Tak Mahu Tambah Anak Dek Kasihan Pada Isteri, Vokalis Nidji Ini Sanggup Jalani Vasektomi!

lead image

Akibat kasihan melihat penderitaan isteri ketika bersalin dan tidak mahu anak-anak hilang kasih sayang, vokalis Nidji ini sanggup melakukan prosedur vasektomi!

Biasanya, kita selalu dengar wanita saja yang pakai alat pencegah kehamilan seperti IUD, makan pil atau cucuk implan. Tapi bagaimana pula dengan suami? Anda pernah dengar tak tentang prosedur vasektomi?

Secara umumnya, sebelum memiliki anak, suami isteri harus merancang dengan matang kerana banyak tanggungjawab yang harus digalas selepas ada anak ini termasuklah cara mendidik, mengasuh dan memberi pendidikan terbaik pada mereka. 

Tak adil rasanya jika anak dilahirkan tanpa kasih sayang yang sewajarnya dari kedua ibu bapa. Tak cukup dengan itu, ada anak yang dibiarkan membesar tanpa dijaga dan diasuh dengan baik

Inilah perkara yang disedari Giring, vokalis kumpulan Nidji dan suami kepada Cynthia Riza ini hingga dia rancang untuk melakukan vasektomi. 

src=https://merahputih.com/media/2015/03/10/ui6Skqz3ET1425999343.JPG Tak Mahu Tambah Anak Dek Kasihan Pada Isteri, Vokalis Nidji Ini Sanggup Jalani Vasektomi!

Kredit gambar: MerahPutih

Giring, vokalis kumpulan Nidji pilih untuk buat vasektomi

Keputusan ini dibuat selepas vokalis kumpulan Nidji ini memiliki empat orang cahaya mata dan timbul rasa bimbang jika dia dan isterinya tidak dapat memberi perhatian serta kasih sayang yang adil terhadap semua anaknya. 

Walau bagaimanapun, dia masih percaya apabila seseorang itu memiliki ramai anak, itu ertinya rezeki murah. Tapi jika kita tidak dapat membahagikan kasih sayang secara adil, lebih baik merancang terlebih awal.  

Akhirnya, Giring bersetuju dan membulatkan niat untuk menjalani prosedur vasektomi. Malah, keputusan yang dibuat itu juga atas sebab kasihan si isteri yang penat melahirkan bayi mereka dengan sehabis nyawa. 

Vasektomi alat mencegah sperma keluar dari ejakulasi 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/sterilisasi alodokter.jpg Tak Mahu Tambah Anak Dek Kasihan Pada Isteri, Vokalis Nidji Ini Sanggup Jalani Vasektomi!

Menurut Dr. Nadia Othman, jika langkah vasektomi dilakukan, air mani yang keluar ketika ejakulasi tidak lagi mengandungi sperma

Dengan demikian, hasil hubungan seksual dapat mengurangkan risiko kehamilan pada isteri walaupun tanpa kondom atau sebarang alat pencegah kehamilan. 

Kekurangan dan kelebihan prosedur vasektomi 

Vasektomi juga tidak terlepas dari kelebihan dan kekurangan. Jom kita semak apakah kelebihan dan keburukannya.

Kelebihan: 

Kekurangan: 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/LELAKI SIHAT.jpg Tak Mahu Tambah Anak Dek Kasihan Pada Isteri, Vokalis Nidji Ini Sanggup Jalani Vasektomi!

Kredit: Lelaki Sihat

  • Jika ingin ‘subur’ semula, prosesnya sedikit sukar
  • Anda masih memerlukan kondom setelah melakukan prosedur ini hingga dipastikan cairan mani yang keluar bebas sperma. 
  • Vasektomi tidak dapat mencegah dari penyakit seksual. 

Oleh itu, jika anda merancang untuk melakukan prosedur tersebut, berbincanglah sebaik-baiknya dengan isteri tanpa sebarang paksaan. Semoga artikel ini membantu kalian. 

Apa hukum melakukan vasektomi dalam Islam dan di Malaysia?

Menurut laman Pejabat Mufti Kuala Lumpur, para ulama berbeza pandangan tentang hukum tanzim al-nasal (perancangan anak) dan tahdid al-nasal (membataskan anak).

Namun kesimpulannya, dibolehkan bagi kedua pasangan untuk menggunakan kaedah tanzim al-nasal yang diharuskan oleh Syarak bagi tujuan merancang keluarga dengan cara menjarakkan anak, bagi tujuan pengurusan ekonomi kerana berpendapatan rendah.

Ini perlu disertakan dengan niat jika Allah berkehendakkan pasangan itu anak, maka tiada siapa yang boleh menghalang dan hendaklah pasangan itu reda kepada taqdir Allah dan bersikap bertanggungjawab.

Manakala untuk tahdid al-nasal, hukumnya dikatakan haram melainkan pengecualian bagi kes yang melibatkan masalah kesihatan yang mengancam nyawa seseorang dan mengikut syarak Shafie tertentu. 

Wallahua’lam. 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Adisty Titania. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan. 

Baca juga:

(Video) Prosedur Vasektomi, Kaedah Kontraseptif Kekal Untuk Lelaki Cegah Isteri Hamil

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!