Video ibu bersalin secara semula jadi seperti gentle birth di alam terbentang luas

lead image

Video ibu bersalin di sungai ini boleh dijadikan rujukan untuk ibu-ibu yang bersalin buat kali pertama. Kita juga turut sama merasai pengalaman uniknya ini!

Simone Thurber telah membawa makna baru kepada terma “bersalin semula jadi.” Mana tidaknya, ibu kepada empat orang anak ini bersalin cara tradisional — tanpa ubat tahan sakit, tanpa doktor, tanpa hospital hanya seorang diri di sungai. Tak percaya lihatlah video ibu melahirkan sendiri tanpa bantuan ini.

Simone yang juga seorang doula (pembantu kelahiran) telah menongsikan video ibu melahirkan sendiri tanpa bantuan dan kejadian ini di YouTube.

Di dalam videonya, dia menemui tempat yang cantik di dalam hutan hujan Daintree, Australia. Lalu dia mencangkung, melahirkan anak dan melakukan skin-to-skin hanya dalam masa 25 minit.

video ibu melahirkan sendiri tanpa bantuan: Pengalaman bersalin di sungai

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/Untitled 2.jpg Video ibu bersalin secara semula jadi seperti gentle birth di alam terbentang luas

“Ini adalah video kelahiran anak ke-empat saya,”

Simone menulis di kapsyen video tersebut yang dimuatnaik pada tahun 2013 dan telah mendapat perhatian ramai orang di serata dunia dan telah ditonton lebih dari 75 juta penonton.

Video ini mendapat pelbagai rekasi dari netizen. Ada yang memuji keberanian Simone untuk melahirkan anak tanpa bantuan pakar dan perubatan.

Tak kurang juga yang mencemuh tindakannya dengan mengatakan dia sengaja ingin menunjukkan tubuh badannya pada umum.

Bagi Simone pula, dia tidak membuat video ibu melahirkan sendiri tanpa bantuan ini untuk membuat sebarang pernyataan. Tujuannya mengongsikan video ini adalah kerana pada fikirannya, mungkin ada beberapa orang berminat untuk mengetahui perasaan wanita bersalin di sungai, di alam semula jadi.

Serta ia untuk memberi inspirasi kepada wanita jika mereka mahu bersalin di luar hospital, mereka boleh  melakukannya.

“Saya tidak menyangka yang video ini akan mendapat perhatian ramai.” katanya menurut New York Post.

Post pula melaporkan yang tiga anak Simone sebelum ini dilahirkan di rumah, tetapi bersalin anak di alam semulajadi merupakan impiannya.

Apabila dia mendapat tahu yang dia mengandung untuk kali ke-empat, dia dan suaminya (kini sudah meninggal) Nick, memutuskan untuk melahirkan anak di hutan.

Simone mula sakit bersalin pada pukul 11 malam dan dia menyangka impiannya untuk melahirkan anak di luar tidak akan menjadi kenyataan.

Tapi dia telah bersalin keesokan harinya selepas matahari terbit. Suaminya merakam momen ini dan memberi kamera kepada rakannya apabila anak mereka hampir keluar. Anak-anak mereka yang lain turut sama meyaksikan kejadian ini.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/wanita bersalin di sungai 2.jpg Video ibu bersalin secara semula jadi seperti gentle birth di alam terbentang luas

Walaupun Simone tidak menyesal dengan pengalamannya, anda harus ingat yang Simone merupakan seorang doula dan kelahiran ini sebenarnya adalah tidak disarankan.

Kata Simone, “Jika tiada doktor dan sesuatu yang buruk berlaku, susah untuk kami ke hospital, tapi dengan pengalaman saya sebagai doula, saya tahu bila kepala bayi saya hendak keluar dan tubuh saya memberitahu yang saya melakukan perkara yang betul.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/d.ka .jpg Video ibu bersalin secara semula jadi seperti gentle birth di alam terbentang luas

Jika anda sedang mengandung anak pertama, video ini boleh ditonton sebagai panduan tentang apa yang anda perlu lakukan semasa kontraksi, cara bernafas semasa bersalin dan macam-macam lagi.

Perhatian: Video ibu melahirkan sendiri tanpa bantuan di bawah tidak sesuai untuk tontonan umum. Kami kongsikan video ini kepada ibu-ibu yang ingin tahu tentang kelahiran dan bukan untuk tontonan lelaki atau budak kecil.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: theAsianparent Indonesia, FitPregnancy

Baca juga:

Apakah tanda-tanda yang saya sebenarnya dah nak bersalin?