Video lucu: Suaminya berjanji tidak akan bertanya mengapa isterinya bersiap lambat lagi

lead image

Saya sungguh penat...Saya hanya mahu balik rumah dan berehat. Dan saya tidak akan sesekali bertanya kepada Kay mengapa dia bersiap lambat

Sudahkah anda menonton video lucu yang dimuat naik oleh Devale di akaun sosial instagram miliknya? Selepas diberi tugasan oleh isterinya untuk menyiapkan kedua anak lelaki mereka, Devale berjanji tidak akan bertanya mengapa isterinya bersiap lambat. 

Di dalam video tersebut Devale menceritakan pengalamannya menyiapkan kedua anak lelakinya. Dan ini merupakan apa yang dikatakan oleh Devale:

” Setiap pagi, isteri saya, Kay yang akan menyiapkan mereka, tetapi hari ini, dia meninggalkan tugasan ini kepada saya. Saya tidak akan sesekali di dalam hidup saya bertanya kepadanya mengapa dia bersiap lambat. Saya memerlukan satu jam setengah untuk menyiapkan anak-anak saya dan membakar lebih kurang 1500 kalori.

Semasa sedang menyalinkan pakaiannya, Ro-ro berak dan saya kena mandikan dia. Saya menanggalkan pakaiannya untuk memandikan Ro-ro. Jackson yang sudah bersiap telah menanggalkan pakaiannya sendiri kerana menyangka dia akan mandi sekali. Saya berbalik pada langkah pertama, semua belum bersiap.

Setelah saya berjaya menyiapkan kedua mereka dan bersedia untuk keluar, saya baru perasan saya belum bersiap. Saya terpaksa meletakan Ro-ro untuk mengambil pakaian dan dia menjerit sekuat hati. Saya sudah hampir gila dan Jackson langsung tidak membantu. 

Dia hanya bermain Ipadnya sahaja. Kemudian apabila saya sudah berjaya bersiap dan membawa mereka ke kereta, saya terlupa kunci kereta. Saya terpaksa naik semula untuk mengambil kunci kereta.

Saya sungguh penat dan saya tidak tahu saya di mana. Saya hanya mahu balik rumah dan berehat. Dan saya tidak akan sesekali bertanya kepada Kay mengapa dia bersiap lambat”

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/05/17882278 288998851548653 8227583435485478912 n.jpg Video lucu: Suaminya berjanji tidak akan bertanya mengapa isterinya bersiap lambat lagi

Devale dan keluarganya. Foto ehsan pictaram

Video berdurasi lebih kurang satu minit itu menjadi tular dan mendapat pelbagai komen dari wanita terutamanya. Namun inilah realitinya, mengapa para ibu bersiap lebih lambat berbanding suami. Anak-anak.

Lucu bukan, namun ini memang realiti. Sebagai ibu, pelbagai perkara yang akan kita pastikan sebelum keluar bersama anak-anak. Menyiapkan beg, menyiapkan mereka, hingga terlupa diri sendiri belum bersiap.

Ia memang memenatkan namun, seseorang harus melakukannya. Walaubagaimanapun, semakin mereka besar, keadaan menjadi semakin mudah dan anda akan merindui saat mereka memerlukan anda menyiapkan mereka.

Antara tips bagaimana memastikan pagi kita lebih teratur menguruskan anak-anak ialah:

  • Menyiapkan beg mereka malam sebelumnya.
  • Meletakan setiap barang yang harus dibawa setempat berdekatan dengan pintu. Contohnya beg di kerusi panjang sebelah pintu, kunci kereta ditempat penyangkut berdekatan laluan keluar, kasut untuk dipakai esoknya diletakan menghadap keluar.
  • Menggunakan sistem senarai senarai semak juga boleh membantu mengurangkan kelam kabut di pagi hari. Letakan senarai tersebut ditempat yang mudah dibaca sebelum keluar seperti dibelakang pintu rumah.
  • Dapatkan bantuan pasangan anda, bahagikan tugas. Jika anda menyiapkan anak-anak, biar dia menyiapkan beg atau sebaliknya. Kerjasama sebegini menyeronokan dan memudahkan.
  • Bagi anak yang sudah boleh memahami arahan, berikan mereka ‘tugasan’ untuk menyiapkan diri mereka sendiri.

Ini hanyalah tips ringkas yang boleh diamalkan. Anda mungkin ada tips lebih menarik yang boleh dikongsikan bersama kami 🙂