4 video proses bersalin yang anda PATUT tengok untuk tambah ilmu!

Cemas saat pertama kali ingin bersalin pasti membelenggu diri, namun setelah melihat video bersalin ini, pasti ia dapat membantu ibu ketika bersalin nanti

Amaran: Artikel ini mengandungi video-video yang mungkin tidak sesuai ditonton oleh semua individu. Pastikan anda betul-betul selesa dan berkeupayaan untuk melihat video di bawah ini.

Sebagai ibu muda atau yang tak pernah ada pengalaman bersalin, anda mesti tertanya-tanya bagaimanakah proses bersalin terjadi. Dalam ruangan kali ini, kami ingin berkongsi video bersalin yang boleh anda jadikan sebagai info berguna sebelum tibanya saat melahirkan. 

Jom sama-sama kita lihat video bersalin ini untuk tambah ilmu anda.

Video bersalin secara caesarean 

Video bersalin yang pertama akan kami kongsi ini ialah bersalin secara pembedahan atau czer. Biasanya, doktor akan buat keputusan untuk bersalin czer apabila berlaku komplikasi tertentu seperti: 

  • Bayi bersaiz besar 4 kg ke atas 
  • Bayi dalam kedudukan songsang 
  • Uri di bawah 
  • Degupan jantung bayi semakin lemah 
  • Bukaan vagina yang sempit 
  • Bayi kembar
  • Masalah darah tinggi atau kencing manis 

Berikut video prosesnya:

Video bersalin: Ketika proses kontraksi 

Proses bersalin yang perlu anda tahu juga adalah berkaitan dengan kontraksi. Ia berlaku apabila bayi sudah mencecah ke dinding pelviks atau rahim di mana, terdapatnya tanda-tanda ibu bakal melahirkan tidak lama lagi.

Tanda-tanda kontraksi ialah seperti...

  • Keluar tompokan darah merah 
  • Air ketuban pecah/ berkurangan 
  • Ada bukaan pintu rahim 
  • Perut mengeras 
  • Rasa sakit di bahagian belakang dan abdomen 

Video bersalin: Demonstrasi bersalin secara forceps

Pertama kali bersalin, mungkin akan berlaku kesulitan ketika menolak keluar bayi hingga membuatkan jantung bayi semakin lemah dan ibu juga tidak bertenaga.

Oleh sebab itu, doktor dan pakar perbidanan akan buat keputusan menggunakan alat bantuan bersalin sama ada vacuum atau forceps bagi membantu mengeluarkan bayi dengan selamat.

Walaubagaimanapun, ada juga risiko dan komplikasi sekiranya dua alat ini digunakan. Tapi ibu tak perlu bimbang kerana ia hanya sementara. 

Video bersalin: demonstrasi bersalin secara normal 

Seterusnya adalah kelahiran secara normal. Ia berlaku sekiranya ibu tidak alami apa-apa komplikasi, insyaAllah anda akan melahirkan bayi secara normal. 

Akan tetapi jika doktor nampak anda begitu sukar untuk meneran, mereka akan gunting sedikit pintu vagina ibu.

Sebab itu, anda perlu lihat video demonstrasi bersalin secara normal ini kerana ia banyak membantu dari segi pengawalan nafas, teknik meneran dan teknik untuk menolak bayi keluar.

 Kami mengharapkan agar perkongsian kali ini berguna dan bermanfaat untuk anda. Selamat melalui proses bersalin! Semoga semuanya baik-baik saja buat anda dan bayi dalam kandungan :)

 

 

 

 

 

Sumber video : Youtube 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!