Sejauh Manakah Anda Memahami Semua Vaksin yang Disenaraikan Dalam Buku Kesihatan Anak Anda?

Ibu dan ayah sekalian, tahukah anda bahawa vaksin pneumokokal kini termasuk dalam program imunisasi kebangsaan di Malaysia?

Anda mungkin pernah mendengar berita pada tahun 2020 tentang vaksin pneumokokal yang telahpun dimasukkan ke dalam Program atau Jadual Imunisasi Kebangsaan¹. Dan sebagai ibu bapa, kebiasaannya kita akan diberikan sebuah buku kesihatan yang mengandungi segala maklumat anak sebaik sahaja mereka dilahirkan. Buku kesihatan ini juga turut menyenaraikan jenis-jenis vaksin wajib yang perlu diberikan kepada anak anda untuk setiap tahap perkembangan mereka. Vaksin pneumokokal merupakan salah satu penambahan dalam senarai vaksin tersebut.

Namun begitu, senarai ini agak panjang dan menggunakan nama singkatan seperti “DTaP” atau “MMR” yang mungkin kelihatan asing bagi kebanyakan ibu bapa. Boleh dikatakan, rata-rata ibu bapa tidak mengetahui secara menyeluruh akan maksud, fungsi dan penyakit berjangkit yang berkaitan dengan mana-mana vaksin tersebut. Ibu bapa mempercayai setiap saranan doktor dan menghadiri  janji temu yang ditetapkan agar anak-anak mendapat  vaksin sebagai perlindungan daripada penyakit-penyakit tertentu. 

Hari ini, ayuh kita fahami secara lebih mendalam tentang vaksin pneumokokal di Malaysia. 

Vaksin Pneumokokal di Malaysia: Memahami Penyakit Pneumokokal

Sejauh Manakah Anda Memahami Semua Vaksin yang Disenaraikan Dalam Buku Kesihatan Anak Anda?

Pertama sekali, mari kita memahami apakah itu penyakit pneumokokal yang boleh mengakibatkan jangkitan berpotensi serius dalam kalangan kanak-kanak disebabkan oleh sejenis bakteria yang dikenali sebagai Streptococcus pneumoniae. Kami tidak akan membincangkan terma saintifik secara mendalam disini. 

Ibu bapa hanya perlu mengetahui bahawa bakteria ini kebiasaannya dijumpai pada hidung dan tekak². Individu pembawa bakteria ini boleh menyebarkannya kepada orang lain apabila mereka batuk atau bersin,  bahkan bernafas! Sukar untuk kita mengetahui siapakah pembawa bakteria ini di mana saja kita berada. Malah, pemakaian pelitup muka tidak dipraktikkan sebelum pandemik. Ini menyebabkan penyebaran bakteria ini boleh merebak secara meluas. Antara fakta menarik ialah kanak-kanak merupakan pembawa tertinggi bakteria ini dan mereka juga merupakan sumber utama penyebarannya dalam komuniti².

Adakah ini serius?

Secara ringkas, ya. Bakteria ini boleh menjangkiti organ anak anda, bermula dari telinga ke paru-paru hinggalah ke otak dan aliran darah. Dalam kes yang kurang serius, anak anda mungkin hanya mengalami jangkitan sinus. Namun sekiranya ia menjejaskan paru-paru anak anda, jangkitan ini dipanggil pneumonia, yang boleh menyebabkan batuk, demam, dan kesukaran bernafas². Kes pneumonia yang amat teruk boleh mengakibatkan kematian. Berdasarkan kes-kes tempatan, pada tahun 2016, pneumonia atau juga dikenali sebagai radang paru-paru berada di tangga ke 3 dalam senarai penyebab utama kematian dalam kalangan kanak-kanak di bawah lima tahun di Malaysia, yang menyumbang kepada 3.8% kematian di bawah umur lima tahun².

Bakteria ini juga boleh mengakibatkan jangkitan “Otitis Media(jangkitan telinga tengah) yang berlaku dalam bahagian telinga tengah yang boleh menyebabkan kesakitan, bengkak, kesukaran untuk tidur, demam dan anak mudah meragam. Jangkitan yang serius boleh mengakibatkan meningitis bakteria, iaitu jangkitan pada bahagian otak dan saraf tunjang. Ini boleh menyebabkan kekeliruan, buta, pekak, pesakit berada dalam keadaan koma, atau boleh juga menyebabkan kematian.

Bakteriaemia, jangkitan berbahaya pada aliran darah, juga boleh berlaku⁴. Ini adalah sejenis bakteria yang anda perlu elakkan daripada terkena anak anda kerana ianya boleh mengakibatkan kesan yang serius kepada kesihatan mereka.   

Sebagai ibu bapa, semestinya kita ingin melindungi anak-anak kita dan sentiasa ingin memastikan tiada perkara yang buruk berlaku kepada mereka. Ini termasuklah mengikuti segala saranan doktor  mengenai pengambilan vaksin untuk anak-anak anda. Menerusi artikel ini, kami ingin membantu anda memahami apakah perlindungan yang diberikan menerusi vaksin tersebut. Tidak mudah bagi ibu bapa untuk melihat anak-anak menangis kesakitan sewaktu menerima suntikan vaksin. Tetapi ketahuilah bahawa air mata anak anda bukanlah sesuatu yang sia-sia kerana pengambilan vaksin ini dapat menghalang pencegahan penyakit berbahaya kelak.

Ayuh kita bincangkan perihal vaksin itu sendiri.

 

Vaksin Pneumokokal di Malaysia: Semua Yang Anda Perlu Tahu

Sejauh Manakah Anda Memahami Semua Vaksin yang Disenaraikan Dalam Buku Kesihatan Anak Anda?

Kita semua sedia maklum bahawa penyakit pneumokokal ini dapat dicegah menerusi suntikan vaksin⁴. Vaksin pneumokokal diberikan dalam tiga dos: dua dos primer pertama diberikan pada usia empat bulan dan enam bulan, dan kemudiannya dilengkapkan dengan suntikan penggalak pada usia 15 bulan. Terdapat beberapa jenis vaksin yang dapat memberi perlindungan daripada penyakit ini dan vaksin yang telah dipilih oleh Malaysia untuk dimasukkan ke dalam Jadual/Program Imunisasi Kebangsaan ini diklasifikasikan sebagai PCV10. Vaksin ini melindungi daripada Streptococcus pneumoniae yang telah kami sebutkan sebelum ini, khususnya terhadap serotaip 1, 4, 5, 6B, 7F, 9V, 14, 18C, 19F, dan 23F. PCV10 juga mendorong tindak balas antibodi terhadap serotaip 6A dan 19A. Malahan, vaksin PCV10 dijangkakan mampu mengurangkan otitis media akut dengan lebih berkesan³.

Cara pemberian vaksin pneumokokal ialah menerusi suntikan di bahagian lengan atau paha anak anda. Setelah vaksin diberikan, ianya mendorong tubuh anak anda untuk menghasilkan antibodi yang disebutkan tadi terhadap bakteria pneumokokal.

Seperti mana yang kita tahu, antibodi merupakan protein yang dihasilkan oleh tubuh untuk membatalkan atau menghentikan pembiakan organisma dan toksin yang membawa penyakit. Vaksin  PCV10 ini dijangka dapat mengurangkan jangkitan tengah telinga (otitis media) dengan lebih ketara. Memandangkan vaksin ini masih lagi baru bagi sebahagian besar populasi di Malaysia, data mengenai kesan keseluruhannya terhadap kadar kematian atau kadar jangkitan belum lagi dapat dikumpul. Namun, satu fakta yang kita ketahui setakat ini ialah menurut Bekas Menteri Datuk Seri Dr Adham Baba, jumlah kes kanak-kanak dengan penyakit pneumokokal meningkat dari 17,446 pada tahun 2017 kepada 19,773 pada tahun 2018, menjadikan pengenalan vaksin sangat tepat pada masanya dan amat diperlukan¹.

Pada peringkat global, negara-negara seperti New Zealand, Austria, Brazil, Kenya dan Pakistan telah memasukkan vaksin ini ke dalam NIP mereka, dan mereka telah menyaksikan kadar penurunan besar dalam penyakit pneumokokal³. Kita juga boleh mengharapkan hasil yang sama di Malaysia dengan meningkatkan kadar vaksinasi dan membendung penularan jangkitan penyakit ini.

Usah bimbang! Vaksin ini masih boleh diberikan sehingga anak anda berumur 5 tahun³. Walaupun anak yang dilahirkan sebelum 1 Januari 2020 tidak layak menerima vaksin di hospital atau klinik kerajaan sebagai sebahagian daripada senarai imunisasi percuma, anda masih boleh mendapatkannya di klinik atau hospital swasta. 

Kesimpulannya, vaksin pneumokokal ini amat penting untuk diberikan kepada si kecil anda supaya dia terlindung daripada penyakit pneumokokal invasif. Ingat ya, ibu dan ayah semua, ambillah langkah kecil yang cukup bermakna ini demi masa depan anak anda. 

Sejauh Manakah Anda Memahami Semua Vaksin yang Disenaraikan Dalam Buku Kesihatan Anak Anda?

The Asian Parent 3rd Issue – PCV NIP article (v0.1)
NP-MY-SYN-ADVR-240002   04/24
This educational program is brought to you by GSK
Trademarks are owned by or licensed to the GSK group of companies
GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn Bhd
195801000141(3277-U)
HZ.01, Horizon Penthouse, 1 Powerhouse,
1, Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : (603) 7495 2600
www.my.gsk.com

For further information please contact your doctor

References:

1 Malay Mail. (2020, December 1). Health Minister: Free PNEUMOCOCCAL vaccination for children at health clinics STARTS today: Malay Mail. Malaysia | Malay Mail. https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/12/01/health-minister-free-pneumococcal-vaccination-for-children-at-health-clinic/1927749

2 Department of Health Services. (n.d.). Streptococcus pneumoniae, Invasive. WISCONSIN DIVISION OF PUBLIC HEALTH.
https://www.dhs.wisconsin.gov/publications/p4/p42093.pdf

Darus, N. M., Akmal, S. B., & Redzuan, A. M. (n.d.). Pneumococcal Conjugate Vaccine For Children Below Five Years Old. https://www.moh.gov.my/moh/resources/auto%20download%20images/587f11568fcaa.pdf

4 Saling, J. (n.d.). Pneumococcal vaccine schedule and side effects. WebMD.
https://www.webmd.com/children/vaccines/pneumococcal-vaccine-1

5 Shafie, A. A., Ahmad, N., Naidoo, J., Foo, C. Y., Wong, C., Pugh, S., & Tan, K. K. (2020, July 2). Estimating the population health and economic impacts of introducing a pneumococcal conjugate vaccine in malaysia- an economic evaluation. Human vaccines & immunotherapeutics.
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC7482775/

6 Malaysia chooses pcv10 PNEUMOCOCCAL Vaccine, Immunisation Starts December. CodeBlue. (2020, November 24).
https://codeblue.galencentre.org/2020/11/24/malaysia-chooses-pcv10-pneumococcal-vaccine-immunisation-starts-december/.

7  Soon, R. (2020, December 5). Hexavalent, pneumococcal vaccine update included in national immunisation schedule: Latest news for doctors, nurses and pharmacists: Infectious diseases. MIMS News.

Got a parenting concern? Read articles or ask away and get instant answers on our app. Download theAsianparent Community on iOS or Android now!