Pelik, Vagina Berbau Sewaktu Hamil Walaupun Bersih, Semuanya Sebab 5 Punca Ini

Sebagai seorang perempuan, vagina berbau memang sangat memalukan seolah-olah anda tidak pandai menjaga mahkota yang satu ini. Namun sebelum menyalahkan diri sendiri, berikut adalah antara punca-punca yang menyebabkan vagina berbau hamis.

Pernah atau tidak ibu mengalami vagina berbau kurang enak semasa kehamilan? Jika pernah mengalaminya, ibu usah terlalu khuatir kerana anda tidak bersendirian. Walaubagaimanapun, penting untuk tahu mengapa
hal ini boleh berlaku dan apakah punca vagina berbau amonia.

Daripada kebanyakan kes yang berlaku, keadaan ini memang biasa berlaku semasa mengandung terutamanya disebabkan adanya perubahan pada urin. Ia boleh bermula dari asupan makanan dan minuman yang ternyata boleh
mempengaruhi aroma urin ibu hamil.

Selain daripada itu, gaya hidup, keadaan dehidrasi dan pengambilan suplemen turut dikaitkan dengan penyebab ini. Walaubagaimanapun, beberapa jenis infeksi turut dikaitkan dengan bau vagina ini semasa mengandung.

Ini antara punca yang menyebabkan keadaan ini berlaku dan bilakah waktu yang sesuai untuk mengenalpasti gejala ini serta saranan untuk anda berjumpa doktor di hospital.

Penyebab vagina berbau amonia semasa hamil

Ini antara sebab-sebabnya seperti berikut:

#1. Perubahan pada pola pengambilan makanan

penyebab vagina berbau amonia

Apakah ibu pernah merasai perubahan pada cara anda mengambil sebarang makanan dan minuman sewaktu hamil?

Perubahan yang berlaku secara tiba-tiba ini rupanya boleh menyebabkan perubahan pada bau urin. Akhirnya miss v anda mengeluarkan bau seperti amonia.

Pengaruh makanan juga boleh memberi kesan buruk pada bau vagina seperti mengambil bawang terlalu banyak, asparagus, petai dan lain- lain.

#2. Peningkatan sensitiviti hidung

Selama berbadan dua ini, salah satu perubahan yang paling ketara berlaku pada ibu adalah di bahagian hidung di mana mereka lebih sensitif terhadap bau-bauan.

Sekiranya orang lain tidak tercium bau tersebut namun ibu hamil memiliki kemampuan untuk mencium bau itu dan keadaan ini juga turut disebut sebagai hyperosmia.

Mungkin orang sekitar tidak menyedari atau tidak mencium bau amonia ini yang keluar dari urin mahupun vagina akan tetapi anda biasa menyedarinya serta akan rasa terganggu.

Kadang-kadang bila tercium bau yang menyengat hidung, itu akan menyebabkan ibu mual dan termuntah. Bila ini berlaku usah bimbang kerana ia masih normal.

#3. Dehidrasi

dehidrasi

Salah satu alasan lain adalah disebabkan dehidrasi pada ibu hamil yang mana anda mungkin mengalami kekurangan cecair dalam badan sekaligus menyababkan urin lebih pekat dan mengeluarkan bau yang lebih menyengat.

Ini kerana, organ ginjal memiliki cairan yang lebih sedikit untuk melarutkan urin.

Atas sebab itu, ibu perlu selalu minum air kosong yang amat penting sewaktu sedang mengandung malah ia direkomen oleh doktor.

#4. Vitamin dan suplemen

Dalam beberapa keadaan, ibu hamil diberikan vitamin dan suplemen oleh doktor agar kandungan berjalan dengan sihat. Namun begitu, pengambilan vitamin rupa-rupanya turut menjejaskan bau vagina dan perubahan warna urin. Atara vitamin yang dikaitkan dengan keadaan ini adalah vitamin B.

Jadi, ibu perlu berhati-hati disaat mengambil sebarang bentuk vitamin dan suplemen semasa hamil dan pastikan mendapat pantauan daripada doktor.

Selain daripada suplemen dan vitamin, ibu juga disarankan untuk mengambil makanan yang kaya dengan nutri dalam diet seharian anda.

#5. Jangkitan kuman di saluran kencing

5 Alasan yang Menyebabkan Vagina Bau Tak Sedap Saat Hamil

Bau amonia pada vagina ternyata boleh menyebabkan indikator tubuh mengalami infeksi. Terutamanya jangkitan di saluran kencing. Ia disebabkan berlakunya infeksi bakteria yang dipanggil Escherichia Coli.

Bila ini terjadi pada ibu, ia harus dirawat dengan segera agar tidak mendatangkan bahaya pada kesihatan janin dan ibu.

Inilah antara lima keadaan yang menyebabkan aroma vagina berbau amonia. Jika ini terjadi pada anda jangan berlengah atau ragu-ragu untuk terus berjumpa doktor bagi mendapatkan konsultasi.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Penulis asal Anisyah Kusumawati. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemah. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

Keputihan Wanita Yang Berlebihan Penyebab Vagina Berbau, Ini Cara Berkesan Mengatasinya!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!