Sedia Untuk Tutup Sekolah & Jauhkan Diri Dari Tempat Kunjungan Ramai - WHO

Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO mengarahkan sekolah agar bersedia untuk ditutup dan elakkan berada di tempat awam sekiranya penyakit ini lebih berbahaya.

Maklumat berkaitan wabak penyakit coronavirus kini semakin diperluaskan dari pelbagai sudut supaya orang ramai mengambil langkah berhati-hati untuk menjaga kebersihan dan kesihatan diri.

Menurut Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Takeshi Kasai berkata sudah tiba masanya semua negara termasuk Malaysia, bersiap sedia untuk sebarang kebarangkalian penyebaran wabak penyakit coronavirus
(covid-19).

Beliau turut menambah, virus itu telah disahkan berlaku di beberapa bahagian dunia dan terdapat laporan kluster di mana kes yang tiada kaitan dengan negara China.

Lebih membimbangkan, virus ini mungkin boleh mudah berjangkit jika dibandingkan dengan apa yang dicadangkan di dalam data pada sebelum ini.

Rakyat seluruh dunia perlu lebih bersedia dengan wabak penyakit coronavirus

wabak penyakit

Atas sebab itu, beliau menegaskan supaya orang ramai di seluruh dunia agar lebih bersedia jika wabak penyakit ini merebak lebih meluas.

Selain itu, semua pihak perlu bersiap sedia jika berlaku kemungkinan menutup sekolah atau menangguhkan perhimpunan besar-besaran supaya dapat membendung virus ini lebih meluas tersebar – katanya.

Menurutnya lagi, semua negara mesti bersedia beralih daripada menguji kes yang disyaki atau mengesan perhubungan semua orang yang dijangkiti wabak penyakit ini kepada mengenakan kapasiti menguji terhad itu dengan pantau trend geografi dan penyebaran.

Dalam masa yang sama beliau turut menegaskan agar jangkitan komuniti yang lebih luas, malah kemudahan kesihatan juga perlu tertumpu untuk merawat orang lemah dan kes yang teruk.

Maksudnya di sini, pihak perubatan perlu merancang untuk beralih daripada mengasingkan pesakit yang dijangkiti dengan cara yang lain.

Misalnya, menggalakan orang ramai yang memiliki penyakit sederhana agar berehat dan memulihkan diri di rumah.

Ini bertujuan supaya hospital dan klinik tidak sesak dengan orang ramai.

Langkah yang diambil ini penting supaya dapat memastikan kemudahan kesihatan tidak menjadi tempat penyebaran virus, menghindari dari menjangkiti kakitangan hospital dan pesakit yang ada di dalam wad berkenaan.

Beliau sendiri faham mengapa orang ramai sangat bimbang dengan penyakit ini kerana ia masih baru. Tapi, langkah terbaik yang perlu dilakukan adalah BERSEDIA.

Apapun, orang ramai digalakkan untuk selalu membasuh tangan dan jika tidak sihat perlu berehat saja di rumah supaya tidak mendedahkan diri dengan jangkitan kepada orang sekeliling mereka.

Info tambahan : Kelawar punca penularan wabak coronavirus?

coronavirus

Pakar daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengakui wujud kemungkinan besar coronavirus terbaru ini berpunca dari kuman yang datangnya dari kelawar.

Walaubagaimanapun, tidak diketahui sama ada bakteria dari kelawar ini berjaya melompat pada spesis lain yang belum dikenalpasti. Kemudian dari situ, berjangkit pada manusia.

Jika itu penularan koronavirus ini, maka pihak yang terlibat perlu mengetahui lebih mendalam bagaimana penghantaran wabak penyakit berbahaya ini.

Dalam masa yang sama, menjual haiwan liar sama ada hidup atau sudah disembelih mugkin berpotensi untuk menyebar kuman dan patogen baru kepada manusia.

Pakar kesihatan dunia turut menganggarkan 70 % penularan wabak penyakit mungkin berpunca dari binatang terutama di kalangan spesis liar.

Ia sama seperti virus SARS dan MERS yang turut berpunca dari kelawar tapi berpindah kepada musang dan unta sebelum diangkiti pada manusia.

Selain itu, pendedahan kepada haiwan eksotik turut menyebabkan pelbagai virus muncul yang sebelum ini belum ditemui.

Bahkan, kajian WWF turut mendedahkan perdagangan haiwan liar secara haram bernilai sekitar AS$420 bilion setahun.

Fakta tentang topeng muka

bahaya corona

1) Mask ini biasanya dipakai petugas kesihatan supaya dapat melindungi mereka dari potensi mendapat jangkitan melalui pernafasan dan titisan air dari pesakit.

2) Lapisan luar mask bersifat hydrophobic yang bermaksud tidak menyerap air. Sementara lapisan dalam pula, bersifat hyrophilic yang menyerap air kerana udara keluar dari paru-paru bersifat tepu dan wap air.

3) Fungsi biru/hijau diluar itu bagi mengelak kuman mudah hinggap. Malah fungsi mask juga supaya dapat elak dari kuman sedia ada sama ada masuk atau keluar dari topeng ini. 

4) Namun, mask tidak mampu menapis partikel mikroorganisma yang kecil seperti Tuberkulosis atau Influenza tapi ada mask yang khas untuk itu iaitu N95 mask. 

Sedia Untuk Tutup Sekolah & Jauhkan Diri Dari Tempat Kunjungan Ramai - WHO

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami. 

Sumber: Free Malaysia Today 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comcoronavirus-jangkitan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!