada tak yang sudah mencecah di 35 minggu hamil? Sebabnya, urut faraj ini boleh diamalkan sekitar minggu tersebut dengan tujuan untuk memudahkan bersalin dan mengurangkan risiko vagina terkoyak ketika meneran.

Lantas, tidak memerlukan episiotomi atau jahitan bersalin yang sedikit. Wah, seronoknya bila dengar tak perlu jahit atau tak ada sebarang koyakan!

Urutan faraj atau urutan perineum adalah urutan di kawasan antara kulit vagina dan dubur.

Manakala episiotomi pula adalah faraj yang digunting bagi memudahkan perjalanan bayi keluar. 

perineal massage1 12 teknik urutan faraj bantu kurangkan koyakan semasa bersalin

Sebelum memulakan urut faraj ini, ibu hendaklah memastikan kuku anda pendek, bersih dan tidak tajam. Walau bagaimanapun, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu berkaitan keadaaan anda dan bayi dalam kandungan. 

Jika doktor kata boleh atau memberi lampu hijau, maka dengan itu, anda boleh memulakan urut faraj ini selama lima ke 10 minit sebanyak dua hingga tiga kali sehari. 

Bagi mempermudahkan urutan, ibu boleh menggunakan minyak zaitun, minyak kelapa dara atau sebarang minyak lain yang tiada pewarna atau memudaratkan. 

12 teknik urut faraj untuk elak vagina terkoyak

perineum 12 teknik urutan faraj bantu kurangkan koyakan semasa bersalin

  1. Sapu jari dengan minyak dan letakkan ibu jari ke dalam vagina.
  2. Letakkan empat jari lagi ke dalam punggung.
  3. Mulakan dengan bahagian lapisan pertama vagina.
  4. Bayangkan vagina seperti jam dan bahagian perineum adalah pukul 6. 
  5. Mulakan gerakan ibu jari secara perlahan dan lembut dari pukul tiga hingga pukul sembilan. 
  6. Kemudian cuba berhenti dan bertahan pada setiap point. 
  7. Mulakan dengan tekanan sifar pada pukul 3,4,5 dan seterusnya. 
  8. Kemudian, lakukan sedikit regangan dengan menolak ke dalam tisu pada bahagian tersebut dengan kuat. 
  9. Selepas itu, cuba lakukan lebih dalam. Di sini akan tercapainya bahagian yang lebih dalam lantai pelvik. 
  10. Lakukan dengan berhati-hati. 
  11. Setelah selesai urut faraj. Lakukan senaman kemut. Ia seperti ingin menahan air kencing atau angin (kentut) dari keluar. Tahan selama 10 saat dan lepaskan selama 10 saat. Ulangi sebanyak 10 kali. 
  12. Urut faraj ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua kali sehari.
hello sehat 2 12 teknik urutan faraj bantu kurangkan koyakan semasa bersalin

Kredit: hello sehat

Dengan amalan urut faraj ini dapat membantu ibu mengurangkan risiko jahitan ketika bersalin kerana perineum telah dilatih meregang sebesar mungkin. 

Namun begitu, kita manusia hanya merancang tapi Allah jua yang menentukan. Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda. 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Ibu Zarith 

Baca juga

9 rahsia bagaimana melahirkan bayi kurang dari 2 minit seperti ibu ini!