Ustaz cabul budak 5 tahun hanya dipenjara 3 bulan! Mana keadilannya?

lead image

Seorang ustaz cabul budak berusia 5 tahun pada lima tahun lepas telah dijatuhkan hukuman penjara hanya 3 bulan membuatkan netizen tidak puas hati.

Netizen meluahkan rasa tidak puas hati selepas seorang wanita berkongsi keratan akhbar tentang ustaz cabul budak perempuan usia 5 tahun yang didapati bersalah dan telah dijatuhkan hukuman.

Ustaz cabul budak diberi hukuman penjara 3 bulan

Mohd Redzuan Zakarian, seorang guru agama telah dijatuhkan hukuman penjara 3 bulan beserta denda sebanyak RM6000 selepas dia mencabul seorang budak yang menghadiri kelas mengaji di rumahnya. 

Menurut fakta kes ini, pada lima tahun lepas, mangsa yang pada ketika itu berusia 5 tahun telah mengadu sakit di bahagian sulit selepas pulang dari mengaji.

Ibu kepada mangsa melihat ada tanda kemerah-merahan di bahagian alat sulit anaknya selepas diperiksa. Ibu mangsa  kemudian membawa anaknya ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut.

Redzuan adalah bapa kepada seorang anak dan kejadian ini berlaku di rumahnya di Sungai Besi.

ustaz cabul budak, pedofili, pedofilia

Kesalahan mencabul budak bawah umur boleh dijatuhkan hukuman sehingga 10 tahun pernjara, denda dan sebatan jika sabit kesalahan.

Tapi, hakim telah memberikan hukuman penjara yang singkat kepada pedofilia ini dan ia telah membuatkan ramai netizen marah.

Seorang pengguna Twitter, Alia A terkejut dengan hukuman yang diberi oleh mahkamah kepada guru agama ini.

ustaz cabul budak, pedofili, pedofilia

Dia mengatakan pada orang-orang yang sering mengatakan bahawa Islam akan jatuh ke tangan pemimpin bukan Islam, tapi Islam sendiri sebenarnya akan jatuh kerana sistem membenarkan pelaku seks untuk bebas selepas melakukan kesalahan seperti ini.ustaz cabul budak, pedofili, pedofilia

Ramai yang bersetuju dengan kenyataan Alia dan dia menambah, bahawa dia masih menunggu Pendaftaran Pesalah Seks dikeluarkan untuk umum supaya majikan tahu tentang kesalahan yang mereka lakukan.

ustaz cabul budak, pedofili, pedofilia

Memang menakutkan apabila kita mengetahui yang banyak pedofil yang masih bebas dan menjalani kehidupan seperti tiada apa apa berlaku.

Kita juga risau dan tak mahu anak kita menjadi salah seorang mangsa pedofilia ini. Apa yang ibu bapa boleh lakukan?

Ustaz cabul budak: 5 cara elak anak jadi mangsa pedofil

ustaz cabul budak, pedofili, pedofilia

Ibu ayah, adakah anda tahu cara mengesan pedofilia? Pedofilia adalah seseorang yang tertarik secara seksual kepada kanak-kanak.

Walaupun kita tidak boleh mengesan pedofilia dengan melihat wajah mereka semata-mata, tetapi pedofilia selalunya mempunyai beberapa karakter yang sama seperti:

  • Pedofilia selalunya terdiri daripada kaum lelaki.
  • Pedofilia ada target kanak-kanak tertentu mengikut jantina serta umur; sama ada bayi, anak kecil atau kanak-kanak berumur 6 ke 10 tahun.
  • Pedofilia cenderung untuk bersifat biseksual, iaitu tertarik secara seksual kepada kedua-dua jantina lelaki dan perempuan.
  • Pedofilia gemar menyentuh dan memeluk kanak-kanak.
  • Pedofilia sering bercakap tentang kanak-kanak sama ada dari segi seksual atau pun tidak.
  • Pedofilia sering meluahkan perasaan dengan mengatakan yang dia sangat menyayangi kanak-kanak.
  • Pedofilia gemar menyimpan atau merakam gambar atau video kanak-kanak, sama ada berpakaian atau tidak.
  • Pedofilia mungkin akan melakukan penderaan seksual kepada kanak-kanak yang diminatinya, dan mungkin juga tertarik secara pasif.
  • Pedofilia gemar memberikan hadiah kepada anak kecil dengan tujuan untuk mendapatkan kepercayaan kanak-kanak tersebut.

Sesiapa sahaja di sekeliling kita boleh menjadi pedofilia. Jadi ibu bapa perlu lebih berhati-hati lebih-lebih lagi apabila memuatnaik gambar anak di media sosial.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: NST, Coconuts KL

Baca juga: 

Pedofilia makin mengganas, gambar seks dengan budak disebar ke group whatsapp!