Urutan Perineum Ketika Trimester Ketiga, Bantu Kurangkan Risiko Terkoyak Ketika Bersalin

Urutan perineum penting diamalkan agar para ibu tidak mengalami koyakan pada faraj semasa bersalin. Mudahkan proses kelahiran bayi

Ibu mengandung dinasihatkan untuk melakukan urutan perineum pada trimester ketiga kehamilan. Hal ini kerana ia dipercayai dapat mengurangkan risiko faraj terkoyak semasa proses bersalin.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Cara-cara urutan perineum untuk mengelakkan faraj anda dikoyak apabila bersalin
  • Kebaikan amalan urutan perineum yang mungkin anda belum tahu

Ramai para ibu tidak tahu bagaimana untuk melakukan urutan berkenaan dengan cara yang betul. Oleh itu, kami akan sediakan langkahnya untuk anda. Mudah sahaja!

Cara-cara urutan perineum untuk mengelakkan faraj anda dikoyak apabila bersalin 

Sekiranya anda tidak mempunyai idea bagaimana untuk melakukan urutan perineum. Usah risau, kerana berikut adalah senarai cara-cara untuk urutan berikut. Pastikan anda mendapat nasihat doktor sebelum anda mulakan. 

  • Basuh tangan sebelum anda melakukan urutan perineum. Pastikan tangan anda bersih dengan mencuci tangan. Anda harus gunakan sabun yang tidak memberi kesan buruk terhadap kulit sekitar faraj anda. Potong kuku juga supaya anda tidak tercucuk kulit atau mengurangkan risiko luka.

kebersihan urutan perineum

  • Pastikan anda berada di posisi selesa. Anda boleh lakukan urutan ini sambil berbaring di katil dengan kaki terbuka luas dan bengkokkan lutut anda. Gunakan bantal jika anda perlukan sokongan untuk badan anda. Anda juga boleh lakukan urutan ini sambil mandi dengan duduk di kerusi tandas. Pastikan anda tidak mudah jatuh!
  • Mulakan urutan. Sediakan minyak semula jadi untuk urutan dan sapukannya di permukaan tangan. Mulakan dengan memasukkan 1 atau 2 ibu jari kira-kira 1 hingga 1 setengah inci ke dalam faraj. Gunakan cermin supaya memudahkan anda untuk melakukan urutan dan di mana jari anda berada. Tekankan ibu jari di sepanjang dinding bawah faraj. Dan pastikan anda tidak tekan terlalu kuat. Cukup-cukup untuk mendapat rasa regangan.
  • Meregang. Pastikan jari anda berada di posisi untuk tempoh 1 minit atau 2 minit. Melakukan gerakan berbentuk U secara perlahan dengan menggerakkan jari ke kiri dan kanan. Sasaran utama anda adalah untuk meletakkan tekanan tisu di bahagian dalam faraj.

cara urutan perineum

  • Bertenang apabila melakukan urutan perineum. Sangatlah penting bagi anda untuk bertenang dan berehat sebanyak mana anda perlukan. Jangan bagi banyak tekanan kepada diri anda semasa melakukan urutan itu. Pastikan setiap sesi urutan tidak melebihi tempoh 5 minit. 

Kebaikan amalan urutan berkenaan yang mungkin anda belum tahu

Terdapat lebih kurang 40% hingga 80% para ibu akan mengalami koyakan faraj daripada kelahiran secara normal. Ada juga mereka perlukan jahitan.

Kerosakkan bahagian perineum menyebabkan masalah seperti lantai pelvik seperti inkontinen urin, rahim jatuh atau ketidakselesaan seksual. Oleh itu, Mari kita lihat manfaat melakukan urutan perineum. 

  • Mempersiapkan tisu. Urutan perineum dapat membantu pengaliran darah dan menolong tisu serta kulit meregang dengan mudah supaya kurang rasa sakit ketika bersalin

kebaikan urutan perineum

  • Mengurangkan risiko koyakan. Matlamat utama urutan ini adalah untuk mengelakkan faraj anda dikoyak ketika bersalin. Anda tidak perlu episiotomi.
  • Merendahkan risiko dijahit. Urutan ini tidak menjamin untuk mengelakkan koyakan. Namun, ia dikatakan dapat mengurangkan keperluan jahitan sehingga 10%. 
  • Persiapkan diri untuk kelahiran anak. Urutan ini bagus untuk sebagai persiapan anda sebelum bersalin supaya memudahkan proses melahirkan bayi. Ia juga membantu anda dari segi mental dan fizikal ketika bersalin.

Berdasarkan kajian, wanita yang melakukan urutan perineum ini dapat mengurangkan risiko koyakkan di bahagian faraj ketika bersalin.

Sekiranya anda mempunyai kerisauan, Anda harus mendapatkan nasihat doktor supaya anda dapat melakukan urutan ini tanpa masalah. Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Postpartum perineal care – Advice on perineum repair and re-education

Baca juga: Ini Apa Yang Terjadi Pada Faraj Lepas Bersalin, Setiap Suami Isteri Kena Tahu!

Baca juga: Buat Senaman Kemutan Faraj, Baring Mengiring Ke Kiri Kalau Nak Mudah Laluan Bersalin Terbuka

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!