Jangan Pandai-Pandai Buat Urutan Naikkan Uri! Bayi Boleh Maut Jika Berlaku Pendarahan
Ada ibu hamil yang mengalami masalah uri di bawah ketika hamil dan mereka ini pergi mendapatkan khidmat urutan naikkan uri.
Sama ada ibu hamil tahu atau tidak, urutan ketika hamil boleh dilakukan tetapi ada beberapa bahagian yang perlu dielakkkan ia termasuklah di bahagian perut. Tetapi seakan lumrah, yang dikatakan bahaya itulah yang sering juga dilakukan. Ada ibu hamil yang mengalami masalah uri di bawah ketika hamil dan mereka ini pergi mendapatkan khidmat urutan naikkan uri.
Urutan naikkan uri sebenarnya amat berbahaya bukan saja kepada wanita hamil malah bayi yang dikandung kerana jika berlaku pendarahan kehilangan nyawa bayi boleh berlaku.
Akhirnya, bila berlakunya kemalangan, doktor juga yang dicari semula.
Urutan naikkan uri boleh ragut nyawa bayi
Menurut artikel dalam majalahpama, uri, tembuni atau adalah tisu atau organ yang terbentuk bersama janin bagi membolehkan bayi mendapat oksigen dan nutrisi daripada ibu melalui salur nadi yang ada di dalam tali pusat.
Bahan-bahan kumuhan bayi pula disalurkan melalui pembuluh darah yang mengalir daripada bayi ke uri.
Kedudukan uri di dalam sesuatu kehamilan merupakan satu fenomena yang spontan dan rawak. Uri pada peringkat awalnya mengelilingi kawasan karung kehamilan. Rupa bentuknya seperti bulatan berwarna putih dalam imej ultrasound. Bentuk sebegini dinamakan sebagai circumferential.
Placenta previa major, minor
Apabila kandungan semakin membesar, uri tersebut akan tertumpu kepada satu-satu bahagian. Ia adalah:
- Anterior (hadapan)
- Posterior (belakang)
- Lateral (sisi, sama ada kanan atau kiri)
- Low lying (uri berada di kawasan bawah rahim dan 90% akan naik ke atas apabila kandungan berusia 28 minggu)
- Fundal (uri duduk di kawasan atas rahim).
Jika uri masih berada di bawah dan menutup ruang untuk bayi keluar, anda dikategorikan sebagai kes placenta praevia. Uri yang menutup ruang untuk bayi keluar, ia dikenali sebagai placenta praevia major. Kalau uri berdekatan dengan ruang untuk bayi keluar (tetapi tidak menutupnya), ia digelar placenta praevia minor.
Risiko pendarahan boleh berlaku pada bila-bila masa
Kes placenta previa dikategorikan sebagai tahap satu, dua, tiga atau empat tetapi bergantung kepada keputusan ultrasound yang doktor lakukan ke atas kehamilan.
Risiko kes placenta previa adalah pendarahan. Ini boleh berlaku bila-bila masa sahaja selepas 28 minggu. Pendarahan yang diakibatkan olehnya membahayakan ibu dan kandungan. Oleh itu, jika berlaku perkara ini, anda dikehendaki mendaftar masuk hospital sehingga bersalin.
Jika berlakunya pendarahan semasa berada di hospital, anda mempunyai peluang untuk selamat daripada masalah ini. Anda akan ditolak ke bilik bedah untuk melahirkan bayi dan seterusnya, doktor akan mengeluarkan uri. Selepas uri dikeluarkan, barulah pendarahan ini berhenti. Apabila pendarahan berhenti, nyawa ibu akan terselamat.
Ibu hamil tidak akan rasa sakit sehingga pendarahan berlaku
Jika mengurut cara tradisional atau bukan tradisional, risikonya adalah pendarahan juga.
Nyawa bayi dalam kandungan boleh melayang bila pendarahan berlaku. Sekiranya kurang faham atau kurang percaya, pergilah kepada doktor yang kedua atau ketiga, dapatkan pendapat mereka.
Ibu hamil dan mempunyai masalah placenta praevia tidak akan merasai kesakitan atau kurang sihat sehinggalah pendarahan berlaku. Darah yang keluar mengalir dari faraj turun ke paha dan kaki, membasahi kain atau baju berlaku secara senyap dan tiba-tiba. Hanya yang sudah sedia ada di wad boleh menerima rawatan yang segera.
Disebabkan itu bahaya jika berlaku pendarahan keana bila sudah berlaku barulah ibu hamil akan rasa kesakitan. Jangan sampai bayi dah hilang nyawa baru anda menyesal ya.
Ikut saja nasihat dan saranan doktor yang merawat anda itu. Jangan pandai-pandai pergi mencari rawatan sendiri ya ibu.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: majalahpama
Baca juga: