Sakit Vulvodynia, Ini Sebab Mengapa Saya Betul-Betul Benci Seks! - Akui Seorang Wanita

undefined

Dek penyakit vulvodynia atau rasa sakit semasa seks, ramai wanita memilih untuk membenci seks. Adakah penyakit ini berbahaya dan apa tanda-tandanya?

Vulvodynia adalah rasa sakit kronik di kawasan sekitar pembukaan vagina, labia dan perineum yang puncanya masih belum lagi dapat dikenal pasti. 

Vulvodynia tak merebak, tak menyebabkan papillomavirus manusia (HPV), penyakit kelamin, mahupun kanser.

Namun, semua wanita berpotensi untuk mengalami vulvodynia, tapi penyakit ini paling biasa berlaku pada wanita yang berumur antara 18 dan 25 tahun.

Bagaimana rasa sakit semasa seks itu?

vulvodynia

Kebanyakan pesakit mengadu rasa sakit tersebut seperti dibakar, kerengsaan dan gatal-gatal pada kawasan intim, walaupun tiada tanda jangkitan atau masalah kulit. 

Rasa sakit yang dialami boleh berterusan atau sekejap datang dan pergi malah ia boleh kekal dalam masa yang lama ataupun hilang secara tiba-tiba!

Anda mungkin merasai kesakitan di seluruh kawasan vulva (umum), atau mungkin merasai kesakitan setempat pada kawasan tertentu, seperti pembukaan faraj (vestibula). 

Kesan rasa sakit semasa seks ke atas pesakit

Walaupun penyakit vulvodynia tidak mengancam nyawa, namun pesakit selalunya diberi diagnosis atau rawatan yang salah kerana ramai masih kurang berpengetahuan tentang penyakit ini. 

Pesakit selalu menghadapi kesukaran untuk bersenam, berintiman dan tak dapat menjalankan aktiviti harian yang lain.

Malah, sebanyak 60% wanita dengan vulvodynia tak dapat melakukan hubungan seks kerana sentuhan lembut di kawasan intim itu boleh mencetuskan kesakitan yang teruk!

Sakit Vulvodynia, Ini Sebab Mengapa Saya Betul-Betul Benci Seks! - Akui Seorang Wanita

Sumber gambar: Times LIVE

Tanda-tanda penyakit Vulvodynia

Menurut NHS, tanda-tanda penyakit ini termasuklah:

  • Rasa sensasi seperti terbakar, kebas dan sakit pada vagina
  • Rasa sakit yang dicetuskan oleh sentuhan, contohnya semasa hubungan seks 
  • Rasa sakit yang berterusan
  • Rasa sakit bertambah apabila duduk dalam masa yang lama
  • Rasa sakit yang tertumpu pada satu bahagian vulva, contohnya pembukaan vagina
  • Rasa sakit pada kawasan yang lebih luas, sehingga ke punggung dan bahagian dalam paha

Tips untuk mengelak diserang penyakit vulvodynia 

  • Pastikan seluar dalam diperbuat dari kain kapas,
  • Pakai skirt dan seluar panjang yang longgar,
  • Elak menggunakan produk pewangi seperti tisu basah feminin, sabun feminin, dan sabun biasa.
  • Jangan mengelak hubungan seks dan mengelak sentuhan di kawasan vagina kerana ia hanya akan menjadikannya lebih sensitif. 
Sakit Vulvodynia, Ini Sebab Mengapa Saya Betul-Betul Benci Seks! - Akui Seorang Wanita

Sumber gambar: Lady Care Health

Cara untuk mengatasi masalah rasa sakit semasa melakukan hubungan seks

Dr Mackay berkata terdapat beberapa jenis gel dan pelincir yang boleh digunakan semasa hubungan seks, serta ubat yang boleh dimakan untuk meredakan keadaan.

Dia menyarankan wanita dengan masalah ini untuk berjumpa pakar supaya boleh mendapat nasihat lanjut.

Fisioterapi, terapi dan kaunseling juga boleh membantu. Dalam kes terpencil tertentu, pembedahan untuk menghapus sebahagian daripada vulva boleh dipertimbangkan.

Menurut Dr Mackay lagi, pesakit yang terpaksa hidup dengan keadaan ini untuk jangka masa yang panjang, boleh mengalamai tekanan dan kekecewaan sehingga kemurungan.

“Antidepresan terbukti bermanfaat, untuk rawatan sakit saraf dan bukan hanya untuk mengubat kemurungan saja.”

Jangan menderita bersendirian. Dapatkan bantuan hari ini.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Kepada Semua Wanita, Faraj Anda Memang Tak Sepatutnya Bau Wangi

Baca juga: 5 Makanan Yang Bagus Untuk Jaga Kesihatan Faraj Anda

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!