Virus RSV boleh sebabkan kematian bayi - Ini tanda jangkitan pada anak

lead image

Tahukah anda yang orang dewasa biasa mendapat virus RSV,? Tapi jika bayi baru lahir dijangkiti virus ini, ia sangat merbahaya dan boleh membawa maut.

Anda mungkin tahu yang kita tak boleh cium bayi, lebih-lebih lagi yang baru lahir pada mulut, muka dan tangan kerana sistem imunisasi mereka masih lemah dan boleh mendapat jangkitan dengan mudah.

Untuk orang dewasa, anda boleh melawan kuman-kuman ini dengan mudah tapi sukar untuk bayi. Antara jangkitan yang berbahaya untuk bayi baru lahir adalah virus RSV. 

Virus RSV boleh membuatkan bayi sangat sakit dan maut. Virus ini biasanya dijangkiti oleh bayi melalui air liur orang dewasa melalui ciuman.

Oleh itu, penting untuk anda tegas menghalang orang lain dari mencium dan menyentuh bayi anda. 

src=https://sg Virus RSV boleh sebabkan kematian bayi   Ini tanda jangkitan pada anak

Apa itu virus RSV?

RSV adalah sejenis virus yang menyebabkan jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan. Ia sangat biasa dijangkiti sehingga kebanyakkan kanak-kanak akan mengalaminya sebelum hari jadi kedua mereka

Untuk kebanyakan bayi dan kanak-kanak, jangkitan ini hanyalah seperti demam dan selsema.

Tapi, peratusan kecil yang terkena jangkitan RSV ini boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lebih parah.

Dua masalah kesihatan yang boleh mereka hadapi adalah bronkitis (saluran udara kecil paru-paru dijagkiti) atau pneumonia yang boleh menyebabkan kematian.

Satu ke dua dari 100 bayi berumur enam bulan ke bawah akan dijangkiti RSV dan perlu dimasukkan ke dalam hospital. 

Siapa yang berisiko tinggi untuk dapat masalah kesihatan yang serius akibat virus RSV: 

  • Bayi pramatang
  • Bayi baru lahir berusia lapan ke 10 bulan
  • Kanak-kanak bawah dua tahun yang lahir dengan masalah hati atau paru-paru
  • Kanak-kanak dengan sistem imunisasi yang lemah disebabkan penyakit atau perubatan

Untuk mendapatkan perubatan bagi anak anda, penting untuk anda ketahui simptom RSV pada anak anda.

src=https://sg Virus RSV boleh sebabkan kematian bayi   Ini tanda jangkitan pada anak

Simptom virus RSV pada bayi

Bayi tak boleh beritahu apa yang mereka rasa. Walau bagaimanapun, simptom RSV pada bayi biasanya akan lebih jelas, tak seperti orang dewasa yang tak menunjukkan apa-apa tanda.

Simptom virus RSV pada bayi usia enam bulan ke bawah:

Anda juga perlu tahu yang biasanya demam tak berlaku bila bayi dijangkiti RSV. Ada juga beberapa simptom RSV pada bayi yang perlu anda beri perhatian, seperti:

  • batuk hingga nafas berbunyi
  • tak ada selera makan
  • hidung berair

Umumnya, simptom ini akan berkurang dalam masa satu ke dua minggu. Tapi, jika anak anda menunjukkan tanda awal RSV seperti di atas, anda perlu bawa mereka berjumpa doktor.

Bayi perlukan rawatan segera, jika mereka:

  • tak mahu minum susu langsung
  • menunjukkan tanda-tanda dehidrasi – menangis tanpa air mata, kulit kering, tak kencing lebih dari enam jam
  • kerap nangis
  • mengeluarkan lendir berwarna kuning, hijau atau kelabu
  • sukar bernafas
  • kulit atau bibir berwarna biru-kebiruan

Mencegah virus RSV pada bayi

Malangnya, masih belum ada vaksin yang boleh menghalang RSV atau ubat untuk merawat jangkitan ini.

Tapi, ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan atau mencegah risiko ini dari berlaku pada bayi anda.

  • Jangan biarkan pelawat (walaupun keluarga) cium bayi anda yang baru lahir pada muka atau tangan mereka kerana kuman boleh disebarkan dengan cara ini.
  • Nasihat pelawat untuk basuh atau sanitize tangan mereka sebelum mendukung atau memegang bayi anda.
  • Jika anda selsema, elak dari mencium bayi anda. Pakai topeng muka untuk elakkan jangkitan dari batuk dan bersin berpindah pada bayi anda.
  • Jauhkan si kecil anda dari tempat ramai orang
  • Jangan merokok dekat dengan bayi anda
  • Bersihkan permukaan yang sering anda sentuh seperti tombol pintu dan paip air.

Pastikan si kecil anda mendapat air yang mencukupi. Jika hidung mereka tersumbat, anda boleh cuba keluarkan hingus mereka menggunakan alat penyedut atau titisan saline.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel ini asalnya ditulis oleh Nalika Unantenne dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah

Baca juga:

Oleh sebab lupa mencuci tangan, ayah ini hampir kehilangan anaknya!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!