Cara Buang Angin Dalam Badan Ibu Hamil, Suami Boleh Cuba 3 Teknik Urutan Ini

Tiga teknik mengurut ini harus dicuba kerana ia memberi keselesaan sepanjangan kehamilan. Jom minta husband buatkan!

Sewaktu hamil sembilan bulan, badan rasa tidak selesa adalah satu perkara biasa. Tapi sebenarnya, aktiviti urut semasa mengandung ini bagi menghilangkan ketidakselesaan isteri. Kami kongsikan beberapa cara buang angin dalam badan yang suami boleh lakukan untuk melegakan isteri. 

Antara manfaat urut semasa mengandung adalah ia dapat melancarkan peredaran darah dan mendorong keselesaan pada tubuh serta fikiran sehingga sampainya tempoh bersalin.

Selain itu, urut semasa mengandung juga dapat meringankan otot kerana tekanan pada perut yang semakin membesar dan kekurangan oksigen. Jadi, bantuan suami untuk urut semasa mengandung ini amatlah dialu-alukan dan pastinya isteri rasa dihargai.

Cara buang angin dalam badan ibu mengandung

Mengurut dapat mengurangkan stres dan lenguh-lenguh badan. Lebih-lebih lagi ketika sedang mengandung. Badan ibu hamil biasanya lebih mudah lesu dan cepat letih. Dengan urutan biasanya boleh melegakan dan mengeluarkan angin dalam badan ibu hamil. 

Oleh itu, mengurut ketika mengandung dibolehkan dan memberi kesan yang baik jika kena dengan caranya.

Berikut merupakan perkara yang perlu anda tahu mengenai urutan ibu mengandung:

#1.Urutan tidak terlalu kuat semasa mengandung 

Urutan ibu mengandung dengan urutan tradisional biasa tidak sama dan berbeza caranya. Tidak semua orang dapat melakukan urutan kepada ibu mengandung. Daripada posisi mengurut sehingga ke tahap tekanan perlu dilakukan secara berhati-hati. 

Kebiasaannya urut buang angin dalam badan ibu mengandung dilakukan dengan tidak memberi tekanan yang terlalu kuat serta bersifat ringan. Penting buat ibu tahu, elakkan mengurut di bahagian yang merangsang pengecutan rahim seperti di bahagian abdomen, pergelangan kaki serta tangan.

Berhenti sekiranya anda berasa sakit di bahagian abdomen seperti mahu melahirkan dan dapatkan nasihat daripada doktor dengan segera.

#2. Jangan mengurut dalam posisi meniarap 

Mengurut dapat membuang angin dalam badan. Cara urut belakang badan buang angin juga perlu betul. Elakkan mengurut dalam posisi meniarap. Posisi ini tidak sesuai kerana akan memberikan tekanan pada bahagian abdomen serta tidak memberikan keselesaan pada ibu.

Kajian mendapati bahawa posisi terbaik untuk ibu mengandung ialah mengiring kerana tekanan yang kurang dan memudahkan urutan dilakukan pada badan.

#3. Pastikan minyak yang sesuai semasa mengandung 

Selain urutan yang betul, pemilihan minyak yang selamat juga penting untuk mengurut. Minta pakar urut untuk gunakan minyak yang tidak berbau untuk urutan yang selamat.

#4. Elak mengurut ketika kandungan bawah 12 minggu

Mengurut pada trimester pertama tidak digalakkan kerana berisiko menyebabkan keguguran. Walaupun mengurut memberikan kebaikan tetapi tidak semua wanita boleh berurut.

Elakkan juga jika anda mengalami penyakit seperti darah tinggi dan preeklampsia, atau ibu mengandung yang pernah menghadapi kelahiran pramatang. Selain itu, ibu mengandung yang sering mengalami morning sickness juga dinasihatkan untuk tidak mengurut.

Urut semasa mengandung

Ada beberapa jenis urutan yang boleh dicuba semasa hamil. Antaranya termasuklah:

#1. Bahagian punggung hingga tulang belikat 

cara buang angin dalam badan

Bahagian punggung bawah menerima beban yang sangat tinggi selama hamil, jadi urutan di bahagian tersebut dapat mengurangkan rasa tak selesa itu.

  1. Letakkan kedua-dua jari di sisi tulang belakang.
  2. Mulakan urutan pada bahagian punggung mula dari bawah hingga ke atas dan dari atas hingga bawah di sepanjang tulang belikat.
  3. Kemudian buat urutan di atas tulang belakang menuju ke bahagian bawah tulang belikat.
  4. Ulangi urutan dan gerakan ini sebanyak tiga kali.

#2. Urut cara duduk

cara buang angin dalam badan

  1. Dudukkan ibu hamil menghadap ke arah kanan.
  2. Pastikan posisi tulang belakang berada tepat di bahagian tengah punggung.
  3. Letakkan kedua-dua ibu jari di bawah garis tulang punggung.
  4. Minta ibu hamil menarik nafas panjang dan hembus nafas sebanyak tiga ke empat kali. Saat menarik nafas, lepaskan tekanan dengan perlahan dan lembut.
  5. Pindahkan ibu jari ke arah yang lebih rendah dan ulangi langkah tersebut.
  6. Masih dalam posisi yang sama dan letakkan kedua-dua ibu jari di bahagian pinggang belakang dan beralih ke arah sisi tulang.
  7. Dengan menggunakan teknik yang sama pindahkan ibu jari ke bawah tulang belakang dan urut lembut bagi membantu otot lebih relaks.

#3. Urut cara mengiring

urut semasa mengandung

Ibu jari merupakan cara yang paling efektif untuk mengurut tubuh ibu hamil kerana tekanannya tidak terlalu kuat dan ia tidak menyakitkan kulit sensitif semasa mengandung.

  1. Letakkan kedua-dua ibu jari di sisi tulang belakang. Kemudian mulakan urut dari arah bawah punggung.
  2. Selepas itu, tekan ibu jari dengan gerakan melingkar ke atas di sepanjang sisi tulang belakang.
  3. Setelah itu, letakkan kedua telapak tangan pada bahu ibu hamil dan usap ke arah bawah hingga pinggang.
  4. Ulang gerakan tersebut sebanyak dua ke tiga kali. Sekaligus membuatkan anda rasa lebih relaks.

Lakukan urutan ini sebanyak tiga kali seminggu bagi menghilangkan rasa sakit dan sengal-sengal otot.

Selamatkah rawatan di spa semasa kehamilan?

Pasti anda terfikir mahu memanjakan diri semasa kehamilan. Sekiranya anda seorang yang gemar memanjakan diri tetapi sedang hamil jangan risau.

Waktu terbaik untuk pergi ke spa ialahpada  trimester kedua. Pada masa ini anda telahpun melepasi mabuk kehamilan. Pada trimester kedua risiko keguguran dan kelahiran pramatang adalah sangat rendah. Oleh itu, anda disarankan datang ke spa sekiranya kandungan pada trimester kedua. Tetapi tidak digalakkan jika usia kandungan lebih daripada 32 minggu.

Juga pastikan anda akan memaklumkan pada staf mengenai usia kandungan anda terlebih dahulu sebelum membuat tempahan.

Jenis rawatan spa yang sesuai untuk ibu hamil

#1. Rawatan muka

Kebanyakkan rawatan muka ketika hamil adalah selamat. Rawatan muka yang menghidratkan, yang pada asasnya adalah urutan untuk wajah anda menggunakan serum yang sangat melembapkan.

Rawatan muka kolagen pula menggunakan krim khas untuk meningkatkan pengeluaran kolagen supaya kulit kelihatan lebih gebu dan licin.

Rawatan muka oksigen, yang menggunakan tongkat kecil untuk menghantar oksigen bertekanan tinggi ke permukaan kulit untuk menggalakkan pembaharuan sel, meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan penampilan garis halus serta kedutan.

Rawatan muka wap menggunakan wap untuk membersihkan muka, membuka pori-pori dan meningkatkan penyerapan produk. 

Rawatan muka LED, yang menggunakan lampu LED untuk meningkatkan pengeluaran kolagen dan membantu menghilangkan jerawat.

Elakkan rawatan muka yang menggunakan bahan tertentu seperti retinoid dan asid salisilik, yang boleh memasuki aliran darah anda melalui kulit.

#2. Rawatan kuku

Untuk penjagaan kuku yang lebih selamat semasa kehamilan, cari produk yang tidak dibuat dengan beberapa bahan kimia yang mungkin mengandungi bahan yang akan memberi kesan kepada anda.

Berikut merupakan beberapa jenis yang perlu anda kenalpasti sebelum membuat rawatan di spa:

  • Pantau kebersihan mereka terlebih dahulu.
  • Jangan dapatkan rawatan kuku jika anda mempunyai luka terbuka pada jari ataupun kaki anda. Mikroorganisma boleh menembusi sistem anda melalui luka tersebut.
  • Pilih produk kuku tanpa toksik.
  • Jangan pergi melakukan rawatan kuku atau sebarang rawatan kecantikan sehinggalah anda berada pada trimester kedua.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Sumber: Artikel asal ditulis oleh Tri Retnoningrum dan mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Baca juga: Adakah Berurut Semasa Hamil Selamat? Ini Apa Ibu Baru Perlu Tahu

Baca juga: Doktor Pesan, Ini 3 Bahagian Badan Yang Bahaya Diurut Ketika Hamil!

Baca juga: Cara Urutan Sakit Kepala Untuk Ibu Hamil Tanpa Perlu Makan Panadol

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!