Urutan badan selepas bersalin memang membantu buat ibu relaks. Tetapi ia bukanlah urutan menyakitkan yang boleh membuatkan ibu lepas bersalin jadi lagi stres.
Pasti ada ibu lepas bersalin yang pernah dengar urutan sengkak. Urutan sengkak biasa dilakukan tukang urut dan dikatakan berkesan untuk mengecutkan rahim dan menaikkan semula rahim ke tempat asalnya.
Tidak tahulah sejauh mana betulnya andaian itu, tetapi dengan arus dan teknologi perubatan yang semakin moden sekarang ini, menurut doktor urutan mengecutkan rahim tidak perlu lagi.
Urutan badan lepas bersalin bantu ibu relaks, tapi tak perlu sengkak
Kredit: santaisini
Menurut pakar Obstetrik dan ginaecologi, Dr Imelda Balchin, perbuatan mengecutkan rahim ini adalah bagi mengurangkan risiko pendarahan kepada ibu hamil.
Katanya, ketika zaman dulu, apa nenek moyang kita terpaksa buat selepas ibu bersalin adalah mereka mesti mengurut rahim berhari-hari untuk membantu rahim mengecut walaupun ini memberi kesakitan kepada ibu-ibu.
Tetapi kini, ibu yang bersalin di hospital akan diberikan suntikan untuk mengecutkan rahim disebabkan itu kurang masalah pendarahan seperti yang dialami oleh ibu zaman dulu.
Jadi disebabkan itulah, zaman sekarang ibu yang pulang dari hospital selepas bersalin, tidak perlu urut-urut rahim.
Tiada keperluan lagi untuk ibu-ibu lepas bersalin di hospital untuk diurut sakit-sakit kerana mereka sudah pun diberikan suntikan untuk mengecutkan rahim untuk elakkan pendarahan.
Pendarahan ini bahaya kerana ibu kehilangan haba dari badan ibu melalui pendarahan itu dan ibu akan kesejukan.
Kita tidak boleh membenarkan ibu kesejukan selepas pendarahan yang teruk sekiranya tiada transfusi darah, sebab kesejukan badan ini (hypothermia) boleh menyebabkan darah menjadi cair (DIVC) dan lebih pendarahan lagi, dan kesejukan badan ibu boleh mengganggu fungsi organ dalaman.
Kegagalan organ dalaman selepas pendarahan yang teruk lah sebabnya ibu meninggal dunia.
Berurut untuk buat ibu relaks adalah lebih baik
Kami kongsikan di sini, kebaikan berurut selepas bersalin. Pasti anda tertanya-tanya mengapa ramai yang mahu berurut lepas bersalin:
#1. Lancarkan perjalanan darah
Melancarkan perjalanan darah dalam badan antara kelebihan urut selepas bersalin. Urut selepas bersalin ini dapat meningkatkan lagi pengaliran darah.
Maka, ini akan membolehkan ibu mendapat lebih banyak oksigen yang disalurkan pada tubuh badan.
#2. Betulkan urut tegang
Membetulkan urat tegang, terputus atau yang terkeluar dari tempatnya. Perlu ambil maklum, bahawa urut selepas bersalin ini bukanlah penawar sepenuhnya kepada masalah tegang urat. Cuma ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan kesakitan.
#3. Meredakan tekanan
Kredit: lunatots
Menjadi ibu baru adalah satu pengalaman yang memang menguji dan ia mungkin buat anda tertekan. Jadi dengan berurut lebih-lebih lagi menggunakan minyak aromaterapi ia dikatakan mampu meredakan tekanan
#4. Banyakkan susu badan
Kadang kala, ada ibu baru bersalin yang saluran susu pada payudaranya tersumbat. Jadi boleh minta tukang urut untuk urut di bahagian payudara.
Ia agak menyakitkan tetapi sangat membantu melancarkan pengeluaran susu anda dan mengelak terjadinya bengkak susu. Ia juga merangkan sel-sel payudara supaya menjadi lancar.
Bengkak susu boleh membuatkan anda demam urat dan rasa tidak selesa di badan, jadi dengan mengurut pada bahagian payudara ia akan melegakan liang-liang yang menyebabkannya tersumbat.
#5. Percepatkan proses pemulihan
Selepas bertarung nyawa bersalin, dengan urutan badan ia membantu melegakan anda. Selepas melahirkan anak si ibu akan merasa sangat penat.
Jadi dengan berurut, ia akan mempercepatkan proses pemulihan bukan saja daripada segi fizikal malah emosi. Anda boleh rasai kelainannya selepas berurut.
#6. Menyegarkan badan
Kredit: tukangurut
Dengan berurut, ia juga akan melancarkan proses aliran darah dalam badan dan seterusnya sampai ke bahagian otak.
Jadi dengan pengaliran darah yang lancar ia akan meningkatkan aliran oksigen dalam tubuh badan yang membuatkan anda sentiasa segar dan bertenaga sepanjang hari.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Dr Imelda Balchin, pantangplus
Baca juga: 6 kelebihan berurut selepas bersalin dan lokasi bidan area KL/Selangor
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!