Doktor cipta vagina dari kulit ikan talapia untuk wanita lahir tanpa faraj ini!

lead image

Wanita ini dilahirkan tanpa vagina dan diberi harapan baru selepas doktor berjaya mencipta cara menghasilkan vagina kulit ikan talapia.

Seorang wanita yang dilahirkan tanpa faraj telah diberi harapan baru oleh doktor apabila dirinya melalui pembedahan rekonstruktif. Yang menariknya, doktor telah menggunakan kulit ikan untuk menghasilkan “vagina kulit ikan talapia” untuk wanita ini!

Vagina kulit ikan talapia : Bagaimana ia berhasil?

Jucilene Marinho, seorang wanita dari Brazil akhirnya berjaya membuat hubungan seks untuk pertama kalinya selepas pembedahan yang memberinya vagina baru ini.

Dia telah dilahirkan dengan keadaan yang dipanggil sindrom Mayer-Rokitansky-Küster-Hauser (MRKH). Keadaan ini disebabkan oleh sistem perkumuhan tidak terbentuk. Dalam kes Jucilene, dia tidak mempunyai vagina.

“Saya menangis apabila saya mendapat tahu tentang hal ini,” kongsinya. “Saya rasa dunia seakan berakhir. Saya impikan seorang anak; sekarang ia adalah mustahil.”

Disebabkan ini, dia telah dilanda kemurungan dan ia menjadi lebih teruk apabila teman lelaki semasa remajanya telah mengejek Jucilene kerana penyakitnya ini.

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2018/06/jucilene.jpg Doktor cipta vagina dari kulit ikan talapia untuk wanita lahir tanpa faraj ini!

Tetapi, tahun lepas, dia telah diberi peluang untuk hidup normal apabila dia dan tiga orang lagi wanita bersetuju untuk menjadi sebahagian dari ujian menghasilkan vagina.

Doktor telah menghasilkan vagina untuk Jucilene, dan ia dilapisi dengan kulit ikan talapia. Kulit talapia bertindak sebagai sel stem yang membantu untuk menghasilkan kulit baru.

Teknik ini membuatkan vagina untuk dibentuk dengan berjaya.

Jucilene kini dapat rasa hidup sebagai wanita sempurna selepas pembedahan vagina kulit ikan talapia

Jucilene kongsikan yang selepas pembedahan, dia merasa teragak-agak untuk melakukan hubungan seks.

“Pada awalnya saya takut ia akan sakit dan risau seks akan merosakkan bukaan vagina. Tapi ia sangat indah kerana segalanya sempurna.

Saya tak rasa sakit langsung, hanya kepuasan dan kenikmatan.”

Walaupun banyak cara bagi menghasilkan vagina untuk wanita telah wujud, prosedur vagina kulit ikan yang Jucilene dapati ini jauh lebih murah dan kurang invasif.

Cara ini berjaya kerana ikan talapia mengandungi kandungan kelembapan yang tinggi dan kolagen jenis 1 yang membantu dalam proses penyembuhan.

Kulit ikan ini juga boleh bergabung dengan kulit manusia dengan mudah selepas dibersihkan dan disterilkan, lama-kelamaan ia akan menjadi sebahagian daripada tubuh badan.

Kulit ikan talapia juga sebelum ini telah berjaya digunakan untuk merawat penyakit yang melecur akibat kebakaran di Brazil. 

Apa pendapat anda tentang berita ini? Sekurang-kurangnya, seorang wanita yang tidak pernah rasa sempurna akhirnya mampu merasa secebis kesempurnaan menjadi seorang wanita, kan? 🙂

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: theAsianparent Singapore

Baca juga:

3 jenis pembedahan Miss V yang anda tak tahu pun kewujudannya!