Akibat Terlebih Bergurau Main Tarik Kerusi, Tulang Belakang Pelajar Ini Cedera Teruk!

lead image

Gara-gara terlebih bergurau pelajar perempuan ini mengalami kecederaan tulang belakang yang serius!

Adakah anda sudah mengingatkan anak-anak tentang etika berkawan supaya mereka tidak terlalu berlebihan bergurau dengan rakan-rakannya? Hal ini kerana, bergurau dan usik mengusik secara berlebihan itu boleh membawa kesan buruk yang mungkin mereka tidak sedar dari awal!

Contohnya seperti yang berlaku baru-baru ini apabila seorang pelajar cedera teruk kerana berlebihan usik mengusik dengan rakan-rakannya.

Dia dipercayai mengalami kecederaan teruk di bahagian tulang belakang ketika rakan-rakannya bergurau menarik kerusi tempat duduknya.

Ibu bapa pelajar tersebut, Ibnu Yahya, 41 menceritakan semula insiden yang dialami anaknya itu di laman Facebook miliknya.

Insiden itu bermula ketika salah seorang rakan anaknya menarik bangku anak gadisnya, lalu kanak-kanak itu jatuh ke lantai dalam posisi duduk. Kemudian, anaknya tidak sedarkan diri hingga menimbulkan rasa panik di hati rakan-rakannya lantas dibawa ke hospital.

Ibnu Yahya cukup kecewa dan sedih dengan kejadian yang berlaku ke atas anaknya itu meskipun rakan-rakan anaknya hanya bergurau.

Walau bagaimanapun, umum perlu tahu cedera tulang belakang sukar dirawat. Bahkan ia juga mengundang risiko lumpuh seumur hidup atau kematian.

Hal ini kerana, banyak saraf yang terlindung di sebalik tulang belakang dan apabila ia mengalami cedera, pesakit boleh mengalami kerosakan saraf kekal.

Fungsi utama tulang ini adalah menjaga kestabilan seseorang dalam posisi duduk.

Berlebih bergurau dan usik mengusik hingga pelajar perempuan cedera di bahagian tulang belakang

usik mengusik, berlebih bergurau, terlebih gurau, sakit tulang belakang, tulang belakang, akibat terlebih gurau, kesan terlebih gurau, bergurau, gurau berlebih

Kredit: Halodoc

Sementara itu, Dr. Luthfi Specialist Tulang mengatakan tanda-tanda seseorang itu mengalami sakit tulang belakang adalah seperti sukar tidur terlentang, susah untuk duduk seperti biasa, rasa sakit di bahagian belakang, sengal-sengal dan sebagainya.

Beliau menambah, proses pemulihan juga mengambil masa tiga bulan. Malah insiden cedera tulang ini memang biasa berlaku dek kerana bergurau dengan cara menarik kerusi rakan.

Untuk mengelak insiden yang sama berulang, maka tidak ada salahnya jika ibu bapa memberi nasihat pada anak-anak supaya tidak usik mengusik rakan dengan keterlaluan.

Cara elak usik mengusik dengan rakan-rakan berakhir dengan “tragedi”

usik mengusik, berlebih bergurau, terlebih gurau, sakit tulang belakang, tulang belakang, akibat terlebih gurau, kesan terlebih gurau, bergurau, gurau berlebih

  • Mengingatkan anak supaya tidak bergurau keterlaluan dengan rakan-rakannya terutama yang boleh membuatkan mereka cedera teruk.
  • Jangan mengusik sampai perlu memukul, tarik bangku, ketuk kepala, berkelakuan kasar dan lain-lain.
  • Jangan melukai perasaan kawan dengan mengejak bentuk tubuhnya walaupun anda hanya bergurau.
  • Tidak ada salahnya untuk bergurau tapi jangan sampai menimbulkan kurang senang di hati rakan-rakan. Tentu ia memberi kesan buruk di kemudian hari.

****** 

Diharap maklumat dan perkongsian ini memberi pengajaran berguna buat kita semua. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Adisty Titania. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah. 

Baca juga:

Anak jadi mangsa cedera tulang belakang lepas bapa tiru aksi backflip, kasihannya!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!