Vitamin B3 Mengurangkan Kes Keguguran Dan Kecacatan Bayi - Betul Ke?

Vitamin B3 Mengurangkan Kes Keguguran Dan Kecacatan Bayi - Betul Ke?

Saintis dari Australia mengatakan Vitamin B3 boleh mengurangkan risiko keguguran dan kecacatan lahir. Mari baca untuk mengetahui jika penyataan ini tepat ataupun tidak.

Kes keguguran dan kecacatan bayi

Semua ibu hamil sangat teruja dengan penemuan baru di Sydney ini yang boleh menjadi jawapan dan pengubat risiko keguguran and kecacatan bayi.

Kajian diterbitkan dalam Jurnal Perubatan New England ini mendapati kekurangan dalam molekul utama yang menghalang organ janin daripada berkembang dengan betul, boleh dirawat dengan pengambilan vitamin B3 (Niacin).

“Kini, selepas 12 tahun menjalankan penyelidikan, pasukan kami mendapati bahawa kekurangan ini boleh dirawat dan kes keguguran atau kecacatan lahir boleh dielakkan dengan mengambil vitamin ini.”

Itu penjelasan Sally Dunwoodie, seorang penyelidik bioperubatan di Institut Penyelidikan Jantung Victor Chang.

Harapan baru untuk ibu-ibu dengan risiko keguguran

Penemuan ini adalah satu kejayaan besar dan boleh menurunkan kadar keguguran dan kecacatan bayi di serata dunia.

Malah, Menteri Kesihatan Greg Hunt telahpun memuji kajian tersebut sebagai sebuah “kejayaan cemerlang dalam bidang perubatan”.

Kira-kira 1 dari 4 wanita hamil mempunyai risiko keguguran.

Dengan penemuan ini, ibu-ibu hamil mempunyai harapan yang lebih cerah. Sehingga hari ini hampir 7.9 juta bayi di seluruh dunia dilahirkan dengan kecacatan lahir setiap tahun, jadi berita ini betul-betul menakjubkan.

Walaupun vitamin yang diambil semasa hamil tidak mempunyai kandungan vitamin B3 yang tinggi, keadaan ini mungkin akan berubah selepas kajian tambahan dijalankan.

Jadi haruskah ibu hamil mula mengambil Vitamin B3?
Vitamin B3 Mengurangkan Kes Keguguran Dan Kecacatan Bayi - Betul Ke?

Sumber gambar: Pixabay

Jawapannya, belum tentu lagi.

Apabila kajian tersebut dijalankan di Australia, hanya dua gen yang dikenalpasti bertanggungjawab untuk kes kecacatan dan keguguran bayi.

Kedua-dua gen ini memainkan peranan dalam pembentukkan “nikotinamide adenine dinucleotide” atau NAD, yang membantu sel-sel menghasilkan tenaga daripada glukosa.

Jadi, ini TIDAK bermakna bahawa pengambilan niacin/vitamin B3 semasa hamil boleh menghalang keguguran dan semua jenis kecacatan lahir

Ini cuma bermakna pengambilan Vitamin B3 yang tinggi semasa mengandung boleh mengimbangi kecacatan kedua-dua gen ini sahaja.

Oleh itu, ibu bapa perlu sedar bahawa ia sebenarnya bukan jalan penyelesaian untuk mencegah keguguran dan kecacatan lahir.

10 Makanan yang kaya dengan Niacin

Vitamin B3 Mengurangkan Kes Keguguran Dan Kecacatan Bayi - Betul Ke?

Tapi jika anda kekurangan Niacin dan ingin mencuba alternatif yang selamat dan semulajadi, cuba makan 10 makanan yang kaya dengan Niacin ini setiap hari:

  1. Daging Ayam Belanda – 1 hidangan bahagian dada: 101 mg (lebih dari 100% nilai nutrien)
  2. Dada ayam – 1 hidangan 3 oz: 8.9 mg (44% nilai nutrien)
  3. Kacang tanah – 1 cawan: 21.9 mg (lebih 100% nilai nutrien)
  4. Cendawan – 1 cawan: 7.6 mg (34% nilai nutrien)
  5. Hati – 1 keping: 11.9 mg (60% nilai nutrien)
  6. Ikan Tuna – 3 oz: 11.3 mg (56% nilai nutrien)
  7. Kacang Hijau – 1 cawan: 3 mg (15% nilai nutrien)
  8. Daging Organik – 3oz: 7.6 mg (36% nilai nutrien)
  9. Biji bunga matahari – 1 cawan: 3.8 mg (19% nilai nutrien)
  10. Alpukat – 1 biji: 3.5mg (17% nilai nutrien)

Selagi belum ada lagi kajian yang lebih kukuh untuk menyokong penemuan ini, jangan ambil vitamin B3 dalam kuantiti yang tinggi tanpa nasihat doktor, ya!

Cuba bincang dengan doktor anda untuk pengesahan lebih lanjut.

Sumber: Channel News Asia, Dr. Axe, dan Newsweek

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Hamil Selepas Keguguran Lebih Cenderung Untuk Dapat Kehamilan Sihat, Menurut Kajian

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner